11 October 2012

Campur-Campur

Assalamualaikum..

Hari ni aku rasa rezeki aku murah. Kenapa? Mesti ada sangkut paut dengan makan kan? Ye letewww.. Aah, makan ! Benda yang paling i loike. ;p Pagi tadi, aku singgah beli nasik lemak sebelum pegi sekolah. Nasik lemak akak marvelous ni. Memang perghh ! Pastu, sampai sekolah, akak2 ni dok sibuk menghidang atas meja depan bilik guru. Eh, ada potluck ke apa kak? aku tanya. Tak de la. Ni sempena memboikot kantin. Tak sedap langsung, masak ciput, lauk sikit. Akak ni complaint. Aah,betul la tu.. Aku pun naik muak nak makan kat kantin,sebab tu semingu2 aku telan nasik lemak. Sian tekak dan perut.

Then, kami yang muka tak malu ni pun, sebat la apa yang ada. Macam2 wa cakap lu.. memang terbaik la. Ada bakso, ada bubur nasik, ada nasik putih lauk macam2..Masak lemak patin, ayam goreng, sambal belacan, ulam2 and so on. Aku makan, memula bakso.. pastu selang brapa minit, aku telan bubur lak.. Then, balik dari kelas, aku makan nasik lemak.. Tak lama pastu, aku makan buah..Lepas tu, aku makan bubur nasik lagi.. Ekekekkee.. Banyak kannn??

Pastu, masa aku masuk staff room, lepas abeh kelas, aku tengok atas meja aku ada kek. Waaaaaaa. Marble cheese brownies nama nya.. Pengawas peperiksaan yang jaga kat sekolah aku bagi. Haa, macamana akak ni boleh bagi? Actually, akak ni aku jumpa kat dalam FB je. Dia ni sama batch posting dengan aku. Masa dok berkeluh kesah nak posting tu, akak ni memang sangat banyak bagi info and lantang bersuara gak. Huu.. So, aku follow jer.. And dari situ la aku kenal dia.. Dia jaga exam sekolah aku, aku lah bagi direction kat dia, macamana nak sampai ke sekolah aku memandangkan dia stay kat temerloh kan, mana tau jalan terpencil bukit damorr nii.. huu . So, dia bagi aku kek. Gila sedap. Oh ya, akak ni memang ada bakery sendiri. Gila best ^^

Pastu, balik sekolah aku dengan housemate aku ke Temerloh. Pekan yang besar selain Mentakab. Kiranya, kat sini semua ada la.. Kompleks Kerajaan lebih kurang laa..Mas,housemate aku nak amik barang. So, aku follow. Berjalan-jalanlah kami.. Sampai 1 kedai ni, aku dah tengok kain pasang.. LAWA sangatttt !!! Oh!mY......!! sekali tanya harga.. T__________T. Takda lah mahal melampau. Boleh je beli kalau ikut NAFSU. Tetapi, ni kan tengah bulan... Fikir gak, NAFSU PERUT ke NAFSU SERAKAH? hahahaa.. So, i've decided untuk tak membeli la.. Nanti aje lah.. Gitau Mr.A, dia lagi hampeh.. suruh tunggu bonus tahun depan.. Ceh .. Kalau tunggu bonus, aku tak beli kain harga macam tu.. Hahhahahaaha.. BERLAGAK kau ye Ayu ??

So, sebab hajat tak kesampaian, simpan je la nawaitu tu dalam hati. Huuuu.. Pastu, kami pun balik. Aku balik-balik, terus mandi basuh baju, iron baju untuk esok, pastu baring.. Then, Mas goreng keropok lekor, ular sawa ni pun bangun amik keropok dan makan sambil tido. Nice. :)

Ini sahaja untuk hari ni. Jap aku tunjuk gambar brownies dengan kain yang aku dok gila tuuu.. Waaaa..sampai sekarang dok teringat. Adeh.

Ni haaa... Sedap weyyyyyy!!




Ni kain yang sangat cantik. Sumpah lawaaaaaaa :(






# Sejak jadik cikgu, aku rasa aku dah jadi pompuan BANYAK sikit.. ekekekeeke. ^^





Bye!
 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...