09 February 2012

Susahkan Kalau Hati Dah Sakit ..

Assalamualaikum..


Aku seboleh-bolehnya cuba sedaya upaya untuk mengawal hati sendiri supaya tidak disakiti oleh orang yang tidak pernah tahu menghargai..


Susah jika hati sudah sakit. Sangat susah untuk diubati. Dengan apa cara sekalipun. Maka, oleh yang demikian, aku cuba untuk tidak membiarkan hati ini sakit kerana menyembuhkannya bukan semudah yang dijangka.


Tapi, andai hanya aku yang berusaha untuk menghindari dari disakiti, mampukah aku?


Jangan biarkan ia sakit ! Kerna bila hati ini disakiti, mungkin ia akan terus mati . 
Dan bila hati ini mati, tiada lagi yang boleh mengubati.


Kepada mereka yang sentiasa menyakiti hati ini, terima kasih aku ucapkan. Terima kasih kerna tak pernah tahu menghargai.. Terima kasih kerana mengajar aku untuk menjadi kejam dan terima kasih kerana menjadikan aku seorang pendendam.







# Tiada istilah 'touching' dalam hidup aku. Sekian.



Bye!

08 February 2012

Di mana Mak Ayah ?

Assalamualaikum..


Aku tahu hari ini Rabu. Malas aku nak diam membisu, sebab semalam dah cuti. Makan-Tengok TV-Makan-Tengok TV. Malam layan Vanilla Coklat. I loike ! Huhu. Ok, lari tajuk. Actually tajuk entry tu aku plagiat dari tajuk buku. Buku ni aku baca masa study dulu. Ditulis oleh lecturer aku sendiri- Dr.Suriati Ghazali. Satu-satunya buku ilmiah yang aku baca dari kulit depan hingga ke kulit belakang. *proud* ...  
And dua sebabnya adalah : 
1) Menarik sebab senang faham
2) Masuk final exam. WAJIB HAFAL. lol.

Aku bukan nak review tentang buku ni.Aku bukan nak find sape mak bapak aku. Tak, Aku kenal sape mak aku, aku tahu sape ayah aku. Fine. Aku nak share something ni. Perihal mak ayah.. So, tajuk macam klise je kan? Nice.

Aku keje kat sini dah masuk 9 bulan dah.. Kalau pregnant, dah sampai masa nak deliver dah. Ok, tak lawak. Customer aku selain remaja, orang tua, ada parents yang ada anak kecik pun masuk jugak. Dapat tak hint aku bilamana aku cerita PARENTS yang ada ANAK KECIK? Haa, ini masalah orang yang ada anak tapi tak tahu nak jaga anak. Semak.

Aku tak faham kekadang macamanalah diorang yang ada anak ni jaga anak diorang. Aku tak kahwin lagi, and of course tak ada anak tapi aku ada adik yang aku pernah jaga start dari diorang baby lagi. Budak-budak kan, memang la nakal. Diorang mana tahu yang mana salah, yang mana betul. Tapi, mak ayah  ni budak ke lagi? Bapak budak ada lah kan. Jaga la sikit anak tu. Ini tak, macam seronok boleh tengok anak AKTIF tak bertempat. Alahai.. Ada sekali dulu, budak ni perempuan. Comel.. Dia ikut ayah dia. Mak aiii... sikit punya nakal. Masuk sampai ke dalam kaunter aku. Siap conteng lagi report aku. Yang ayah? hanya mampu panggil je dari kejauhan. Ada ke budak besar tu nak peduli? Datang la amik kan? Last-last, aku sendiri dukung dia keluar. Haha.. Nak marah tak sampai hati..

Ada jugak datang laki bini, bawak anak sedozen. Pastu, dalam cc aku akan jadi macam funfair atau tadika. Bising gila. Sorang panjat CPU, sorang panjat kerusi, sorang menangis.. Jatuh habis mouse, keyboard segala.. Yang ayah dengan mak? Selamba dok online.. Kalau nak privacy, tak payah bawak anak keluar dengan korang lah. Tinggal kat rumah anak yatim.

Siapa yang bermasalah sekarang ni? Mak ? Ayah? Anak? Of course mak bapak kan. Orang ada anak, kau nak ada anak.. Tapi tak pandai jaga macam anak orang lain.. Anak aktif sangat tak kira tempat tak kira masa. Bahasa aku berlapik ni. Guna AKTIF. Ikut hati nak je guna buas macam rimau. Hahaha.. Tension kekadang. Nak marah, anak orang lain. Anak buah aku yang umur 2 tahun tu pun, nakal jugak. Tapi kat rumah nenek dia (mak mertua kakak aku) lah.. Kalau kat rumah aku, dia tak berani. Because mak tok dia (mak aku) garang. Haha. Belum sempat dia nak pegang benda, mak aku dah sound betul-betul tepi telinga dia. Muahahaha.. Jadi, dia tak berani lah..

Mak aku pernah cakap dulu, budak-budak ni diorang tak tahu apa. Yang tahu, seronok je. Tapi, mak ayah boleh ajar yang mana boleh yang mana tak boleh. Diorang mesti ikut kalau dari kecik kita ajar. Aku percaya. Sebab buktinya adik-adik aku. Diorang ni hero. Lagi la susah kan. Tapi rumah aku penuh je dengan barang perhiasan kaca. Dinding tetap putih tak ada pun kesan conteng ke apa.. Sebab mak aku garang dulu. Adik aku nak dekat dengan barang-barang mak aku pun tak berani. Sebab mak aku dah ajar mana satu barang nak main, nak lambung and mana satu barang yang kalau kau dekat, maka binasalah seluruh tubuh badanmu. Wakakaa.. Maka, adik-adik aku tak kan berani. Tapi nakal tetaplah ada. Biasa la, budak. Lelaki pulak. And dah besar ni lain pulak kerenahnya.. Sabar je la..

Ada sekali tu jugak, aku pernah tengok anak orang ni melalak nak apa ntah la.. Boleh selamba je buat tak tahu, macam yang melalak tu bukan anak dia. Si anak dah berenang-renang atas lantai. Alahai.. Susah betul. Kalau dah degil sangat tak tahu nak handle macamana, pang je sekali. Haha. Yelah, dah susah sangat. Tapi, mesti ada sebab kenapa budak tu nangis kan? Ala, kalau sikit-sikit dia nak apa, belikan je la. So that, tak ada lah dorang histeria tengah-tengah alam tuh. Balik rumah, bantai la cukup-cukup. Hahaha..

Aku macam nak menyeru kepada great parents di luar sana, (kalau mampu) sila lah mengawasi kelakuan dan tabiat anak anda. Jangan menyusahkan orang lain. Anak-anak kalau nakal, tak payah la nak usung ke hulur ke hilir sangat. Kalau nak usung jugak, didik betul-betul, so that tak lah membuat orang lain menyampah bukan kepada anak anda, tetapi kepada anda. Heh.

That's all for today. Hebat tak parenting skills for toddlers aku? Heh. Budak kecik ni comel, tapi kalau perangai diorang macam tak dapat nak control, dia akan jadi comot. Tanggungjawab siapa nak didik? Di mana mak ayah? Huhu..

Ok lah, jom kita layan lagu bawah ni. Aku tak dapat cari official video clip. Takpelah, actually aku bukan suka lagu ni sangat, aku suka drama ni.. Hewhewhew..  


 Layan aku tengok citer ni.. Tetiba rasa dah ready nak kawen. Muahahaa








#  Anak-anak ibarat kain hitam, terpulang lah kat mak ayah nak rendam clorox supaya jadi putih atau terus biarkan dia hitam macam tu je. Hahaha.






Bye!

06 February 2012

Orang Tak Faham Kita Part II

Assalamualaikum..


Seperti yang dijanjikan, sambungan. Heh. Ok, admit it. Semalam menaip dengan sangat beremosi. Aku terlalu banyak berfikir. Ditambah dengan orang sekeliling yang macam tak faham. Asyik nak menghentam. 
So, cakap sekarang. Perlu ke tak aku emosi?

Aku ada masalah. 3 hari lepas, aku nak balik kerja. Seronok jalan, sekali nampak kuda putih. (polis trafik la) tengah check motor orang lain. Aku tak sampai lagi kat motor aku. Aku selamba je la. Apa nak takut kan? Aku fikir aku ada lesen yang tak tamat tempoh lagi dan jugak roadtax yang masih lama tempoh untuk mati. Jalan lagi, nak sampai dekat motor, aku jeling roadtax yang tergantung kat kunci motor.. 
Nahhh haiiii... 09 JANUARI 2012. Ye, JANUARI.  Bapak gelabah. !!

Aku tak jadi pergi kat motor aku, aku buat u-turn jam tu gak. Haha. Aku relax dulu kat tepi, usha dari jauh der.. Haha. Ok, selamat la aku balik after that kan.

Aku pikir sepanjang malam, macamana nak renew the roadtax. Aku zero bab ni. Aku tak tahu pape. Tak pernah ada kenderaan sendiri. Pastu, tanya member2 aku.. Alamak aiii.. berapa banyak version yang aku dengar. Pegi kedai motor., pergi cari agen insurans, pegi terus post office, and ada jugak kawan aku yang agen insurans. Tapi tak boleh fix the price sebab office dia tutup that day ! Aku dah cuak. Tanya harga.. Banyak jugak amount yang besar2 aku dengar. Rm300, Rm200 lebih-lebih.. Rm100 lebih2.. Semua main ratus. Aku dok ingat Rm50 cam tu je. Hahaha.. Berganda lagi kesusahan hati. Dah la bab duit kan. Lagi laaa..

Dalam semak serabut tuh, aku kan blurr . Memang aku tak tahu pape langsung. Insurans banyak jenis mak nenek plak. 1st , 3rd party bagai. Ikut cc motor segala. Lagi laaaaa aku macam.... T________T.  Dapat banyak ayat yang menyakitkan hati, dah lah kita tekanan pikir macam2.. memang berangin.. 
'Nak senang, pi je agen insurans bla.bla..'  Masalahnya, senang bagi kau. Tapi bagi aku??? Agen insurans celah mana?? Nak pergi macamana? Aku tahu sangat la kan?? Bukan tak hargai suggestion dia, tapi cuba letakkan diri dalam situasi aku. Memang benda ni bukan benda besar, tapi bagi aku yang blurr ni BESAR SANGAT. 
Orang tak faham kita.

So, aku dok cuak tuh, last-last aku mintak tolong cousin kesayangan. Ceh, dia selamba je. Sok kita pi Post Office. La ni, hang pi tidoq. Dok diam. Haha.. Aku pun tido. (padahal tak boleh tido). And pagi tadi sampai lah aku kt post office. Ok, jom aku cerita pulak apa yang terjadi kat post office ..... (lokasi dirahsiakan).

Aku pergi awal. Jam 9 pagi dah sampai. Bapak ramai orang. Aku masuk je, dah mula orang pandang macam aku hantu penanggal. Tak ada kepala. Sial. Ok, takpe. Aku lawa kot. Muahahahaha.. Cover malu orang pandang2 macam haram kan.. Pastu, queue la kan.. Lama ni, tak larat berdiri. Tak ada nombor ke apa. Ada 2 orang je akak kerani. Ok, tunggu.

Then, sampai turn aku.

'Saya nak renew roadtax'

'Insurans ada?'

'Ada kot, ntah. Ni dia punya polisi..'  - Siap aku bawak segala mak nenek . Hahaha

'Oh, ni dah second owner kan.. So tak ada ncb la ni..'  ( apa binatang ncb ni?)

' Err..dia macamana ek? Berapa? ' - Terus tanya harga . Wakakaaka.

' Nak 3rd party ke?'

'Aah, saya nak yang paling murah.. '  Dasar kedekuttttt !

Dia pun buat la.. Dia bagitahu jumlah segala, aku bayar. Ok, MAHAL. Damn. Haha

Pastu, masa dia nak bagi roadtax aku tu, actually aku  dah pelik, kenapa roadtax aku tak ada no.plat motor aku. Aku diam je. Kang tanya kena marah. Sekali dia cakap,

'ehh.. tak nampak la pulak.. Ink habis ni.'

Kau tengok malang ke tak aku?? Time aku, segala benda nak habis la apa la.. Dia pun tukar la.. Letak yang baru apa semua.. 'kejap ye dik..'

Aku tunggu situ lama. Dia kena batal sistem dia, kena buat lain.. Arghhhhhhhhhhhhh!! Aku dah la rushing nak pegi kerja!!

Buat-buat tak boleh.. Sampai bangun dia dari situ, pergi call JPJ bagai.. Orang dalam post office tu semua tengok aku. Berapa ramai yang stuck belakang aku! Haha. Woi, bukan salah aku!

Lama aku tunggu, sekali dia bagitahu ada system error kat JPJ. Nak pergi JPJ atau tunggu diorang buat? Tapi, nanti kena datang semula lah sana.. T________T

Aku taknak pergi JPJ apa bongok semua. Aku kata, 'esok saya datang lagi, saya kerja ni.'

Akak kerani (nasib dia baik) tu amik no tel aku semua, nanti dia contact bila siap.

And tadi baru dia call bagitahu dah boleh ambil. Dah siap.

"Yuhanna, dah siap.dah boleh ambil ye."

'esok la kak, saya kerja ni..tutup pukul berapa?'

'Macam biasa, 5pm..Yang tadi datang tu siapa? Suami? Kalau tak boleh datang, suami pun boleh..'

'Haaa?? Eh, bukan2. Dia bukan husband saya. Dia sepupu saya. Hahaha..'

'Oh, sorry. Ok,sepupu tadi pun boleh..'

SAYA AMBIL SENDIRI esok. Sekian. Haha.. celaka. Apa aku nampak macam orang dah kahwin sangat ke? Dah la kau buat salah pastu selamba tukar status aku. Haha.  Aku nak kena berulang pergi pekan terpencil tu pulak. Alamakkkkkk ! Asal aku je yang kena? Orang lain renew tak ada masalah apa pun. Why me?? Orang tu tak faham aku kan?Dia tak faham yang aku susah nak bergerak banyak kali sini sana!!  Susah lah nak pergi banyak kali. Dah la aku tak pandai jalan sana. Adoiyai..

Malang kan aku? Apa lah nasib. Duit melayang pulak. Haha. Habis lari bajet aku this month. Bencikk taww.. Dengan masalah roadtax yang sepatutnya boleh siap satu hari, jadik dua hari. Damn. Aku rasa tahun depan aku dah taknak naik motor dah. Sekian terima kasih.


# Perlu mandi bunga buang sial. Kurafat. Syirik. Ok, Sila suggest aku kena mandi apa?  Muahahahaa


Bye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...