22 November 2011

Kehilangan orang tersayang bukan perkara seronok

Assalamualaikum...

Tengok tajuk entry? Sadis? Sebelum kita dibuai emosi sedih hari ni, tak lupa aku nak update tentang kejayaan Skuad Harimau Malaya kita yang berjaya memperoleh emas semalam di Sea Games yang ke 26.. Sakit jantung tengok match semalam..Ye, biasa la. Aku kan over. Apa-apapun sangat cemerlang permainan diorang (sebab menang, cemerlang lah, cuba kalah?? Kutuk kaw-kaw..hahahaa). Apek yang sangat tangkas, Badrol yang bertahan walaupun dah senget-senget jalan, Fakhri yang teruk dihentam oleh aku sebab macam tak serius pastu buat muka kesian, hahahaa.. Dan yang lain-lainlah... Nangislah 1 stadium Glora Bung Karno menyaksikan kemenangan kita ! Syabas Malaysia !

Ok, habis episod suka, kini awan mendung akan berarak bersama-sama pembacaan anda.. Tajuk entry aku hari ni, agak menyayat hati kan? kan? Al-kisahnya, kenapa aku tetiba nak menulis tentang ini adalah kerana....aku mendapat berita daripada salah seorang insan yang ada dalam hidup aku tentang pemergian orang yang tersayang dalam hidupnya.. Al-fatihah. Dia sudah berkahwin, mempunyai seorang puteri yang sangat comel dan masih baby... Saat mendengar berita ini, dalam kepala aku hanya 1, bagaimana anak ini mahu membesar tanpa seorang pemimpin di dalam hidupnya? Ya, itu yang terlintas.. Sedangkan dia masih tak tahu apa-apa.. Simpati aku pada mereka.. Namun,siapa kita untuk mempertikai takdirNya?Bermacam-macam yang diceritakan padaku..Ya, aku sangat mengerti dan sangat bersimpati terutamanya kepada baby comel tu..

Lantas, apa yang aku buat? Aku hanya mampu menasihatkan dia agar bersabar.. Itu sahaja, Percaya bahawa ada hikmah di atas apa yang terjadi.. Mudah bukan? Hanya berkata-kata.. Tapi, untuk tidak mahu membawa dia lebih sedih dengan apa yang berlaku, aku beri kata-kata semangat padanya.. Aku pun tak la bagus mana nak bagi nasihat kat dia kan.. Tapi, kerana aku pernah merasai betapa sukarnya kehilangan orang yang tersayang tambahan pula kehilangan tempat bergantung... Maka, aku rasa aku dapat menyelami perasaannya tika ini..

Bila dalam hidup kita, kita terpaksa berdepan dengan masalah, pada aku masalah terbesar adalah hilangnya tempat bergantung harap.. Ya, aku katakan ini kerana aku sudah melaluinya.. Bila mana, kita terpaksa melakukan segalanya secara sendirian, maka akan timbul kesukaran..Paling aku ingat, waktu sekolah rendah, bila cikgu suruh tulis karangan, 'Ayah saya' atau 'My Lovely Dad'.. apa nak tulis? Kalau yang dah tak ada ayah? Dan seingat aku, aku cukup benci bila kena buat karangan macam ni.. Bila semua orang sibuk menulis,pergi depan tanya cikgu itu ini, aku? Aku dah bertakung air mata.. (aku suka nangis dulu..) .. Bila ada pulak pesanan cikgu utk subjek seni selalunya, "esok, bawak tanah liat, tepung kanji, water colour, bla..bla..bla.." dalam kepala otak aku, 'mana nak cari benda2 ni?? mak aku tak boleh drive nak kuar pergi beli bnda2 bodoh ni"... Ya, itulah dia.. Seawal umur 7 tahun, aku dah berfikir semuanya..

Lagi, bila tiba hari kena sign buku rekod, 'esok, mesti bawak mak ayah datang sign buku rekod.kalau mak tak dapat datang pn takpe, kalau ayah yang datang lagi bagus...' cikgu aku cakap.. Ayah? Mana nak cari? Bila ada apa event kat sekolah yang melibatkan 'ayah', aku akan secara otomatiknya tak akan pergi sekolah.. Walaupun aku kena naik pentas ambil hadiah sebab dapat NO.1.. haha.. Inilah aku masa dulu.. Aku cukup tak senang bila cikgu mula sebut perkataan ayah..Aku sangat sensitif.. Laju je air mata ni nak turun.. Kemudian, malu sebab mata merah.. :) .... Perkara ini berlanjutan sehingga darjah 3.. Kemudian, bila masuk tahap 2 (darjah 4) dan sampai la ke sekolah menengah..Alhamdullilah...perkara ini beransur pulih.. takkan kau nak nangis sampai form 6? haha.. Kenapa dah tak menangis? Bukan tak sedih, tapi, life must go on kan? Apa yang dah berlaku, itu sudah takdir Allah.. Dia lebih menyayangi umatnya, maka dia ambil awal daripada kita. Walaupun pahit, walaupun perit, aku terima.aku redha. dan aku pasrah...

Oleh sebab inilah, aku terus terfikir nasib anak kepada insan yang aku ceritakan tadi.. Ya, dia sama seperti aku. Hilangnya tempat bergantung ketika masih mentah..ketika baru mula nak mengenal dunia.. Ya Allah, kuatkanlah dia .. seperti Kau kuatkan aku suatu ketika dahulu..  Walaupun air mata sudah kering, aku percaya dia mesti melalui sejuta kesukaran....Kehilangan bukan perkara yang menggembirakan... Kalau hari ni kita masih boleh ketawa bersama mereka yang tersayang, belum tentu esok kita masih mampu ketawa lagi... Lalu, aku doakan agar insan tersebut tabah mengharungi dugaan yang terpaksa dia tempuh ini ketika masih muda..(umurnya sebaya dengan aku)... Semoga dia terus tabah...



Aku tak bercerita kat sini untuk menagih simpati.. Ini pengalaman aku. Bagaimana aku menjadi seperti aku hari ini.. Pelbagai episod duka aku terpaksa harungi.. Lepas satu, satu.. Semuanya sendiri.. Namun, aku bangga kerana dengan dugaan Allah inilah, aku jadi amat kuat.. (walau kadang-kadang rasa macam dah tak mampu bernafas lagi..) Mungkin sebab ini jugaklah aku terlalu sensitif bila ada sahaja perkara menyedihkan berlaku depan mata aku ..kecuali (tengok wayang citer sedih, aku takkan nangis..sebab itu lakonan semata..haha).. Asal suka gelak tengah-tengah sedih? haishhh... Ok, teruskan lagi..maka inilah dia realiti kehidupan.. Kalau kau hanya putus tunang, Kalau kau hanya hilang gf/bf... Mereka ini hilang tempat bergantung tempat bermanja tempat mengadu buat selama-lamanya.. Lagi sedih bukan? Maka, sebab itu aku selalu mengingatkan diri aku.. Kalau buat salah kat orang, minta maaf.. Kalau orang buat salah, maafkan..Sebab kita tak tahu bila waktu kita atau dia akan tiba..

So, aku harapkan agar sesiapa sahaja yang masih, sedang dan pernah kehilangan sesiapa sahaja yang kalian sayang dalam dunia ini, tabahlah menghadapinya.. Allah tak akan menduga hambaNya jika dia tahu kita tidak mampu menanggung dugaan tu kan? Kalau kita derita, ingat masih ramai lagi yang sengsara diluar sana.. Walauapapun terjadi, kita harus sedia menghadapi segala kemungkinan.. Apapun, Move On..


# Everyone wants to be happy, Nobody wants to be in pain, BUT you can't have a rainbow without any rain..






Bye !

1 comment:

Er Nea said...

hehehe...btoi2..so dont be sad k.....smile alwis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...