05 November 2011

Don't waste !

Assalamualaikum..

Don't waste what?? Money? Time? Huhuhu... aku tetiba rasa nak menulis tentang pembaziran...Pembaziran apakah? Macam-macam.. Tapi, untuk entry ni aku nak bercerita tentang pembaziran hati & perasaan..

But, please remember INI BUKAN BLOG CINTA.. maka, aku takkan bagi tips bagaimana menjadi kekasih hati yang baik atau bagaimana menyemarakkan hubungan cinta anda etc.... (bluekk , muntah) hahaaha..

Aku suka membaca manusia.. (membaca? apakah? ) haha.. Maksud aku, aku sangat suka melihat ragam, kerenah dan akhirnya menilai ..''oh, macam ni rupanya dia.." Tapi, aku takkan sibuk2 nak gitau kat orang tuh.. eh, ko ni mcm ni mcm tu, NO. aku takkan cakap.. just aku paham-paham sendiri je lah.. sebab aku pasti, sesiapa pun tak suka orang lain mengatakan yang buruk tentang diri mereka kan? Aku pun sama. Tapi, bila orang lain menegur kita (yang buruk) maknanya sama ada memang betul-betul dia nak kita sedar kekurangan kita atau dia sengaja menjatuhkan kita.. Lihat pula dari segi bagaimana dia menegur kita.. Sebab pada aku, hanya orang lain boleh nampak kekurangan diri kita.. Am I right? huhuhu..

Apa kaitan dengan don't waste tadi? haha.. Ada kaitan. Kesinambungan daripada cerita di atas lah.. Pada aku, kalau lah orang asyik nampak kekurangan kita, (sama ada dia tegur secara langsung atau tak) lama kelamaan kita akan rasa down.. Betul tak? Memang kita kena terima pandangan orang lain, tapi kalau semuanya yang tak elok, is there any way that we can choose to build up ourself?? Masih ada lagi ke?? Kalau asyik je kena hentam..kan? So, sebagai jalan penyelesaian, (ini yang aku selalu buat untuk diri aku)
Just Leave.. Yeah, tinggalkan mereka yang tidak pernah tahu menghargai.. Kita juga manusia biasa. Kita bukan sempurna..Kalau asyik pandai mengata yang bukan-bukan (dah tu pulak, hentam kita kaw-kaw punya) maka...Hey, tunggu apa lagi? TINGGALKAN GOLONGAN SIA-SIA  ini..

DON'T WASTE ! yeah! akhirnya aku guna jugak tajuk entry..hahahaa... Ini yang aku buat. Tak perlu membazir masa, tenaga dan usaha kalian berfikir bagaimana mahu memenangi hati mereka-mereka seperti ini. Cukup sia-sia. Tak kira lah, kawan, sahabat, teman,taulan (pada aku setiap perkataan ini maknanya berbeza) mahupun BF/GF korang sendiri.. hahaha.. pandai nak bagi nasihat sangat ye ko Ayu.(kalau suami/isteri..errr..aku kurang pasti sebab aku tak terfikir untuk berkahwin skg) haha..
Aku cakap apa yang aku rasa. Korang tak nak ikut, terpulang. Betul what? Dari kita membazir waktu untuk improve diri kita bagi meneruskan relationship yang terjalin, sedangkan mereka ini hanya pandai menuding jari.. maka untuk apa kita terus berusaha??



Kat mana nak cari t-shirt sempoi camni?? huhuhu

Aku banyak belajar daripada pengalaman Kalau dulu aku selalu sangat berfikir apa yang orang cakap kat aku..Apa yang orang tak suka..Apa yang aku perlu buat untuk menyenangkan semua pihak..Tapi, lama kelamaan aku mula terfikir, hey what the hell that i'm doing rite now??hahahaa.. Orang tak sibuk pun fikir tentang aku?? So, I decided this ..'Kau tak suka, kau boleh pergi. Aku tak suka, aku pergi'. hahaha..
Kawan, cinta datang dan pergi. Tak ada yang kekal, kecuali cinta kepadaNya yang Maha Esa..

Ini sahaja yang aku nak kongsikan. Kepada yang langsung tidak pandai menghargai insan-insan yang berada di sekeliling anda, tak perlu berubah. Teruskan dengan sikap anda. Siapa kami untuk mengubah anda?  :)

Just stay away from my life, because I absolutely don't need you my dear ..huhuhu..
(Aku tak putus cinta). harap maklum ! hahaha..

Bye!

1 comment:

Lina said...

I like.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...