21 May 2012

Aku di Selangor.

Assalamualaikum..

Semalam, aku bertolak dari teratak bonda menuju ke Selangor. Bersama mak, pikah dan Mr.A. Mr.A drive sensorang semalam. Kesian. Tekun je dia. Aku? Lesen aku hanya untuk simpanan persendirian. Heh. InsyaAllah, 3,4 bulan lagi lesen aku akan dapat berfungsi semula. D confirm, 2 tahun dah. Malu sikit. Huh.

And happy sangat sebab dah dapat surat semalam. Surat cinta dari JPN Pahang. Ya, PAHANG. *tetiba takut nak sebut*. ekekekee. Berat hati aku semalam... Dengan bag yang banyak, ya ampun. macamana nak hangkut nnti dengan berbaju kurung? fuhh.. semua simpan dalam kepala. Yang penting sekarang, nak memanfaatkan masa-masa yang ada bersama mereka yang tersayang. Fuhhhh..

Semalam jugak, aku tak tidor. Haha. Aku takut, kang terlelap, kereta ke longkang. So, setia temankan Mr.A drive, walaupun tak bercakap. Dah pagi2 buta, kau hadap lagi nak riuh sekampung? Alhamdullilah, selamat semuanya. Sekarang, saat ini aku bersiaran dari Selangor. Macam tak percaya je. Semalam masih lagi berpijak di tanah SP, sekarang, dah tanah SELANGOR. esok, tanah PAHANG. huhuhu.. Utara, Selatan , Timur. Ya Allah, permudahkan lah segalanya.

Esok malam, *pagi buta actually, * aku akan dihantar ke Temerloh. Waaaaaa! Macam2 rasa sekarang ni. KOSONG. adoiyai. Entah nak seronok atau apa. Sedih, esok mak dah balik. Sedih, aku kena bersusah payah sensorang. T_________T.

Ok la, aku tak tau nak tulis apa dah. hee. Excited nk pi jalan malam ni. ekekeke. Sempat lagi. huhu. Eh, semalam dapat ini : Cdt to ....... THANKS !!!!






# Ada 3G, boleh online. Harap sekolah nanti ada wifi. Sekian.





Bye belog!







17 May 2012

Dalam Kenangan..

Assalamualaikum..

Sobs Sobs Sobs  T_______T. Hari ni last day i kerja kat WCS UTARA ENTERPRISE ni. huu. Setahun lebih jugak laaa.. Lama ok. Aku rasa aku dah cekap segala mak nenek kerja dah dalam ni. Kau campak aje la apa pn, aku boleh buat. huhu. Cuma, EXCEL, aku still lembab nk mam. Aku benci excel. Aku love Words. hewhewhew..

Oraits, walaupun last day, aku tetap bekerja macam biasa.. (even otak aku actually dah melayang ke Selangor dan Pahang, jasad je kat cc ni haa..) Huhu. Perasaan? Of Course sedih. Terasa jugak la. Macamana aku bersusah payah kerja, demi untuk memuaskan nafsu serakah ini. Hahahaa.. Aku kerja ni, even gaji ciput, puas hati sebab, tak perlu menagih kat mak untuk topup. (makan? kadang-kadang) hahahaa.. Aku bayar hutang motor aku sendiri dengan gaji ciput ni la.. heee...

And, nk say thanks to my Bos, (aunty) ..ok, dia tak baca blog aku. Takpe la. Dia seorang majikan yang bagus. Aku tak tahu la. Aku selesa bekerja dengan dia. Even dia cerewet gilozz.. Muahahahaa... Garang jugak, tapi no wonder la sebab staff dia yang sorang ni pun garang jugak. Hahahaa.. Dia sangat menjaga kebajikan aku. Masalah aku, semua dia tahu. Hewhewhew.. I love u aunty. ^^

And, to all my customers, sama ada yang kereq atau yang sangat menyenangkan, Terima Kasih sebab bagi aku mencipta pengalaman berharga. Pengalaman yang tiada ganti. Aku belajar banyak perkara tentang pe'el manusia. Aku belajar banyak ragam manusia, aku belajar 1001 macam kerenah manusia .. Thanks.

And, officially, esok 18/05/2012 aku tidak lagi bergelar pekerja CC. Huhuhu.. Semoga pekerjaan baru aku nanti, sama mudah macam kerja sekarang ni. Hakhakhak. JANGAN HARAP !!



Hmmmm.. ini sedikit kenangan yang aku rakamkan.. alahai... T___________T


I'm gonna miss everything..... EVERY EACH THINGS.. Tsk.


And, this is a special gift from my boss.. huhuhu...TQ aunty (baru jerkk puji) ekekekkee...




05/05/2011 ~ 17/05/2012  ... Dalam Kenangan 



# Pagi Pagi aku lepas ni, tak adalah kena menghadap mesin-mesin yang tak bernyawa...  and entah bila boleh upload belog lagi.... sabar ye belog.. ;"(

Bye!!

16 May 2012

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum..

Ya ampun, lama gila rasanya tak berblog. Sumpah aku tengah berada dalam keadaan ting a tong skarang. Makan kelaut.. asyik susah hati memikir benda yang tak sudah. Huhu. Hasilnya, berat badan ideal (yang lama diidamkan, hampeh tak tercapai. Sudahnya, turun 3kg. T______T).

Kenapa aku susah hati? Nak cerita sini semua. Supaya, anak-anak ibu nanti dapat faham macamana susahnya menghadapi hidup. (anak2 ibu? ok, gatai) hahaaha.. Aku dapat posting di Pahang. Ye, negeri pilihan aku. Memang aku minta untuk berkhidmat di sini. Kenapa? Sebab aku nak rapat dengan ahli-ahli keluarga arwah abah.. (bakal wali-wali aku nanti). Selama ni, hanya Pak Ngah sahaja yang aku kenal. Itupun, tak la serapat mana.. Bayangkan kalau 2,3 tahun lagi dia dah tak ada (bukan aku mintak ok) macamana aku nak bernikah? Sedangkan tak kenal pakcik-pakcik yang lain. (asal ko asyik pikir kawen je ni ayu? Selfish) haha. Ini sampingan.. Yang utama, aku nak beralih angin, membina kehidupan baru. Di sini, di Pahang, adalah tempat pertama aku mula mengenal ABC dan 123... Ya, disini. Sekarang, tiba masa aku berkhidmat semula, mengajar dan mendidik bakal-bakal student aku macam aku pernah dididik dahulu..

Aku perlu ke PPD Temerloh pada 23hb Mei bersamaan hari rabu. Saat cek di web KPM, bahawasanya aku sudah berjaya dipostingkan, masyaAllah.... Syukur sangat2. Betapa berjuta orang di Malaysia, menagih untuk bekerja di sektor awam, sektor kerajaan, rezeki aku sudah tertulis di sini., Syukur Ya Allah.. Dengan pekerjaan yang ditawarkan, bukanlah calang-calang. Guru yang bakal menentukan masa depan anak muridnya.. (tak payah citer bab gaji, jap g aku lupa daratan..) hahaaha.. Maka, aku amat bersykur sekali.. Alhamdullilah..

Sepanjang tempoh ini, aku susah hati bangat, memikirkan siapa la yang nak hantar aku ke sana? Macamana aku nak menginap di sana? Kawan - kawan aku dari utara tak ada yang dapat sana. Yang ada, hanya mereka yang memang orang sana. Ok, Yuhanna ini, perempuan thinker ni dah mula cuak gundah gulana. Tetiba menyesal. Haha.. Yes, at first. Sampaikan orang melawak pun aku dah emo gila bangang. macam nak give up. Taknak jadi cikgu, nak kerja kat cc. Huh!

Then, aku mula berbalik kepada nawaitu asal aku bertungkus lumus belajar kat USM selama 4 tahun. Untuk apa aku perit lelah study? Untuk apa aku bersengkang mata hadap exam final sampai dapat low blood pressure? (pmpuan ni over, sekian). And impian aku untuk menolong mak, untuk mengubah nasib kami yang entah apa2 sekarang ni, menguatkan aku semula.. Syukur, Allah itu ada. sentiasa membantu .. Dipermudahkan.. Fettynita, (kawan aku dari Jengka) sudi nak tumpangkan aku di rumah dia. Nanti nak ke Temerloh, dia akan bawak aku bersama. Janji aku dapat lapor diri.. Sebelum nak ke Temerloh, dari SP ni apa cer?? Syukur, Si baik hati Mr.A sudi tumpangkan aku di rumahnya di Selangor. Bukan aku sorang, mak aku sama.  Aku tak bongok nak pegi tidur rumah dia sorang2. And Mr.A sanggup pulak bersusah payah balik SP nanti, bawak aku bersama ke Selangor, then sudi pulak hantarkan aku ke Temerloh tu.. Ya Allah, syukur sangat kau permudahkan perjalanan ku.. Kemudian, yang aku tensionkan adalah di Temerloh itu nanti. Kena bergerak SENDIRI pergi ke PPD masing2.. Pahang luas derrr... Negeri kedua terbesar selepas Sarawak. hamekk! hahaa. so, macamana? Aku kan pemikir tegar.. Pastu mula nak nangis. Cengeng oi cikgu ni!. ahhaa.. Di sini, aku mula menumpang kasih Pak Ngah aku. Pada dia, aku khabarkan kesulitan aku.. Alhamdullilah, dia beri respons positif.. 'nanti dapat mana, beritahu. Pak ngah akan adjustkan..' Ya Allah.. syukur.. Then, kawan aku, Fetty pun ada respons, 'takpe, aku akan sedaya upaya tolong ko ayu..' Alhamdullilah... Allah permudahkan..

Selesai bab susah hati.. Pada Mr.A semalam, aku luahkan rasa yang terbuku di hati. Di mana, aku tak dihantar oleh parents aku macam orang lain.. Ada mak pak yang sanggup dok cangak sama tunggu anak depa. Oh, Perempuan ni tak ada. Kesian. Hahaahaa.. Sedih, tapi lepas Mr.A bagi semangat, ye, aku harus terima kenyataan. Bahawasanya, aku tak sebertuah mereka semua. Harus survive sendiri. Ada kawan aku, yang aku khabarkan, 'aku pi sendiri je.. pandai2 la nk hidup..'  Jwab mereka, ' Gila ke pi sndiri? ' Apa yang gila??? Pelik manusia. Pada roomate aku, aku khabarkan. Aku jadikan dia contoh.. bilamana dia datang ke bumi penang 4 tahun lepas, dari sarawak seorang diri. Grad jugak. jadik cikgu jugak.. Ayat dia, 'bila selalu berkereta, macamna nak berperahu? ' Ya, aku pegang kata2 tu.. Survive, berdikari kata Mr.A. InsyaAllah, aku percaya pada Allah, Dia akan tolong aku. Takkan aku mati sorang-sorang . Ada duit,ada mulut yang boleh bercakap, ada kaki yang boleh melangkah, dan ada tangan yang boleh digunakan untuk mengangkat barang insyaAllah..

Fuhhhh! hah, luahan hati... Ini lah dia, permulaan bagi kehidupan aku yang baru. Bila dah tahu sekolah, dah stabil nanti, aku akan bawak mak stay dengan aku kat sini. Or kalau dia taknak, aku akan keluarkan dia dari rumah tu, dan tempatkan di satu rumah yang mana aman dan damai untuk kami. Ini perancangan aku. Ya Allah, bantu kami. Esok, 17hb may, last aku bekerja. Setelah setahun lebih aku disini.. di cc ini, macam-macam yang aku belajar.

Orait, sekian sesi luahan hati. asyik2 meluah. haha. haishhh, bila masa lak aku boleh update lagi. Berukben takdop.. Hp pn tak canggih tak leh on9.. ya Ampun, mesti rindu.. T_______T .

Hmmm, nak cdt kepada :

1) Pak Ngah Sidek
2) Mr.A
3) Fettynita
4) Dan lain2 yang sudi menghulurkan pertolongan.


SELAMAT HARI GURU kepada semua guru-guru di Malaysia, dan serata ceruk alam. ^^
Tanpa guru, siapalah kita.

Kepada diri sendiri, Aku berjanji untuk menjadi pendidik yang sempoi, dan cantik. Hahahaahaa. Siott!



# Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, aku tahu KAU ada. Aku percaya, KAU akan tolong aku. Permudahkan urusan aku, dan urusan kawan-kawanku yang lain... Amin.




Take Care peeps, Be strong, Jangan mudah mengalah bila terpaksa menghadapi kesukaran.


Bye!









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...