23 September 2012

BBQ bersama anak2 dan murid2

Assalamualaikum..

'Cikgu, jom kita buat BBQ? ' - ayat student2 aku yang manja. haha. muntah.

Ye, diorang ajak buat BBQ. Asalnya, aku nak buat open house raya. Nak mintak mak aku masak. Tapi, atas kekangan masa, mak pun da balik SP, maka sapa lagi yang nak masak?? Muka ni? Jangan harap. Aku mana reti sangat. Pemalas pun ye jugak. So, untuk tak nampak macam pemungkir janji yang tegar, maka kitorang set nak buat BBQ. ' Kutip la duit, apa lagi??' - ayat cikgu gangster. haha

So, today is the day. Preparation, pergi TF Mart, (ala2 econsave) beli barang-barang, balik dan masak. Aku yang buat resepi untuk perap ayam. Fuhh.. tak sangka marvelous jugak. huhuhu.. Then pagi tadi, dorang datang la umah aku. Dalam 10-12 orang kot.. LELAKI semua. Haha. Aku mana ada student perempuan yang suka. Kasar laser macamni.. Hahahaa. Peduli.

So, kami pun mula membakar.. Lama jugak la tunggu nak hidupkan api. Budak2 kan.. masing-masing berkira dok tolak hang aku. Aku jerkah sekali. Hahahaa. Tapi enjoy. Really enjoy. Diorang walaupun tak semua bagus2, bese la umur macam tu.. degil, melawan, biadab pun ada gak.. tapi aku bancuh je terus. Diam tross. haha. Yang paling best, suruh je buat apa diorang buat walaupun amik masa la nak buat pun..

Siap terlentang terbaring apa semua dah anak2 murid aku tuh.. Haishhh.. 'hangpa pi cari la rumah cikgu lain kat sekolah nuu yang boleh dok tidoq terlentang depan pintu macam ni...' -ayat aku. haha.  Tapi, aku dah anggap diorang macam adik2 aku dah. Aku rindu kenangan aku. Cara aku dibesarkan bersama orang-orang sekeliling yang macam diorang2 ni laa.. Aku ada kwan2 kat SP yang gila2 macam ni. Semua golongan aku kawan. Semua jenis manusia aku kenal. So, aku dah macam boleh handle bebudak ni.. huhu

Dah, jom tengok pic yang aku sempat ambil..








 
Ini dia sebahagian gambar2 anak murid aku.. Besar2 kan budak sekarang.. takut aku. hahaha..







# Oh ya, buah hati pun datang jugak. Tapi, entah macamana lupa nak snap pic dia. Kalot la student ni dok tunggu dia mai.. Sampai ke petang2. Huhuhu.. Thanks Sayang sebab datang. :)





Bye!

21 September 2012

Siapa salah?

Assalamualaikum..

Tadi, aku terbaca kat satu website ni, Aku Islam. Dah lama tak buka. Sebab busy kan (padahal web len bolehh jerr) Ok2, continue. So, tajuk dia menarik.. JANGAN SAMPAI TERSALAH MEMILIH ORANG. Tapi, cerita dia tak habis. Bersambung. Bahasa dia sastera sikit, tapi aku boleh je paham.

So, aku agreed sangat dengan beberapa ayat dia..Antaranya... "Jangan sampai tersalah orang dalam memilih cinta . Mencintai orang yang salah lebih memeritkan daripada tidak mencintai orang sama sekali'

Betul kan? Aku pun rasa macam ni. Lebih baik tak bercinta, dari bercinta separuh mati, last2 salah. Ermm.. Tapi, berapa ramai antara kita yang bercinta terfikir perkara ni? Tanya pada diri sendiri, ok, mengaku tak fikir pun. Yang fikir, seronok. Tapi, nak seronok sekejap jer... Macamana nak mengekalkan keseronokan itu? Itu yang sukar.

Bila kita renung kembali, dalam setiap percintaan ada give and take. Mungkin hari ni, kita memberi dan terus sahaja memberi, tanpa menerima apa2 pun kembali..InsyaAllah, satu hari akan dapat pulangan. Dalam bercinta, jangan bajet macam kita Malaikat. Tak buat dosa. Ada, walaupun hanya dengan pandangan mata. Tapi, sejauh mana kita mampu untuk menghalang benda tu dari berulang?

Terkadang, ayat yang kita akan sematkan kemas-kemas dalam dada adalah.. 'Ala, biarlah..Janji dia sayang aku'.. Ini ayat penyedap namanya. Siapa yang sering guna ayat ni? Ye, kaum hawa. Sebab tu kaum hawa yang paling banyak menderita bila tewas dalam percintaan.

Bila kita TERpilih orang yang salah, macamana nak patah balik? Pada aku, sebelum nak patah balik sila lihat kembali, sama ada benar2 kita yang salah pilih, atau kita yang salah sebab dipilih? Wanita, apa yang mereka harapkan dalam percintaan? Kalau tanya aku, tak lain tak bukan PERHATIAN. Perhatian yang bagaimana? Itu terpulang pada setiap individu. Sebab apa? Sebab nafsu wanita ni 9. Dia banyak nafsu, akal 1 je.. Pendek dan cetek. Sebab tu diorang selalu berfikir satu benda tu teruk2. Tak boleh nak wat rilekss.. Sebab dah memang lumrahnya begitu.

Lain pulak lelaki..akal dorang 9. Nafsu 1. So, dorang mampu berfikir banyak benda dalam 1 masa. Dorang mampu buat keputusan dengan tepat kadang2.. And nafsu dorang tak terarah kepada banyak benda.. Makanya, tak boleh la nak menidakkan antara satu sama lain.. Come on babe, dah ini kejadian kita kan?

Berbalik kepada tajuk utama, huhu.. Macamana kalau terpilih orang yang salah? Cuba tengok balik, salah tang mana? Kalau mula-mula kau rasa dia ok.. tetiba dah lelama dia macam tak berapa nak ok.. Fikirlah semula, kenapa? Maybe dia jemu kot.. Asyik2 barang yang sama. Haha. So, tak payah lah nak hover betulkan keadaan, leave him/her behind. Semak kot orang macam ni..

Tak kisahlah lelaki ke perempuan.. Sama jer.. Kita ni manusia. Kalau orang tu baik.. Dia mesti akan stay the same sampai bila2.. Kasih sayang, cinta mana boleh paksa. Kita dok paksa suruh dia cakap I Love You sedia, mana bolehh... Kalau dia betul2 ikhlas, jujur.. Kau tak payah suruh.. Dia sendiri akan cakap.. Dan kita sendiri akan dapat rasa kasih sayang dia bertambah dari hari ke hari..

Tapi, bergantung gak pada keadaan..Mungkin perubahan dia akibat perubahan beberapa fasa dalam hidup dia.. Kalau sanggup, bertahanlah.. Tak payah nak pulun pecah kepala pikir kenapa dia buat aku macam ni and all that.. Bagi masa.. Tapi, kalau sampai di'ignoere' terus, atas alasan dia sedang merencana sesuatu dalam hidup dia (lelaki/perempuan) nasihat aku, kau tanya balik kat dia.. 'SAYA BUKAN 'SESUATU' KE DALAM HIDUP KAMU?' Sibuk merencana apa kebenda sampai terus tinggal bf/gf kan? Orang ada , dia pun nak ada. So?? Kalau tak pandai jaga, buat apa la nak seksa diri dan orang lain.

Ini aku review atas pemerhatian aku.. Tak ada kaitan dengan aku pun. Alhamdullilah, setakat ni aku rasa aku masih lagi stabil.. Mungkin pernah dilanda badai, tapi.. bila fikir semula.. Biasa lah. Kita tak tinggal sebumbung, nak faham semua perkara dalam satu2 masa memang tak mampu. So, take it easy. As long as, kita masih mampu tersenyum dan menjalani kehidupan seperti biasa dah kira bagus. Dan aku rasa aku tak salah memilih orang. InsyaAllah.. Mudah, berbalik kepadaNya. Ingat, kita bukan malaikat. Bertaubatlah.. Beristiqamahlah..  Tak ada rugi kat mana kalau kita meletakkan cinta kita LEBIH pada yang Hak, sebab DIA akan kurniakan kepada kita sebagaimana yang kita harapkan..

Aikkk, asal cakap bab cinta? Tak. Actually aku hanya terpengaruh dengan web yang aku baca tadi. Seringkali membaca luahan cinta orang lain di blog2.. So, aku sharekan di sini pendapat aku..Untuk sama-sama kita merenung kembali.. Jika timbul masalah dalam sesuatu hubungan, seringkali jari ini, hati ini menuding kepada pihak yang satu lagi.. Berhentilah.. Serahkan diri dan hati kepadaNya. Maka, kau akan mendapat jawapan..

So. jangan tersalah memilih.. Kalau dah tersalah, mohon petunjuk.. Ayat yang buat aku tersentak dan berfikir berjuta kali tentang apa yang pernah dilalui.. 'KALAU ALLAH pun dia MAMPU TINGGALKAN, apatah lagi KITA yang HANYA MANUSIA sama macam dia..'










# Lama aku berteleku di atas sejadah usai Maghrib tadi.. Kemana aku selepas ini? Apa yang aku mahu? Dan , YA aku sudah dapat jawapan..




Bye!





20 September 2012

Kad Kahwin siap !

Assalamualaikum..

Huihhhhh... Aku penat sangat2 ni. Hehe. Tapi sempat update. Tadi balik sekolah hujan lebat gilozzzz! Basah lah. Tross sexy. hahaa. Selamat depan rumah je. Then, mandi2, solat, iron baju untuk esok, n aku masak. Kehkeh. Aku lapar gila even da makan 2 polisterin nasik lemak. ekekekee..

Aku goreng ayam, rebus daging konon buat sup and lastly buat air asam. Semua menu di atas : MASIN !
Haha. Apa la nak jadi. Selamat la nasik masak dengan air kosong je, kalau tak mesti MASIN jugak! Haihhh! Then, mencatat book of record , apabila pompuan ni balik tak tido! Muahahaa. Aku pelik nape aku tak tido. Mungkin ada perkara yang memanggil2 aku untuk aku siapkan. Maka, tido aku letak tepi hari ni,

So, apakah perkara yang membuatkan aku tak tido? Yeah, ini dia projeknya. Huhu. Aku tengah bertungkus lumus menyiapkan wedding card untuk abg Mr.A. Aku draft, aku edit, and aku sesuaikan dengan permintaan. Simple katanya. So, aku dah buat dari cuti hari tu. Seronok. Aku suka benda2 macam ni. Aku suka mendesign di dalam laptop. Mengedit segala2nya. Suka sangat. Dah 2,3 kali jugak aku designkan kad kahwin untuk member2 hari tu.

Rasa macam nak wat business mendesign card. haha. Ada ke? Aku tak rasa beban (walaupun penat nak mati). Kalau buat plan lagi la penat.. Sebab actually dia boleh buat guna software2 . And aku ada belajar 1, guna photoscape pun boleh. The problem is, kena lakar jalan atas kertas, then scan. Hoihh.. tangan aku mana mampu pegang pensil. Sah2 lagi hodoh. So, aku guna words. WORDS ok. Ulang sekali lagi, WORDS !!! Sambung satu persatu line untuk membuat jalan. Gigihhhh kannn?

Untuk front page, aku guna Microsoft Image Digital, dengan Photoscape sahaja. Eh, kenapa bukan Adobe Photoshop C5 ape kebenda?? TAK ADA MAKNA ! Aku buta menatang tuuu! hahaha. Aku pandai dua ni je. Tak la pandai, boleh gagah la. and dalam hp, ada 1 lagi photowonder. memang wonderful lah! hee.

Makanya, untuk kad yang aku design ni, walaupun bukan kad aku .. tapi aku rasa aku dah bagi semua jiwa dan raga aku dah. Sebab, aku memang macam ni. Benda yang aku suka, aku tak kisah. Aku akan buat dengan sangat baik. :) (walaupun mungkin pada pandangan orang lain, tak baik. Peduli apa aku)

Azam aku, bila aku kahwin nanti, aku nak design sendiri kad aku. Lepas tu, aku nak hantar kedai suruh print atas kad yang cantik and mesti keras dan ada sampul. Hee .. :). Lepas tu, aku nak design banner aku sendiri.. Lagi, aku nak buat.... eh, asal hover?? Entah kahwin ke tak, veranganssss la kann? Huhu




Kalau boleh buat bisnes, mesti masyukkkkkkk ! Jom, aku tunjuk design aku. Abadikan di belog terchenta.






The Front
 
Dalam tak boleh. Sebab ada maklumat peribadi yang perlu dirahsiakan. Maka,marilah melihat pelan ke rumah pengantin yang aku buat menggunakan WORDS. (orang guna Words buat surat. Heh)


The Back



So, inilah dia hasil tangan aku. Hasil kerja aku. Harap lepas ni, kalau ada peluang buat lagi nak improve banyak benda so that orang akan cakap, 'wow! amazing lah kau Ayu' ----------- >> Blah laaaaar!




# Semoga jodoh aku ada, aku kahwin dan aku boleh buat macam ni untuk diri sendiri. Huhu.




Take Care! Bye!










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...