25 August 2014

Jamuan Hari Raya Asrama 2014

Assalamualaikum..

23 Ogos hari tu ada jamuan asrama. Untuk kali kedua, as a warden.. dah tau dah la sikit2 apa nak kena buat. And for this year, dengan jumlah pelajar yang tak berapa ramai, sebenarnya agak mudah. And aku tak la terlalu penat macam tahun lepas. hee. Diorang dengar cakap jugak lah..

'Cikgu kitorang nak buat aktiviti.. '

"Aktiviti ape? "

'Games laa.. super spontan , karoke.. '

" Boleh dengan syarat, ikut peraturan saya"

Huahuahua..

Bukan peraturan apapun, more kepada kita sama2 makan, kita sama2 simpan..

So ada kerjasama dekat situ.

Ini rumah kita.

So tahun ni, alhamdulillah..

Habis jamuan, straight diorang kemas. Semua turun kemas.. Lelaki dan perempuan.

Thank you anak2ku..

And tahun depan entahlah.. Aku teringin sangat nak jadi tetamu dan bukan hanya tuan rumah macam dua tahun ni.. harap2 termakbul.. EHEM.

So itu sahaja. Settle dah jamuan apa segala. Sebenarnya aku tak sabar tunggu cuti merdeka.

Ada orang tu janji nak bawak kite pergi jalan.

Janji ke?

Padahal aku paksa.

Huahuahua...

Whatever it is,

Thanks Mr.A in advance.

( Kena paksa pun, dia pasrah je..Sebab dia tau isteri dia PENAT kerja 24/7 .. eh? ) hahaha..

Ok then, take care.

Kita abadikan kenangan di dalam gambar.











Love,
Ayu

23 August 2014

#Malaysiaberkabung MH17

Assalamulaikum..

22.08.2014

Hari ni, Malaysia berkabung..

Biarlah apapun orang nak kata perihal isu berkabung ni.

Pada aku, apa yg paling penting, kita semat dalam hati. Berdoa banyak2, baca al fatihah banyak2. Kau nak pakai baju suram ke hitam ke, niat la dalam hati sebab memang nak pakai. Bukan sebab nak sambut berita duka ke apa. So please jgn singkatkan fikiran dok hentam itu ini. Yang memang ditegah agama, jangan dok gagah pi buat.

Jom cite hal MH17. Jujur mengaku, aku memang tak amik tau sgt pun mangsa2 dlm pesawat tu. Aku hnya tau mcm tu je la.. And td memang ak ikuti jugak lah dan sempat tgk berita pengkebumian dekat tv dalam pejabat. Kelas takde. Bole la menempek sat.

And balik bukak fb update ah status sedih. Weh, memang sedih. Kenapa? Sebab aku ada hati. Korang yang sedih pun ada hati sama cam aku.

Dan aku sangat mengikuti kisah adik abderrahman. Anak kepada arwah hakimi, pilot MAS. Anak dia umur 9bulan. Tp besar dan comey sangat2.. Isteri dia nama Asmaa. Pun lawa sangat.. 

Dan ak baca kisah mereka di blog sorag ni , kak jumie samsuddin. Allah.. Sedih ya. Memang menangis. Tapi tahan.

Apapun, aku kagum yang amat sangat. Semua family mangsa, pasrah dan redha. Tengok dalam tv semua steady. Even dalam hati diorang saja yang tau macamana.. 

Sedihnyaaaa.. Aku tatau la kalau jadi kat aku.. Memang melepek laa.. Allah.. Kau kuatkan mereka..

Kepada keluarga mangsa, bertabahlah.. Satu malaysia mendoakan mereka..
Kepada keluarga MH370, kita nantikan keajaiban yang mungkin berlaku..
Kepada pejuang2 Lahad Datu, nama kalian jasa kalian tetap tersemat di dalam hati walaupun tidak pernah kami kenali..
Dan..
Kepada pejuang2 di GAZA, Semoga sentiasa berada di bawah lindunganNYA Yang Maha Esa.. #alfatihah.

Pastu cepat2 text Mr.A, awak saya sayang awak.. Tak sanggup nak hilang awak.. Allahuakbar.. Kau lindungilah kami semua. Amin. 







Adik abderrahman, semoga membesar dengan soleh.. Amin.

Juga kepada seluruh keluarga mangsa, tabahlah..

#bukan senang jadi anak yatim.

Love,
Ayu

22 August 2014

Mohon fahami.

Assalamulaikum..


Kalau aku boleh buat semuanya sendiri,

Takkan ada perkataan TOLONG dalam kamus hidup aku.

Mohon fahami.

JANGAN bagi solusi yang sukar .

Aku tahu siapa aku.

Aku tahu mana dosa mana pahala.

AMANAH ALLAH kita jaga.

Bukan sia sia.

Love,
Ayu


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...