05 November 2011

Salam Eid Ul-Adha


Assalamualaikum.. :)


Esok, seluruh umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia akan menyambut Hari Raya Qurban/Korban/Haji/Aidil Adha.. Tak kisahlah yang mana korang sebut, janji maknanya sama kan? Kalau di negeri utara ni, atau jugak negeri2 di selatan dan pantai barat Malaysia, mungkin sambutannya tak semeriah orang-orang di Pantai Timur kan? Aku pernah dengar orang-orang Kelantan, Terengganu sambut hari raya haji ni lebih meriah dari Raya Aidilfitri.. (teringin nak try-test-tengok cmne meriahnya..) hehe.. Walau apapun, aku nak selitkan kisah sebenar atau asal usul tercetusnya Hari Raya Korban ni.. (sebenarnya aku pun nak refresh balik pemahaman aku tentang hari raya haji ni..sebab dlu masa sekolah rendah bila ustazah citer, aku suke berangan benda lain..maka, tak la aku paham sangat..hahaaha) Kalau yang dah al-maklum, tak salah pun kalau baca jugak..

sharing is caring yaw ! :)

Aidiladha disambut pada hari ke 10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban.

Asal-Usul Aidiladha
Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas dari mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar.

Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata, “Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.” Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya, “Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk disembelih.”

Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan, “Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya.”

Walau apapun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya, “Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.”

Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.

Tetapi alangkah terperanjatlah apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah S.W.T.

Ini alkisahnya...ooooo... betapa besarnya pengorbanan Nabi Ibrahim dan betapa taatnya Nabi Ismail pada perintah Allah swt... Tapi, atas kekuasaan Allah, anak tersebut telah ditukarkan kepada kibas.. Subhanallah... 

Hadith dari Aisyah Radiallahu-Anha yang diriwayatkan oleh Al-Imam At-Termizi dan Al-Imam Al-Hakim, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang  maksudnya:
Tidak melakukan seorang anak Adam sesuatu amalan pada hari raya Adha yang lebih disukai oleh Allah Taala daripada menumpahkan darah (menyembelih korban).  Sesungguhnya binatang korban itu akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk, bulu dan kukunya.  Dan sesungguhnya darahnya jatuh di sisi Allah pada satu tempat kemuliaan lebih dahulu dari jatuh kebumi.  Maka berkiralah diri kamu dengan korban. 

Ini kisah yang nak aku kongsikan bersama.. Sama-sama lah kita menghayati erti sebenar Hari Raya Korban ini.. Tanpa ada rasa untuk berkorban, maka kita akan menjadi seorang manusia yang hanya mementingkan diri sendiri.. 

Musuh utama kepada pengorbanan itu ialah syaitan dan hawa nafsu, ia berusaha supaya manusia sayang kepada wang ringgit, takut rugi atau membuang masa dan bermacam-macam godaan dan pujukan lagi.




Pernah dengar bukan, 'cinta perlukan pengorbanan?' Tapi, bukan cinta kepada bf/gf yang aku nak sampaikan kat sini.. huhu....Tapi lebih dari itu..

Berkorbanlah apa saja, harta atau pun nyawa...untuk agama dan bangsa :)


Selamat Hari Raya Aidiladha u'olss.. :) 




P/s :aku tengah sibuk packing baju nak pegi  Cameon Highlands petang raya. Mood : Teruja! :)
 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...