01 October 2012

DIA..

Assalamualaikum..

Aku berfikir berpuluh ribu kali nak up story macamni. Haha. yerrr... Aku tak pasti, wether is it betul2 suitable untuk aku meluah rasa di sini tika ini or tidak? Alahaii... susahnya la kalau PEMALU macam i kan? *muntah*

Tengok tajuk entry pun actually aku dah delete 3,4 kali dah. Hahaha.. Tapi bila aku fikir lama-lama, aku rasa aku dah ready. Kalaupun entry ini bukan berbaur jiwang romantic segala, anggaplah ia sebagai hadiah penghargaan dari aku untuk DIA yang ku panggil Teman.

DIA, aku baru je kenal sebenarnya.. Tak sampai setahun.. Secara tak sengaja rasanya. Cerita 4 tahun dulu dihidupkan semula oleh kawan aku..(insan yang bertanggungjawab memperkenalkan aku dengan DIA). Tapi, aku memang tak pernah berminat nak kenal DIA dengan lebih rapat. Sebab aku student masa tu. DIA dah bekerjaya. Apa la sangat.. Takkan nak pandang i yang diva ni kan? muahaha.. So, perkenalan singkat 4 tahun dulu, terkubur macam tu saja.

Hinggalah tahun ni, kawan aku merisik2 khabar , status aku dan sebagainya. 'Kau sibuk je kannnnn?' - ayat aku dekat kawan aku. Aku menolak jugak. Masa tu tengah patah hati. hahaha.. Ala, kawan2 je.. Kawan cakap. Ye, memang pompuan ni suka sangatttt berkawan kan. Padahal aku ni sombong gila! Kehkehkeh. Salam perkenalan dihulur.. Maka, bermula dari situ kami KAWAN.

Bulan berganti bulan, aku mula lihat kesungguhan DIA. Ke'cool' an DIA menarik minat aku untuk terus menerima DIA sebagai temanku. DIA serius pada pandangan mata aku. Cuma, aku je la yang bajet Hot dok main tarik tali. Haha. Kena jual mahal sikit bebb.. Kata Fazura. hahahaa.. Tapi, melihat kesungguhan DIA aku tertarik.. Dan, aku membuat keputusan, ya, DIA lah orangnya.

Sejak dari itu, kami rapat . Dan semakin rapat kini.. DIA sentiasa ada dalam susah senang aku. (Susah lagi banyak, Yuhann kan..mana pernah senang) haha... DIA tak pernah merungut.. Apa sahaja yang berlaku, DIA sangat cool. Ini kontra dengan aku. Aku sangatlah menggelabah.. Sentiasa nak cepat, dan sangat kalut. DIA relaxxx sangat. Haha. Tapi kadang2 geram jugak bila terlampau relax..

Yang membuat aku terus menerima dia adalah aku kerana apabila kami berjumpa, keluar bersama dan sebagainya... DIA sentiasa buat aku ketawa.. DIA bukan Zizan, tapi DIA cukup pandai mencipta suasana yang tegang menjadi kendur. Itu DIA. Dan inilah yang aku mahukan. Yang aku cari selama ini. Bila kita bersama dengan orang yang kita suka, DIA mampu buat dahi yang berkerut menjadi rata, mampu membuat mulut yang muncung mengukir senyum, mata yang besar mengecil, mulut yang petah , ketawa air mata yang mengalir berhenti, dan hati yang panas terbakar menjadi sejuk beku.. maka ini lah yang aku dapat daripada DIA selama ini. Dan oleh sebab2 inilah, aku nekad dengan pilihan aku.

Bukan tak ada yang kurang. Tipu kalau segalanya Perfect. hello, we' re human right? But so far aku macam boleh cope lagi dengan kekurangan DIA. Yang mana aku rasa DIA mampu ubah, aku minta DIA ubah. Bukan untuk aku seorang, tapi untuk kami. DIA pemudah cara bagi aku. DIA sentiasa ada untuk aku tanya segala pandangan tentang apa sahaja walaupun.............(dia suka bajet dia best) hahahahaahaa.. ;p

Sepanjang perkenalan ini, belum pernah sekali DIA membelakangkan aku rasanya.. Sesibuk manapun DIA, tak pernah DIA lupa pada aku.. Macamana aku boleh begitu yakin DIA tak pernah ignore aku??? Aku dapat rasa, aku dapat lihat buktinya.. DIA akan ada dengan aku sentiasa walaupun jasad kami terpisah jauh. Itu DIA yang aku kenal selama lebih kurang 8 bulan ini..

Pelbagai perancangan kami buat. Tinggal lagi, tunggu masa sama ada kami mampu merealisasikan impian kami atau tidak. Aku sentiasa berdoa yang terbaik untuk DIA.. Mengenali DIA adalah anugerah terindah dalam hidup ini..

DIA .....,

Terima Kasih kerana sentiasa ada untuk jadi tour guide saya bila saya cakap,'saya bosan. Jom jalan'  :)

Terima Kasih kerana sentiasa menyokong bila saya cakap, 'awak, ape benda nak kena buat ni? macamana ni??' - walaupun awak akan jawab, 'nanti saya tolong..' (sampai ke sudah DIA tak tolong buat pun) haha..

Terima Kasih kerana sentiasa buat saya tersenyum dan ketawa bilamana saya dah mula nak tarik muncung 14 inchi. ' Dah2 lah tu.. tak penat ke marah2?'  

Terima Kasih kerana sentiasa menjadi ATM segera saya.'ada duit tak?'

Terima Kasih kerana selalu cuba memberikan yang terbaik untuk saya.'Saya akan jaga awak sampai bila2 dan membahagiakan awak apa yang saya mampu'

Terima Kasih kerana selalu menjaga kebajikan saya..sehinggakan hiburan saya pun awak fikirkan..'Ambik la duit pasang ASTRO.. Balik rumah boleh rehat tengok TV' 

Terima Kasih kerana menerima kekurangan saya .

Terima Kasih kerana memilih saya untuk berada dalam 1 tempat paling selamat dalam hidup awak.



Terima Kasih untuk segala-galanya....


Dan DIA yang saya maksudkan......




 MUHAMMAD ANUSHIRWAN ADZMI



Inilah dia..Inilah... :p


Mati lah jap lagikk kena marah upload gambo ni.. Ampunkan saya penunggu gua..hahahaha



Ini versi orang matang ahli korporat anak Yusof Haslam bla..bla..bla.. Kehkehkeh












# Tuhan, jagakan DIA .. DIA kekasihku. InsyaAllah. AMIN.






Bye Peeps!

6 comments:

Anonymous said...

haha..lawok2.mngada nya..huishh.ty.

RaHmAhAkAR... said...

hahha..apsal bandingkan dgan zizan aku..hahah2..
smoga ini lah terbaek..
aku doakan ko bahagia dunia akhirat...
aku sntiasa dibelakang untuk mengintai2 kebahagian sahabat2 aku...
sejuk buat kowang sejuklah wat aku..
bahagianya kowang begitu juga aku...

Yeah, saya! said...

rumate... THANKS A LOT. Doakan aku eyh..InsyaAllah aku doakan untuk ko jugak.. tak kira kebahagiaan yang macamana , janji kalau aku senang, ko pun kena senang jugak. :) Macam konsep kat U.. makan aku, makan la ko.. Hehehe.. TQ3!

Yeah, saya! said...

awak : ty jerrr?? cehhhhh.. cer belanja makan ke apa ke.. huhhh

cik are_ien said...

hehehee.. comey muka cwan senyum sememeh...

Yeah, saya! said...

ain : comey lagi i..hahaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...