08 February 2012

Di mana Mak Ayah ?

Assalamualaikum..


Aku tahu hari ini Rabu. Malas aku nak diam membisu, sebab semalam dah cuti. Makan-Tengok TV-Makan-Tengok TV. Malam layan Vanilla Coklat. I loike ! Huhu. Ok, lari tajuk. Actually tajuk entry tu aku plagiat dari tajuk buku. Buku ni aku baca masa study dulu. Ditulis oleh lecturer aku sendiri- Dr.Suriati Ghazali. Satu-satunya buku ilmiah yang aku baca dari kulit depan hingga ke kulit belakang. *proud* ...  
And dua sebabnya adalah : 
1) Menarik sebab senang faham
2) Masuk final exam. WAJIB HAFAL. lol.

Aku bukan nak review tentang buku ni.Aku bukan nak find sape mak bapak aku. Tak, Aku kenal sape mak aku, aku tahu sape ayah aku. Fine. Aku nak share something ni. Perihal mak ayah.. So, tajuk macam klise je kan? Nice.

Aku keje kat sini dah masuk 9 bulan dah.. Kalau pregnant, dah sampai masa nak deliver dah. Ok, tak lawak. Customer aku selain remaja, orang tua, ada parents yang ada anak kecik pun masuk jugak. Dapat tak hint aku bilamana aku cerita PARENTS yang ada ANAK KECIK? Haa, ini masalah orang yang ada anak tapi tak tahu nak jaga anak. Semak.

Aku tak faham kekadang macamanalah diorang yang ada anak ni jaga anak diorang. Aku tak kahwin lagi, and of course tak ada anak tapi aku ada adik yang aku pernah jaga start dari diorang baby lagi. Budak-budak kan, memang la nakal. Diorang mana tahu yang mana salah, yang mana betul. Tapi, mak ayah  ni budak ke lagi? Bapak budak ada lah kan. Jaga la sikit anak tu. Ini tak, macam seronok boleh tengok anak AKTIF tak bertempat. Alahai.. Ada sekali dulu, budak ni perempuan. Comel.. Dia ikut ayah dia. Mak aiii... sikit punya nakal. Masuk sampai ke dalam kaunter aku. Siap conteng lagi report aku. Yang ayah? hanya mampu panggil je dari kejauhan. Ada ke budak besar tu nak peduli? Datang la amik kan? Last-last, aku sendiri dukung dia keluar. Haha.. Nak marah tak sampai hati..

Ada jugak datang laki bini, bawak anak sedozen. Pastu, dalam cc aku akan jadi macam funfair atau tadika. Bising gila. Sorang panjat CPU, sorang panjat kerusi, sorang menangis.. Jatuh habis mouse, keyboard segala.. Yang ayah dengan mak? Selamba dok online.. Kalau nak privacy, tak payah bawak anak keluar dengan korang lah. Tinggal kat rumah anak yatim.

Siapa yang bermasalah sekarang ni? Mak ? Ayah? Anak? Of course mak bapak kan. Orang ada anak, kau nak ada anak.. Tapi tak pandai jaga macam anak orang lain.. Anak aktif sangat tak kira tempat tak kira masa. Bahasa aku berlapik ni. Guna AKTIF. Ikut hati nak je guna buas macam rimau. Hahaha.. Tension kekadang. Nak marah, anak orang lain. Anak buah aku yang umur 2 tahun tu pun, nakal jugak. Tapi kat rumah nenek dia (mak mertua kakak aku) lah.. Kalau kat rumah aku, dia tak berani. Because mak tok dia (mak aku) garang. Haha. Belum sempat dia nak pegang benda, mak aku dah sound betul-betul tepi telinga dia. Muahahaha.. Jadi, dia tak berani lah..

Mak aku pernah cakap dulu, budak-budak ni diorang tak tahu apa. Yang tahu, seronok je. Tapi, mak ayah boleh ajar yang mana boleh yang mana tak boleh. Diorang mesti ikut kalau dari kecik kita ajar. Aku percaya. Sebab buktinya adik-adik aku. Diorang ni hero. Lagi la susah kan. Tapi rumah aku penuh je dengan barang perhiasan kaca. Dinding tetap putih tak ada pun kesan conteng ke apa.. Sebab mak aku garang dulu. Adik aku nak dekat dengan barang-barang mak aku pun tak berani. Sebab mak aku dah ajar mana satu barang nak main, nak lambung and mana satu barang yang kalau kau dekat, maka binasalah seluruh tubuh badanmu. Wakakaa.. Maka, adik-adik aku tak kan berani. Tapi nakal tetaplah ada. Biasa la, budak. Lelaki pulak. And dah besar ni lain pulak kerenahnya.. Sabar je la..

Ada sekali tu jugak, aku pernah tengok anak orang ni melalak nak apa ntah la.. Boleh selamba je buat tak tahu, macam yang melalak tu bukan anak dia. Si anak dah berenang-renang atas lantai. Alahai.. Susah betul. Kalau dah degil sangat tak tahu nak handle macamana, pang je sekali. Haha. Yelah, dah susah sangat. Tapi, mesti ada sebab kenapa budak tu nangis kan? Ala, kalau sikit-sikit dia nak apa, belikan je la. So that, tak ada lah dorang histeria tengah-tengah alam tuh. Balik rumah, bantai la cukup-cukup. Hahaha..

Aku macam nak menyeru kepada great parents di luar sana, (kalau mampu) sila lah mengawasi kelakuan dan tabiat anak anda. Jangan menyusahkan orang lain. Anak-anak kalau nakal, tak payah la nak usung ke hulur ke hilir sangat. Kalau nak usung jugak, didik betul-betul, so that tak lah membuat orang lain menyampah bukan kepada anak anda, tetapi kepada anda. Heh.

That's all for today. Hebat tak parenting skills for toddlers aku? Heh. Budak kecik ni comel, tapi kalau perangai diorang macam tak dapat nak control, dia akan jadi comot. Tanggungjawab siapa nak didik? Di mana mak ayah? Huhu..

Ok lah, jom kita layan lagu bawah ni. Aku tak dapat cari official video clip. Takpelah, actually aku bukan suka lagu ni sangat, aku suka drama ni.. Hewhewhew..  


 Layan aku tengok citer ni.. Tetiba rasa dah ready nak kawen. Muahahaa








#  Anak-anak ibarat kain hitam, terpulang lah kat mak ayah nak rendam clorox supaya jadi putih atau terus biarkan dia hitam macam tu je. Hahaha.






Bye!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...