11 September 2012

Masalah? ... oohh, ia kembali !

Assalamualaikum...

Hai belog. :)  Hari ni, hari Selasa. alahai.. terkejar2 betul kat sekolah. Kena handle budak PMR. alamak.. Aku dah la tak tahu pape.  Selamat la ada jugak saki baki ilmu masa kat U dulu.. Hee. Lepas tu, mood aku sangat tak baik hari ni. Semua budak aku rasa nak marah.. Tapi, tak marah pun. Just aku tak banyak bergurau macam selalu. Aku taknak campur adukkan masalah peribadi dengan kerja. MASALAH? oh.. ia kembali.

Ermm.. nak share ape hari ni? Nak berbicara soal hati lagi? Kat sini ajelah tempatnya.. Tempat yang aku guna untuk luahkan semuanya.. Memang, ini bukan saluran yang betul. Tapi setidak2nya aku tak mencanang di FB, Twitter, dll... Aku tulis di sini.. kerana apa? kerana tak mampu nak tanggung semuanya. Yang aku taip di sini pun sebahagian sahaja.. selebihnya, aku khabarkan pada Dia..

Semalam, isu itu muncul semula. Setelah aku cuba padamkan dari kotak ingatan aku. Aku cuba buangkannya jauh2. Walaupun aku sebenarnya sangat tidak mampu. Aku gagahkan jua. Usah ada dendam, maka aku jalani kehidupan aku seperti biasa..

Tapi semalam, isu itu berbangkit. Sehingga malamku, tidurku ditemani air mata sekali lagi. Aku sedih, aku marah, aku terkilan... Kenapa mesti dipertikai hal itu kembali? Maaf, aku belum bersedia. Maka jangan paksa aku melakukan sesuatu yang aku tak suka dan terpaksa.. Aku bukan tak nak mengalah. Aku mengalah selama ni. Aku lakukan yang terdaya . Aku pergi jugak mengadap semuanya, walaupun kedatangan aku semacam tak diterima.. Aku diamkan.. Aku taknak berkira sangat. takpelah, orang tak suka kita pun.. Yang penting, rasa hormat aku pada si ibu masih ada. Itu yang terpenting. Maka, aku mengalah.

Sehingga isu semalam muncul, kesabaran aku dipertikai. Aku dikatakan taknak mengalah. Ya Allah.. luluhnya hati ini. Pengorbanan bagaimana lagi yang dituntut? Aku tolak tepi rasa kecewa aku, demi kasihku padanya. Demi sayangnya aku pada hubungan ini. Jadi, bagaimana lagi? Salahkah aku? Sungguh aku terkilan.. Namun, aku diamkan.. supaya keadaan tidak menjadi keruh.

Aku tak mampu mengaku salah aku, kerana aku tidak pernah tahu apa punca sebenar. Sumpah,kalau aku diberitahu lebih awal, maka aku akan undur diri. Tiada masalah. Tetapi, disebabkan orang lain, aku dihentam sedemikian rupa.. sehingga aku dikecam dengan pelbagai kata2.. Ya Allah.. beratnya dugaanMu..Aku pasrah.. Aku mampu untuk terus membalas kenyataan tersebut. Hak aku untuk bersuara. Tapi, aku pendamkan sahaja.. Aku diamkan kerana apa? Kerana hubungan ini.

Maka, jangan pertikai kesabaran aku. Sikap ku. Sumpah, aku tidak pernah ada masalah untuk bergaul dengan sesiapa sahaja. Sama ada yang pernah menyakiti ku atau tidak... Aku begini. Memang begini.. Walau tanpa perkataan sepotong perkataan maaf, aku tak pernah kisah. Cuma, aku rayu moga benarkan aku menjaga sedikit hati aku sendiri. Kerna, aku sudah terlalu penat menjaga hati mereka yang lain. Penat.

Biar masa yang menentukan. Walaupun ini mungkin takdirnya, aku rela melepaskan 'kebahagiaan' ku yang baru saja hendak tercipta ini.. Asalkan, hubungannya bersama mereka tidak akan pernah terjejas.. Tinggalkan aku orang luar, kembalilah kepada mereka..

Sungguh aku sudah tidak terdaya memikirkan hal-hal lain.. Terlalu banyak yang perlu difikirkan tika ini.. Masalah aku, kiri kanan depan dan belakang. Maka, untuk berfikir tentang hati, dan perasaan orang lain, aku semacam tiada masa. Maafkan aku kerana bersikap begini. Doaku, semoga Allah membuka pintu hati mereka dan 'menampakkan kepada mereka, perkara yang terselindung..' Dari hati kudus ini, tiada dendam yang tersemat. Cuma, untuk aku memulakan, merungkai apa yang terjadi, menjernihkan keadaan yang bukan berpunca dari diri aku, itu amat sukar.

Pesanku, jangan pernah berasa bersalah atas apa yang terjadi. Hati aku, aku jaga. Jangan risau. Aku tak minta sesiapa untuk memahami mengubati segalanya. Hanya, jangan minta aku koyakkan semula luka yang telah hampir sembuh.. Biarkan aku mengubatinya....









# Cinta perlukan pengorbanan. Tapi, jangan minta aku berkorban apa yang aku tidak mampu. Tolong.




Bye peeps!














1 comment:

cik are_ien said...

beratnya kisah hati ang ayu... bnyk2 la bersabar.. semoga ang sentiasa tabah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...