22 November 2011

Kehilangan orang tersayang bukan perkara seronok

Assalamualaikum...

Tengok tajuk entry? Sadis? Sebelum kita dibuai emosi sedih hari ni, tak lupa aku nak update tentang kejayaan Skuad Harimau Malaya kita yang berjaya memperoleh emas semalam di Sea Games yang ke 26.. Sakit jantung tengok match semalam..Ye, biasa la. Aku kan over. Apa-apapun sangat cemerlang permainan diorang (sebab menang, cemerlang lah, cuba kalah?? Kutuk kaw-kaw..hahahaa). Apek yang sangat tangkas, Badrol yang bertahan walaupun dah senget-senget jalan, Fakhri yang teruk dihentam oleh aku sebab macam tak serius pastu buat muka kesian, hahahaa.. Dan yang lain-lainlah... Nangislah 1 stadium Glora Bung Karno menyaksikan kemenangan kita ! Syabas Malaysia !

Ok, habis episod suka, kini awan mendung akan berarak bersama-sama pembacaan anda.. Tajuk entry aku hari ni, agak menyayat hati kan? kan? Al-kisahnya, kenapa aku tetiba nak menulis tentang ini adalah kerana....aku mendapat berita daripada salah seorang insan yang ada dalam hidup aku tentang pemergian orang yang tersayang dalam hidupnya.. Al-fatihah. Dia sudah berkahwin, mempunyai seorang puteri yang sangat comel dan masih baby... Saat mendengar berita ini, dalam kepala aku hanya 1, bagaimana anak ini mahu membesar tanpa seorang pemimpin di dalam hidupnya? Ya, itu yang terlintas.. Sedangkan dia masih tak tahu apa-apa.. Simpati aku pada mereka.. Namun,siapa kita untuk mempertikai takdirNya?Bermacam-macam yang diceritakan padaku..Ya, aku sangat mengerti dan sangat bersimpati terutamanya kepada baby comel tu..

Lantas, apa yang aku buat? Aku hanya mampu menasihatkan dia agar bersabar.. Itu sahaja, Percaya bahawa ada hikmah di atas apa yang terjadi.. Mudah bukan? Hanya berkata-kata.. Tapi, untuk tidak mahu membawa dia lebih sedih dengan apa yang berlaku, aku beri kata-kata semangat padanya.. Aku pun tak la bagus mana nak bagi nasihat kat dia kan.. Tapi, kerana aku pernah merasai betapa sukarnya kehilangan orang yang tersayang tambahan pula kehilangan tempat bergantung... Maka, aku rasa aku dapat menyelami perasaannya tika ini..

Bila dalam hidup kita, kita terpaksa berdepan dengan masalah, pada aku masalah terbesar adalah hilangnya tempat bergantung harap.. Ya, aku katakan ini kerana aku sudah melaluinya.. Bila mana, kita terpaksa melakukan segalanya secara sendirian, maka akan timbul kesukaran..Paling aku ingat, waktu sekolah rendah, bila cikgu suruh tulis karangan, 'Ayah saya' atau 'My Lovely Dad'.. apa nak tulis? Kalau yang dah tak ada ayah? Dan seingat aku, aku cukup benci bila kena buat karangan macam ni.. Bila semua orang sibuk menulis,pergi depan tanya cikgu itu ini, aku? Aku dah bertakung air mata.. (aku suka nangis dulu..) .. Bila ada pulak pesanan cikgu utk subjek seni selalunya, "esok, bawak tanah liat, tepung kanji, water colour, bla..bla..bla.." dalam kepala otak aku, 'mana nak cari benda2 ni?? mak aku tak boleh drive nak kuar pergi beli bnda2 bodoh ni"... Ya, itulah dia.. Seawal umur 7 tahun, aku dah berfikir semuanya..

Lagi, bila tiba hari kena sign buku rekod, 'esok, mesti bawak mak ayah datang sign buku rekod.kalau mak tak dapat datang pn takpe, kalau ayah yang datang lagi bagus...' cikgu aku cakap.. Ayah? Mana nak cari? Bila ada apa event kat sekolah yang melibatkan 'ayah', aku akan secara otomatiknya tak akan pergi sekolah.. Walaupun aku kena naik pentas ambil hadiah sebab dapat NO.1.. haha.. Inilah aku masa dulu.. Aku cukup tak senang bila cikgu mula sebut perkataan ayah..Aku sangat sensitif.. Laju je air mata ni nak turun.. Kemudian, malu sebab mata merah.. :) .... Perkara ini berlanjutan sehingga darjah 3.. Kemudian, bila masuk tahap 2 (darjah 4) dan sampai la ke sekolah menengah..Alhamdullilah...perkara ini beransur pulih.. takkan kau nak nangis sampai form 6? haha.. Kenapa dah tak menangis? Bukan tak sedih, tapi, life must go on kan? Apa yang dah berlaku, itu sudah takdir Allah.. Dia lebih menyayangi umatnya, maka dia ambil awal daripada kita. Walaupun pahit, walaupun perit, aku terima.aku redha. dan aku pasrah...

Oleh sebab inilah, aku terus terfikir nasib anak kepada insan yang aku ceritakan tadi.. Ya, dia sama seperti aku. Hilangnya tempat bergantung ketika masih mentah..ketika baru mula nak mengenal dunia.. Ya Allah, kuatkanlah dia .. seperti Kau kuatkan aku suatu ketika dahulu..  Walaupun air mata sudah kering, aku percaya dia mesti melalui sejuta kesukaran....Kehilangan bukan perkara yang menggembirakan... Kalau hari ni kita masih boleh ketawa bersama mereka yang tersayang, belum tentu esok kita masih mampu ketawa lagi... Lalu, aku doakan agar insan tersebut tabah mengharungi dugaan yang terpaksa dia tempuh ini ketika masih muda..(umurnya sebaya dengan aku)... Semoga dia terus tabah...



Aku tak bercerita kat sini untuk menagih simpati.. Ini pengalaman aku. Bagaimana aku menjadi seperti aku hari ini.. Pelbagai episod duka aku terpaksa harungi.. Lepas satu, satu.. Semuanya sendiri.. Namun, aku bangga kerana dengan dugaan Allah inilah, aku jadi amat kuat.. (walau kadang-kadang rasa macam dah tak mampu bernafas lagi..) Mungkin sebab ini jugaklah aku terlalu sensitif bila ada sahaja perkara menyedihkan berlaku depan mata aku ..kecuali (tengok wayang citer sedih, aku takkan nangis..sebab itu lakonan semata..haha).. Asal suka gelak tengah-tengah sedih? haishhh... Ok, teruskan lagi..maka inilah dia realiti kehidupan.. Kalau kau hanya putus tunang, Kalau kau hanya hilang gf/bf... Mereka ini hilang tempat bergantung tempat bermanja tempat mengadu buat selama-lamanya.. Lagi sedih bukan? Maka, sebab itu aku selalu mengingatkan diri aku.. Kalau buat salah kat orang, minta maaf.. Kalau orang buat salah, maafkan..Sebab kita tak tahu bila waktu kita atau dia akan tiba..

So, aku harapkan agar sesiapa sahaja yang masih, sedang dan pernah kehilangan sesiapa sahaja yang kalian sayang dalam dunia ini, tabahlah menghadapinya.. Allah tak akan menduga hambaNya jika dia tahu kita tidak mampu menanggung dugaan tu kan? Kalau kita derita, ingat masih ramai lagi yang sengsara diluar sana.. Walauapapun terjadi, kita harus sedia menghadapi segala kemungkinan.. Apapun, Move On..


# Everyone wants to be happy, Nobody wants to be in pain, BUT you can't have a rainbow without any rain..






Bye !

21 November 2011

" you chinese or malay? "

Assalamualaikum..

Lewat petang ni baru ada chance nak bukak blog ni ha.. Aku tak paham apa yang aku sibuk sangat dari pagi tadi.. .. hahaha.. Asal duduk je, kena bangun balik, asal bangun je kena duduk balik.. ish2... Start dah melalut..

Tak ada yang aku nak sharekan sangat hari ni.. Maybe kepenatan fizikal dan mental bersama-sama masalah yang sentiasa nak ikut belakang aku walaupun kemana aku pergi, maka hari ni otak aku malas mahu berfikir teruk-teruk sangat.. Otak, kau rehatlah ye.

Malam ni, pukul 8mlm kan Final Bola?? Aku sangat tak sabar. Sampai sanggup batalkan acara menonton wayang bersama2 mak aku.. hahaa.. Sorry mak. Tetiba semangat kesukanan melampau2 sekarang ni.. Kehkehkeh.. So, harapan aku dan semestinya kita semua rakyat Malaysia nak tengok Harimau Muda ni mengaum di Stadium Glora Bung Karno kan?  Aku rasa Malaysia boleh menang punyalah.. 1-0. kehkehkeh..Jadi la kan dari tak ada pape ??

Just nak share something yang aku alami semenjak aku start keje kat CC ni.. Semalam dah 2 kali, kelmarin sekali, yang sebelum-sebelum ni dah berkali-kali... Ape benda?? Ha, meh la nak citer.. CC aku ni ramai la orang yang masuk..Tak kira bangsa tak kira usia..Asal orang cina masuk, (tak semualah ye. sesetengah je) diorang akan selamba cakap Cina dengan aku.. Cakap berjela, tak sempat aku nak mencelah, tetiba dia berhenti bila tengok muka blurr aku... "You Chinese or Malay??" aiyokkkk.. tepuk dahi la aku.. kau cakap pjg2 baru teringat nak tanya aku melayu ke cina?? Hahahaa.. Banyak kali dah.. Pastu, bila aku jawab, "malay" , style tak puas hati pulak dah.. "You punya mak ka ayah ka ada mix itu Cina ka?" .... Hoi! tak payah tanya lah.. memang sah-sah tak ada la kan.. hahaha... Tension aku tau.. T_____________T. Ha itulah dia. Entah celah mana yang Cina aku pun tak tau. Mata aku? Besar (orang cina kan sepet)... kulit aku? Memang tak putih gebu cam Cina lah. Jauh sekali la kan? So, apa? entahlah.. Aku senyum je lah.. Haishhh..

Kadang-kadang lawak jugak.. Itulah hiburan aku di tempat kerja. Bila bekerja dengan mesin (PC) yang tak pandai nak bersuara, keserabutan jiwa melanda jugak..So, bila ada customer yang macam ni..lawaklah jugak..boleh buat aku gelak..

Ok, ini shj utk hari ni.. .. wahai malam cepatlah datang.. Tak sbr nak tengok bola.. Kalau menang kita boleh cuti kann? (kau kerja dengan orang,  bukan kerajaan, ada hati nak ambil tau hal cuti...wakakakaka!)

# Kali ni Ong Kim Swee boleh duduk dekat bangku pemain simpanan tak?



Bye!

20 November 2011

20.11.2011 - Tarikh cantik ramai yang kahwin

Assalamualaikum..

Hari ni tarikh cantik . 20.11.2011. Secantik kemenangan Malaysia semalam menentang Myanmar..Huhuhu.. Tak sia-sia aku sibuk tengok kat Tonton.. Dan Malaysia telah layak ke Final menentang Indonesia. Tak sabar tunggu final nanti. Tahniah MALAYSIA ku. (Lagu Negaraku berkumandang. Patriotik skett..)

Sekarang ni dah start cuti sekolah.. Yeeehaaaaa!! Jeritan adik2 aku.. Buku-buku semua dah bergelimpangan dibuang di atas lantai di dalam bilik.. Buku teks untuk tahun depan yang dah dapat siap-siap ,awal-awal lagi diorang sumbat bawah katil..hahahaha.. Tunggu esoknye nak sekolah, baru sibuk nak cari.. Dan, bila musim cuti  sekolah ni, apa lagi event orang Melayu?? Kahwin la weyyy.. kehkehkeh...

Dalam perjalanan aku pergi keja pagi tadi, masa berhenti kat lampu isyarat... tudiaaaaaa... sungguhlah banyak kad-kad/kertas-kertas yang tergantung dan dilekatkan di tiang-tiang lampu isyarat beserta bunga manggar seurat dua.. ke sebatang dua?  Lantaklah... Dan mata aku pun sibuk membaca satu-persatu nama yang tercatat di atas kertas tu.. Antara yang ditulis atas kad-kad tuh lebih kurang macam contoh kat bawah ni la.. kehkehkeh... (ala, korang pun mesti tau kan? Tak kira aku nak tunjuk jugak...) 

Saling bertindanan kat tiang lampu tuh.Macam kertas yang selalu ada  muka orang yang tak bayar hutang along pulak..kehkehkeh..(Tapi nama macam kat atas, tak pernah hutang ahlong ok..ekekekeek)


Haaa.. lebih kurang mcm ni lah..hahaha.. Macam-macam betul. Kalau dulu, mungkin 'Ke rumah pengantin'.. Tapi nowadays,  "Raikan Cinta" lah, "Menuju Mahligai Bahagia" lah, "Istana Impian" lah.. haaa.. Inilah dia.. Dunia dah maju.. kehkehkeh.. Well, walau apapun, yang penting niat pengantin tuh nak meraikan tetamu yang sudi bersama-sama meraikan hari bahagianya..kn? Itu yang penting. Tapi yang menyedihkan, lepas je habis kenduri kendara, diorang ni tak reti nak pegi cabut balik nama diorang yang gedabak terpampang kat tengah-tengah alam  jalan tuh.. Weyhh, pegi la ambik balik.. Simpanlah buat kenangan.. Ni tak, dah lah menyemak satu.. Pastu, kadang-kadang kertas tuh jatuh kat tengah jalan kena lenyek dengan tayar keta dan lori sampah.. habis la nama korang sekali kena lenyek.. kehkehkehkeh..

Untuk hujung tahun ni, aku banyak juga dapat undangan perkahwinan.. Yang jauh dan dekat. Yang dekat, InsyaAllah boleh la pergi..Kalau yang jauh? Tak mampu la den... Tapi ada yang  tak bestnye bila dapat undangan ni, apa?apa? Soalan lazim tipikal Melayu, 'kau bila lagi? Aku dah ! ( nada iklan carefree Scha Al-Yahya)  hahahaa... Aku kadang-kadang diamkan aje, kadang-kadang aku just jawab.. 'aku memang tunggu hang kawen dulu'... kehkehkeh.. Seru kau dah sampai.. Alhamdulillah lah.. Seru aku belum lagi... Tak payah la tanya2.. Kalau dah sampai, aku jemputlah nanti tu pun kalau aku ingat.. Wakakakaka!

Inilah dia kisah tarikh-tarikh istimewa..Tunggu tahun depan plak..Last dah la nak susun tarikh cantik ye dop? 20.12.2012.. Mana ada bulan 13 kan? kalau nak jugak, 13 Mei 2013.. hahahaha.. Lagi BESEJARAH. tarikh tuh.... kahkahkahkah...

So, kepada sepupu sepapat, sahabat handai, dan  musuh ketat kalau ada, kahkahkahkah... yang bakal melangsungkan perkahwinan nanti, TAHNIAH daripada aku untuk kalian semua.. Semoga bergembira  tak berduka melangkah ke alam yang baru.. Transformasi daripada single kepada double dan mungkin jugak triple tak lama nanti... Moga kalian berbahagia hingga hujung nyawa... Amin..

Kepada yang single, jangan resah jangan kisah... Jodoh kita dah ditentukan.. Peganglah kepada prinsip, orang cantik/handsome selalunya kawen lambat... wakakakakakaka! Tak2, aku gurau je.. Enjoy dengan apa yang kita dah ada sekarang... Manfaatkan life kalian dengan sebaik-baiknya... InsyaAllah..


Bye !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...