26 December 2012

Men Are From Mars & Women Are From Venus

Assalamualaikum..

Today, 26hb December 2012. Tinggal tak sampai seminggu nak melangkah masuk tahun baru. Aku pun dah start bekerja tadi. Meeting pertama di sekolah.

So, nanti kita review tentang 2012. Awal sangat lagi. Ni aku nak gebang pasal buku yang aku baru abeh baca. Tajuk seperti di atas. Errmm, actually aku pernah dengan sebelum ni pasal buku ni. Tapi tak la nak baca sangat . Then, my kakak tiri (sis intan) told me about this book. How good it is. Ok, terinspirasi la nak try baca kan. Maka, beli. :) ( susah k, AYU nak beli buku.muahahaaha)

So, aku baca la. From one chapter to one chapter.. BM. Aku beli versi BM. senang paham. Selamat la tak tunggang terbalik bahasa Indon. So, bila baca.. aku macam..'aah la.. aku pun buat macam ni..' , 'Eh, betul. Betul sangat.' .. Ha, memang tepat. Nak kata obses, tak. Tapi apa yang dia bagitau, sesetengahnya memang tepat. Even dia banyak bagi contoh suami isteri.

Then, bila aku dok baca.. Aku macam tersedar. How stupid i am before this. I mean, before this, aku selalu je macam 'weyy, kenapa tak leh paham?' sedangkan aku tak pernah bagitahu apa yang aku nak. Tapi, lepas dah study buku ni.. 1 perubahan besar aku rasa, aku dah mula guna otak aku. Nak apa, aku bagitahu terus without tunggu dia tanya. Sebab, memang dia takkan tanya. Men are from Mars. (planet dorang berbeza dengan kita, wanita)

Bila dah habis baca ni, pun aku rasa kalau nak melenting tu, macam dah kurang. Banyak benda yang aku take it easy. Boleh pikir. Benda kecik je kot. Tak payah nak kecoh. Ha, ini aku pegang. Bila aku rasa macam kenapa la dia ni tak paham apa yang aku cuba sampaikan, aku mesti terpikir, takpe, dia tak baca buku tu. Aku dah baca, so aku kena pandai handle the situation. Wahhh gitu. haha

But, the truth is. bukan buku yang jadi ukuran. Aku rasa cara kita berfikir, menangani dan menguruskan situasi kita tu yang sebetulnya menentukan corak hubungan kita. Buku ni rujukan je. Dah kita ada ilmu, praktik. Itu sahaja. But overall, aku suggest sangat supaya couple yang ada rasa nak kahwin, sila la baca. Ni bukan buku untuk ajar kau cara bercinta, NO. ini buku macamana nak improve skill kau berkomunikasi dengan orang. Ye, lebih kepada pasangan kau, tapi bagi aku more to other gen. Means, macamana nak sembang dengan orang yang lain jantina. Dan apa yang kita perlu buat. Dan apa yang tak perlu buat.

Best buku ni. Walaupun dia macam berulang-ulang. Takpa, kalau dah tau, skip je. Macam aku. Haha. Dok ulang pa banyak kali. Ni siri 1. Ada lagi yang 2nd.. banyak. Nak beli la bulan depan. Nak try baca lagi.

Aku rasa aku dah jadi betul-betul wanita sekarang ni. kahkahkah. :)


Ni ha, muka depan dia






# Tak salah tambah ilmu. Jangan malu nak baca. Lagi malu kalau tak baca. :p





Bye!

2 comments:

Anonymous said...

lagi malu kalau tak pandai baca..haha. :)

Yeah, saya! said...

tak pandai baca, lain cita. haishh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...