16 May 2012

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum..

Ya ampun, lama gila rasanya tak berblog. Sumpah aku tengah berada dalam keadaan ting a tong skarang. Makan kelaut.. asyik susah hati memikir benda yang tak sudah. Huhu. Hasilnya, berat badan ideal (yang lama diidamkan, hampeh tak tercapai. Sudahnya, turun 3kg. T______T).

Kenapa aku susah hati? Nak cerita sini semua. Supaya, anak-anak ibu nanti dapat faham macamana susahnya menghadapi hidup. (anak2 ibu? ok, gatai) hahaaha.. Aku dapat posting di Pahang. Ye, negeri pilihan aku. Memang aku minta untuk berkhidmat di sini. Kenapa? Sebab aku nak rapat dengan ahli-ahli keluarga arwah abah.. (bakal wali-wali aku nanti). Selama ni, hanya Pak Ngah sahaja yang aku kenal. Itupun, tak la serapat mana.. Bayangkan kalau 2,3 tahun lagi dia dah tak ada (bukan aku mintak ok) macamana aku nak bernikah? Sedangkan tak kenal pakcik-pakcik yang lain. (asal ko asyik pikir kawen je ni ayu? Selfish) haha. Ini sampingan.. Yang utama, aku nak beralih angin, membina kehidupan baru. Di sini, di Pahang, adalah tempat pertama aku mula mengenal ABC dan 123... Ya, disini. Sekarang, tiba masa aku berkhidmat semula, mengajar dan mendidik bakal-bakal student aku macam aku pernah dididik dahulu..

Aku perlu ke PPD Temerloh pada 23hb Mei bersamaan hari rabu. Saat cek di web KPM, bahawasanya aku sudah berjaya dipostingkan, masyaAllah.... Syukur sangat2. Betapa berjuta orang di Malaysia, menagih untuk bekerja di sektor awam, sektor kerajaan, rezeki aku sudah tertulis di sini., Syukur Ya Allah.. Dengan pekerjaan yang ditawarkan, bukanlah calang-calang. Guru yang bakal menentukan masa depan anak muridnya.. (tak payah citer bab gaji, jap g aku lupa daratan..) hahaaha.. Maka, aku amat bersykur sekali.. Alhamdullilah..

Sepanjang tempoh ini, aku susah hati bangat, memikirkan siapa la yang nak hantar aku ke sana? Macamana aku nak menginap di sana? Kawan - kawan aku dari utara tak ada yang dapat sana. Yang ada, hanya mereka yang memang orang sana. Ok, Yuhanna ini, perempuan thinker ni dah mula cuak gundah gulana. Tetiba menyesal. Haha.. Yes, at first. Sampaikan orang melawak pun aku dah emo gila bangang. macam nak give up. Taknak jadi cikgu, nak kerja kat cc. Huh!

Then, aku mula berbalik kepada nawaitu asal aku bertungkus lumus belajar kat USM selama 4 tahun. Untuk apa aku perit lelah study? Untuk apa aku bersengkang mata hadap exam final sampai dapat low blood pressure? (pmpuan ni over, sekian). And impian aku untuk menolong mak, untuk mengubah nasib kami yang entah apa2 sekarang ni, menguatkan aku semula.. Syukur, Allah itu ada. sentiasa membantu .. Dipermudahkan.. Fettynita, (kawan aku dari Jengka) sudi nak tumpangkan aku di rumah dia. Nanti nak ke Temerloh, dia akan bawak aku bersama. Janji aku dapat lapor diri.. Sebelum nak ke Temerloh, dari SP ni apa cer?? Syukur, Si baik hati Mr.A sudi tumpangkan aku di rumahnya di Selangor. Bukan aku sorang, mak aku sama.  Aku tak bongok nak pegi tidur rumah dia sorang2. And Mr.A sanggup pulak bersusah payah balik SP nanti, bawak aku bersama ke Selangor, then sudi pulak hantarkan aku ke Temerloh tu.. Ya Allah, syukur sangat kau permudahkan perjalanan ku.. Kemudian, yang aku tensionkan adalah di Temerloh itu nanti. Kena bergerak SENDIRI pergi ke PPD masing2.. Pahang luas derrr... Negeri kedua terbesar selepas Sarawak. hamekk! hahaa. so, macamana? Aku kan pemikir tegar.. Pastu mula nak nangis. Cengeng oi cikgu ni!. ahhaa.. Di sini, aku mula menumpang kasih Pak Ngah aku. Pada dia, aku khabarkan kesulitan aku.. Alhamdullilah, dia beri respons positif.. 'nanti dapat mana, beritahu. Pak ngah akan adjustkan..' Ya Allah.. syukur.. Then, kawan aku, Fetty pun ada respons, 'takpe, aku akan sedaya upaya tolong ko ayu..' Alhamdullilah... Allah permudahkan..

Selesai bab susah hati.. Pada Mr.A semalam, aku luahkan rasa yang terbuku di hati. Di mana, aku tak dihantar oleh parents aku macam orang lain.. Ada mak pak yang sanggup dok cangak sama tunggu anak depa. Oh, Perempuan ni tak ada. Kesian. Hahaahaa.. Sedih, tapi lepas Mr.A bagi semangat, ye, aku harus terima kenyataan. Bahawasanya, aku tak sebertuah mereka semua. Harus survive sendiri. Ada kawan aku, yang aku khabarkan, 'aku pi sendiri je.. pandai2 la nk hidup..'  Jwab mereka, ' Gila ke pi sndiri? ' Apa yang gila??? Pelik manusia. Pada roomate aku, aku khabarkan. Aku jadikan dia contoh.. bilamana dia datang ke bumi penang 4 tahun lepas, dari sarawak seorang diri. Grad jugak. jadik cikgu jugak.. Ayat dia, 'bila selalu berkereta, macamna nak berperahu? ' Ya, aku pegang kata2 tu.. Survive, berdikari kata Mr.A. InsyaAllah, aku percaya pada Allah, Dia akan tolong aku. Takkan aku mati sorang-sorang . Ada duit,ada mulut yang boleh bercakap, ada kaki yang boleh melangkah, dan ada tangan yang boleh digunakan untuk mengangkat barang insyaAllah..

Fuhhhh! hah, luahan hati... Ini lah dia, permulaan bagi kehidupan aku yang baru. Bila dah tahu sekolah, dah stabil nanti, aku akan bawak mak stay dengan aku kat sini. Or kalau dia taknak, aku akan keluarkan dia dari rumah tu, dan tempatkan di satu rumah yang mana aman dan damai untuk kami. Ini perancangan aku. Ya Allah, bantu kami. Esok, 17hb may, last aku bekerja. Setelah setahun lebih aku disini.. di cc ini, macam-macam yang aku belajar.

Orait, sekian sesi luahan hati. asyik2 meluah. haha. haishhh, bila masa lak aku boleh update lagi. Berukben takdop.. Hp pn tak canggih tak leh on9.. ya Ampun, mesti rindu.. T_______T .

Hmmm, nak cdt kepada :

1) Pak Ngah Sidek
2) Mr.A
3) Fettynita
4) Dan lain2 yang sudi menghulurkan pertolongan.


SELAMAT HARI GURU kepada semua guru-guru di Malaysia, dan serata ceruk alam. ^^
Tanpa guru, siapalah kita.

Kepada diri sendiri, Aku berjanji untuk menjadi pendidik yang sempoi, dan cantik. Hahahaahaa. Siott!



# Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, aku tahu KAU ada. Aku percaya, KAU akan tolong aku. Permudahkan urusan aku, dan urusan kawan-kawanku yang lain... Amin.




Take Care peeps, Be strong, Jangan mudah mengalah bila terpaksa menghadapi kesukaran.


Bye!









2 comments:

Anonymous said...

semoga perjalanan cik ayu untuk ke sek baru nnt akan brjalan dgn lancar.dan pecaya lah, rakyat mesia smua nya prihatin.tmbh klu org secntik cik ayu yg mnta prtolongan.cnfirm laju je yg mghulurkn bantuan.hehe..all the best cik ayu!

Yeah, saya! said...

amin3.. thanks doakan saya. ^^(aikkk, nk mtk tlg pn kena kira cntik ke tak eh? ekekeke) btw, TQ !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...