07 January 2013

Hate

Assalamualaikum..

'Yuhanna, bila nak pindah masuk asrama?'

'Cikgu, kami tak sabar nak tunggu cikgu pindah masuk asrama..'

Itu antara respons yang aku terima. Actually, aku penat sangat nak melayan perasaan down ni. Dengan orang sekeliling yang tak paham. Kau tau tak perkataan STRESS?

Ya Allah, aku memang down sangat. Bersedia untuk tidak bersedia. Redha? Ye, di mulut. Di hati? Allah je yang tau. Nak mengadu pada siapa? Apa alasan nak bagi? Orang tak faham kita.

Apa yang aku mampu buat, terima sahaja. Ikhlas tak ikhlas aku kena tolak tepi. I'm trying my best untuk berfikiran yang positif-positif sahaja. Entah mampu ke tak. :(

Aku tertekan sebenarnya. Memikirkan kehidupan akan datang . Tanggungjawab LUAR aku yang lebih aku risau. Tak habis-habis kena tekan. Ya Allah.. stressnya laaa.. :(

Harap sangat perasaan ini cepat berlalu. Apa saja cara untuk menghalang aku daripada menjadi warden ni, aku janji akan buat ! Kahwin? Kalau itu yang perlu. Aku redha. Tapi, mustahil bukan..








# Oh 'this feeling' please go away. Kau dah membunuh 1 tahun aku.



Bye!

02 January 2013

First Day Of School

Assalamualaikum..

' Assalamualaikum Cikgu ......' 

' Terima Kasih Cikgu Yuna...'

Dah lama tak dengar nama manjewww ni.. ekekeke. Tadi kedengaran semula. Anak-anak tercinta memberi salam, mengucapkan terima kasih. 



Yeah, today was the 1st day of schooling after break yang bapak panjang (sebenarnya tak lama mana pun cuti kalau nak compare dengan cuti hujung sem masa kat U dulu :)

Budak-budak, baju mereka semua putih bersih. Kasut semua bau kedai belaka. Beg semua warna terang benderang lagi. Buku semua masih keras kulitnya. Rambut masih tersikat rapi. Kau tunggu sebulan lagi. Semua akan bertukar. haha.

Apa yang aku buat today. 1 perkataan before tu : PENAT. Seriously terkejar-kejar. Lepas tu, aku dah tak ada suara. 6 waktu sekali jalan. Ada lagi ke suara aku? Suara macam guruh ni pun tak mampu dah nak bertempik. So, waktu last aku cakap selowww2 jer. Selamat la kelas pandai. Boleh dengar cakap lah. (padahal dorang form 1 takut2 lagi)

Then, pepagi buta masuk kelas sendiri. 2 Amanah. Yeah, guru kelas ye. Masa bebudak ni form 1, aku tak suka kelas dorang. Tak kisahlah nak cakap bias ke ape. Memang aku macam tak suka sangat. Bukan sebab last ke apa, dorang ni kelas kedua. Sebabnya, bebudak perempuan nya.. alahai. menggedik semacam. Aku tak larat nak melaser dah. Budak kecik lagi kot..

Tapi, selamat jugak perasaan tahun lepas tak dibawa ke tahun ini. Alhamdullilah. Aku tak la tak suka. Just macam berhati-hati. Haha. Siap pesan lagi, ' awak dapat saya guru kelas awak, awak sakit laa..' Kehkehkeh.

Settle kan dorang, lantik ketua kelas apa semua, yuran kutip , bersyarah dengan ayat yang pedas2 , pastu blah. Then, hadap kelas kedua pulak. Form 1. Mengajar sejarah. Time ni, ada pulak pemantau dari PPD datang. How lucky i am, aku kena pantau. Selamat la bereh segala nya.. Huhu. Selamat lah jugak bebudak aku dok dalam kumpulan. Kehkehkeh. Tak berkeliaran macam apa kan.

Then, last clz.. pun form 1. jenuhhh.. Budak form 1 ni, dorang macam cuak2. Macam pasif. kan awal lagi. So, dorang macam takut2. Tapi, masih tak buang perangai darjah 6. Sabar je laaa. T_______T

Pastu, kena settle banyak gilaaa kerjaaa... Esok orientasi form 1, muka ni jugak yang buat pamplet. Kelam kabut photostat apa semua. Panggil budak2 tolong lipat apa semua. Selamat la ada assistant. Oh ya, tak sudah la bebudak dok panggil aku.

'cikgu, lama tak jumpa..'

'cikgu rindu cikgu..'

'cikgu, kenapa tak ajar dah kelas kami?'

'cikgu..cikgu..cikgu....'

Ehhh korang ni, boleh tak panggil kakak? muahahaaahahahaahaha.

Ini sahaja untuk hari ni. Permulaan yang baik. Sebelum mood aku kelaut sebab maybe esok result WARDEN akan keluar. Ya Allah, semoga BUKAN aku. Aku tak mampu !


# Dah 2nd day of Jan, hopefully dia kuat meninggalkan apa yang SEPATUTNYA dia tinggalkan dari dulu lagi. Amin.




Bye peeps!

01 January 2013

Welcome 2013, Good Bye 2012

Assalamualaikum..

Sana sini, orang akan cakap pasal tahun baru? Kenapa haa? So, untuk tak nampak macam batak, marilah kita pun bercerita tentang tahun baru. Oh, 31/12/2012. Aku macam tak perasan  sebab pepagi tadi dah terpacak kat sekolah. So, lupa sekejap today merupakan the last day untuk tahun 2012. Sobs.Tsk.

Macam tahun sudah, bila tiba hari last, aku akan buat review dalam belog aku, untuk 1 tahun yang lepas. Oleh itu, marilah kita ulang semula. *wink*

Januari ~ Mac 2012

- Apa yang aku achieve untuk 3 bulan pertama ini? Aku rasa tak ada apa sangat. Yang aku tau, aku masih bekerja di CC di CS. Masa ni aku masih lagi ting-tong tentang masa depan. Dok berkeluh kesah lagi. Tapi, tak silap aku, dalam bulan ni jugak aku ditemuduga oleh SPP. Ha, memang lah cuak. Oh ya, dalam bulan Mac rasanya, aku sudah mula berjinak-jinak mengenali seseorang.. Heh.  So, itulah dia.




April ~ Mei 2012

- Ok, untuk bulan ni. Ada 2 perkara. Sedih dan Gumbira. Sedih, dalam bulan Mei, aku kena berhenti kerja dah sebab dah berjaya mendapat penempatan. Almost 1 year kerja, mana tak sedih. Kerja paling best aku rasa walaupun penat. Huhu. Then, hujung bulan jugak aku dah berangkat ke Pahang untuk mula bekerja sebagai seorang guru. Huhu. Dalam bulan ni, aku dah mula menerima seseorang TEMAN dalam hidup aku.Huhu.. Alhamdullilah. Terbuka jugak hati. ;p








Jun ~ September 2012

Ya, mula berkecimpung dalam bidang perguruan. Sangat teruja. Namun, masih lagi blur... Aku tak paham banyak sangat benda. Dan pengalaman pun banyak juga lah aku dapat. Macam-macam aktiviti aku kena buat kat sekolah. Dan pelbagai aktiviti jugak lah menyebabkan aku rasa macam berguna sikit jadi cikgu. haha. Kalau tak, hampeh je. Antara bulan ni, banyak tempat aku pi jalan. Melaka, Bukit Tinggi, Genting, Nilai, KL, Terengganu and sooo onnnn....Yeahhh!











Oktober ~ Disember 2012

Terlalu banyak dugaan yang aku lalui sepanjang bulan-bulan ni. Sebenarnya bermula bulan sebelumnya lagi. Bertahan dan terus bertahan. Memang sukar. Tapi nak buat macamana. Hidup perlu diteruskan. Banyak sangat perancangan dibuat tapi ada yang menjadi dan ada yang tak. Yang tak menjadi, ada hikmah. Yang menjadi, syukur Alhamdullilah. My new aset hadir dalam bulan ni. Hewhewhew...My relationship ? Alhamdullilah. :) Dan last sekali, cuti sekolah ! Singapore ! Hoorayyy !!!






Kesimpulannya, Tahun 2012 so-so je untuk aku. Tak la terlampau grand and not so gloomy. Alhamdullilah, masih lagi bernyawa meneruskan sisa hidup dan masih lagi mampu berhutang. Muahahaaha. So, apa yang aku harapkan untuk tahun 2013, umur pun dah 26 tahun.. Semoga makin matang dalam segenap segi, kena check semula hubungan dengan Allah, baiki hubungan dengan orang sekeliling, and last sekali, semoga segala perancangan aku untuk tahun ni dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Azam? TAK ADA. aku tak pernah berazam waima sekali pun. Redah kasik pecah sudaaaa..


Semoga tahun baru anda-anda semua juga akan membawa berjuta makna dalam hidup masing-masing, Wishing u'olss , all the best yaw !

WELCOME 2013 

Love, 
xoxo




# Tahun ni tahun apa? Naga?


Bye!!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...