30 January 2012

Sudah sampai seru kah?.....

Assalamualaikum..

Hamekkk kau.. 2 entry dalam satu hari. Fikir 200 kali nak post ke tak nak entry macam gini. Haha.

Wah, tengok tajuk entry, cepat je baca kan? Haha. Sudah sampai seru.. Seru apa? Kehkehkeh.. Seru kahwin letewww..  Hahaha. Ok lah, jom lah kita cakap pasal kahwin mahwin ni. Tak pernah kan aku mengarut bab ni (kahwin tu perkara mengarut ke?) Heh. Aku macam banyak masa ni.. Seiring dengan usia.. wahhhhhhhhh kemain .. so, ok. Boleh lah kita sembang hal ni tapi sekadar atas angin je lah. Nak lebih-lebih, selamat jalan la jawabnya. Hahahaha..


Ramai dah kawan-kawan aku yang dulu sama-sama satu sekolah dengan aku dah kahwin. Yang dah beranak pinak pun ada.. Junior-junior aku pun ramai jugak yang dah kahwin.. JUNIOR ok. Haha. Tak payah cakap bab SENIOR lah, mesti  lagi ramai la kan.. Amin. Sampai jugak seru diorang.. And tadi pun aku baru dapat sms dari salah sorang kawan aku, yang aku panggil kawan lah kan. Dia mintak alamat untuk pos kad kahwin dia. Huhu.. Nah, seorang lagi. Tahniah weh..


Aku? Haha. Apa?? Ramai tanya, bila nak kahwin (stock makcik-makcik) . Ada jugak yang kepoci kat mak aku, anak dara Aida sorang lagi tu bila ? Mak aku selamba jawab, dia kecik lagi. Hahahaha. Terbaik. Aah, aku tak pernah rasa aku besar. Muda remaja sentiasa giituwww.. hahaha. So, apa ada hal kan? Nak rushing kahwin awal-awal.. (padahal tak ada yang teringin pun.. ayat cover) Haha.


Maka, marilah dengar pandangan aku tentang perkahwinan. Hmm.. Apa eh? Pada aku, berkahwin itu sama macam main judi. haha. Kalau hebat, tau banyak skill, susah la nak kalah. Menang sentiasa. Tapi, kalau skill apa pun tak ada, orang berjudi, kau berjudi.. hah, kalah la sokmo. Macamana nak menang sentiasa? Kena banyak belajar la kan? Mesti kena usaha belajar selok belok berjudi. Haha. Eh, ni contoh je. Pandangan aku, pandangan orang aku peduli hape.  Berkahwin jugak bukanlah macam beli baju baru. Baru beli, pakai 2,3 kali pastu dah lusuh, campak. Beli baju baru. Eh, tak boleh macam tuh.. So, takut tak nak kahwin? Ya, jawapan aku. Takut Gila. Haha


Lagi, perkara utama yang aku tak pernah berhenti berfikir dalam kepala otak aku ni bila betul-betul seru aku dah sampai nanti adalah , bakal pemimpin aku itu nanti WAJIB terima family aku seadanya. Buruk ke, jahat ke, tunggang langgang ke family aku, nak tak nak dia MESTI kena terima. Kalau dia hanya nak kahwin, nak seronok dengan aku seorang, maka maaf ! Sila cari keseronokan itu bersama perempuan lain. Tapi, ada ke? Susah bukan? Kita tak tahu hati orang macamana.. Tapi, pada aku, cukup lah dia dapat hormat mak aku, jadi kawan mak aku, and jangan hanya asyik fikir tentang aku je. Itu sahaja.


Bila syarat aku macam ni, bukan bermakna aku ni familywoman ke, sangat rapat dengan family ke apa. Tak ok. Aku tak la anak yang sangat rapat baik segala dengan family. Aku biasa-biasa sahaja. Terus terang cakap. Tapi, lebih kepada rasa tanggungjawab. Ya, pada aku, kalau mak aku pun kau tak mampu nak hormat, apatah lagi kau nak hormat aku yang sebaya / muda / tua macam kau kan? Aku sangat sensitif isu ini. Ok. Haha. Betul la kan? Mesti kita nak orang yang boleh hormat orang tua kita, sebab kita pun akan hormat mak ayah dia. Kalau selamba dengan mak ayah kita, dia nak berbahasa pun tak pandai, mari sini aku bahasakan kau. Haha


Lagi, pada aku bila nak berkahwin ni, yang utama adalah komitmen. Kalau setakat nak seronok je.. Alahai.. Susah la kan? Nak seronok sekejap, nak menderita tu yang lama. Kalau tak mampu nak bagi 100% komitmen pada rumah tangga, mungkin kena tangguhkan atau fikir betul-betul keputusan yang sepatutnya diambil. Main hentam keromo ikut suka, nanti mula la kes bercerai berai bertimbun fail kat Pejabat Agama tu hah.. Ayat kawan aku, kahwin ni sekali je. Aku selamba jawab, 'kau pasti ke sekali?' Haha. Celaka tak? Haha. Bukan doa, tapi kadang-kadang kita terlalu takut nak berhadapan dengan kenyataan. Sekurang-kurangnya beringat.

Ada orang pernah tanya aku, apa ciri-ciri lelaki idaman? Haha. Aku nak gelak. Actually, aku tak pernah ada list pun, lelaki idaman aku mesti macam ni macam tu. Memang tak ada. Bagi aku, cukup dia ada agama, tahu nak mendidik aku, betul-betul lelaki, hahahaa dan ermm.. not a smoker. Actually yang ini sahaja aku cari. Tak ada lah mesti tinggi, putih, kaya, pandai, banyak duit .. eh? Kata tak ada? Haha. Contoh.  Tapi, kita ni cakap je nak macam ni macam tuh.. Sekali kena penangan cinta, yang hitam jadi putih, yang rendah jadi tinggi, yang huduh jadi handsome kannnnnnnnnnn? Haha. Ada pulak yang tanya, kenapa tak boleh smoker? Ermm.. jawapan aku adalah , aku sayang nyawa aku . Nyawa orang lain, aku tak taw.. Gila selfish. Yelah, sepanjang 25 tahun aku membesar, aku tak dibesarkan dalam kalangan perokok. Tak ada ahli keluarga aku yang merokok. Except arwah ayah aku. Tapi, dia pergi tanpa sempat aku tengok dia hembuskan asap rokok depan aku pun. Haa.. Jadi macamana aku nak terima orang yang merokok? And kawan-kawan aku pun (yang rapat yang aku dok melepak sesama) boleh dikatakan semuanya bukan perokok tegar mahupun tak tegar. So, aku macam concern sangat hal ni sebenarnya. Hahaha. Alamak, kantoi sudah. Haha.

Tapi, terpulanglah kan. Siapa kita nak mengubah orang lain? Lantak lah sana. Selagi tak ada kena mengena dengan aku, tak menyusahkan aku, ok je. Tapi, kalau dah memang sampai tahap betul-betul serious, aku rasa aku akan bertindak lah kot. Haha. yelah, takkan nak bongok tangkap muat je kan? Aku selalu pegang, nak seronok sat je, nak sengsara tu lama.. So, kalau tak nak derita, biar la sengsara sekejap and after that, bahagia jeww.. cewahh. Eee, geli. Haha.

Maka ini lah bicara jiwa aku bila orang bertanya perihal kahwin dengan aku. Tapi, buat masa sekarang, aku memang tak bersedia lagi. Kalau ada yang mai meminang pun, bawak la 20k,30k pun, aku ... errr...  (banyak tuu 20k, gila nak tolak??? ) hahaa.. gila lalang. Eh, tak2. Memang tak sedia. Gila. Aku pun ting tong lagi. Haha. Memang tak boleh la. Nanti tak pasal jadi isteri derhaka. Euwww.. isteri tu. Malu nak sebut. Gatai dah. Haha.

Err.. ini apa yang aku nak dalam hidup aku. Aku share kan di blog ini, mana taw tetiba hilang ingatan satu hari nanti.. Ada la something yang dapat mengingatkan aku kembali. Tapi, harap-harap tak la hilang ingatan atau lupa daratan ..Kang susah pulak.. ye dop? Haha.. 




Orait babe, ini sahaja.. Tetiba macam hover jer aku rasa dah ni.. Ahh, layan je la..
Aku menaip tulus dari hati. Tiada kaitan dengan sesiapa. Maka jangan ada yang terasa.


Salam kasih sayang.~ Hahahaha. Tetiba kan???


Bye!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...