04 September 2012

Bila Yuhanna serious...

Assalamualaikum..

Aku seakan berjanji pada diri sendiri untuk lebih banyak mengabadikan cerita-cerita aku di dalam blog ini.. Maka, aku update 2 cerita dalam 1 hari.. Padahal, 1 tepek gambor jerr.. hewhewhew..

Almoost 4 bulan aku menetap di negeri Pahang ni.. Selama dalam tempoh ni jugak la aku belajar banyak sangat benda.. Dan yang paling banyak adalah macamana nak uruskan diri sendiri.. Haha.. Bunyi macam susah sangat je hidup. Ya, dalam tempoh 4 bulan ni aku berusaha untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.. Orang baru, suasana baru, mood baru , makanan baru, peel orang yang bermacam2.. huhu.. Tapi, aku tetap bersyukur kerana aku tak rasa terlalu susah di sini. Mungkin, di sekeliling aku ramai mereka-mereka yang boleh aku harapkan. TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK.

Nak kata heaven sangat di tempat orang ni, tak la jugak. Macamana sekalipun tetap tak sama dengan tempat sendiri. Tapi, nak kata sengsara pun tidak jugak. Sedang-sedang saja. Sekarang ni, aku tengah memikirkan terlalu banyak benda. Tentang kerjaya, diri sendiri, family, hati dan perasaan. Kadang-kadang jadi bosan. Aku rasa, kalau lah aku hanya perlu memikirkan tentangd diri, dan kerjaya aku sahaja alangkah bagusnya. Tetapi, aku kena fikir tentang orang lain jugak. Nak kena jaga hati orang lain. Nak kena fikir banyak benda. Nak kena korbankan hati sendiri untuk dapat perhatian orang lain. Kadang-kadang aku jemu. Sumpah. Tapi, benda ni lumrah.. Aku kena terima. Sebab aku sedar nasib aku tak sebagus orang lain. Semuanya aku kena lalui, hadapi sendiri. Memang orang boleh dengar, tapi takkan nak heret orang lain dalam masalah kita kan?

Sekarang ni, aku dah tak banyak mengarut dengan cerita-cerita merapu kat blog ni kan. Huhu.. bukan senang nak tengok aku serious berbicara. Aku cepat sentap, konon serious, lepas tu aku mesti tak ambik pusing dah.. heh. Dulu, masa keja kat cc takpela. Banyakkkkkkkkkkkkkkkkk sangat masa terbuang. Boleh la bercerita hal2 yang jadik kat sekeliling aku. Sekarang ni, dunia aku sekolah sahaja. So, nak cerita apa banyak2? Perihal anak murid? haha. nanti2 je lah.. maka, mari dengar cerita aku sahaja.

Baru-baru ni, aku tetiba berfikir masa kat sekolah... Aku fikir tentang diri aku sendiri. Ya, benda yang aku jarang-jarang sangat buat. Aku tak ada masa untuk berfikir tentang diri aku, kebahagiaan aku, masa depan aku, life aku dan segalanya. Aku hanya fikir, macamana nak settlekan masalah orang lain. Bahagiakan orang yang aku sayang, berkorban untuk mereka. Sampaikan, aku sangat takut untuk berfikir tentang masa depan aku.So, entah macamana hari tu aku fikir untuk membawa diri aku ke tahap yang seterusnya.. Dalam perhubungan ini, antara aku dan dia..aku kira sudah sampai masa untuk aku menjadi lebih serious. Tapi, aku tak berani nak cakap apa yang aku nak. Sebab selama ni, aku selalu je mengelak. Bukan apa, sebab aku tak yakin. Dengan family aku yang kucar kacir, dengan situasi sebelah pihak yang ada bibit-bibit tak menyenangi kehadiran aku, aku jadi sangat3 pasif.. Aku tak pernah berimpian untuk bahagia macam orang lain. Cukuplah, aku bahagia sekarang ni.. Mungkin hanya setakat ni..

Tapi, malam tu aku cuba luahkan apa yang terbuku di hati ini.. Kerana apa? kerana aku rasakan, aku perlukan seseorang untuk bersama aku menghadapi segalanya lebih-lebih lagi tika aku dalam kebuntuan.. Mengelakkan perkara yang tidak sepatutnya berlaku, dan yang paling penting, memimpin aku untuk aku berubah menjadi kepada seseorang yang lebih baik. Ini hasrat aku... Maka, aku luahkan.. Aku serious. Susah bila Yuhanna serious..hee. So, aku rasa macam nak bertunang.. :) Bertunang, bukan nikah lagi! (tetiba malu, blushingggg)

Aku pergi teman BFF aku, Basitah Saad yang akad nikah pada 01/09/2012 terus terinspirasi untuk berkahwin.. Hakhakhak. Mcm ngok jerr.. tapi sungguh.. Suka tengok bila si suami melafazkan akad.. Alhamdulillah, dah sah diorang jadi suami isteri. So, when my turn? hahaha.. Penat dah menjawab soalan mereka2... Aku pun tak tau nak cakap apa. Aku perempuan . Kalau lelaki, dah lama aku nikah malam ni jugak . Hahahahaa... So, inilah dia. Aku harap, dengan adanya satu ikatan yang up sikit level dia daripada couple biasa macam sekarang ni, maka... dapatlah memenuhi salah satu tuntutan dalam Islam.. berkahwin..InsyaAllah..

Tapi, itulah dia.. entah menjadi kenyataan atau tidak.. Aku tak tahu. Sebab kuasa bukan di tangan aku. Aku hanya mampu berdoa.. Untuk apa bercinta, berkasih sayang kalau akhirnya terputus di tengah jalan? Kalau dah itu yang terbaik, aku hanyak mampu berdoa semoga Allah permudahkan cara untuk aku menerima segalanya dengan ikhlas dan tabah hati.. Kalaupun bukan dengan dia yang aku betul-betul sayang sekarang ni, aku redha.. Aku takut sangat nak letakkan harapan yang terlalu tinggi.. Aku taknak jadi terhegeh2 mengejar sesuatu yang tak pasti, kemudian sakit ditinggalkan, dilukai macam tu sahaja.. Pengalaman lalu banyak sangat mengajar aku.. Bila bercinta, aku perlukan perhatian. Sebab itu, aku bercinta.. Kalau aku boleh lakukan segalanya sendiri, boleh berperasaan seperti bukan pasangan bercinta, nescaya aku tak kan menerima sesiapa pun dalam hidup aku...Sumpah.

Harapan aku sekarang, aku harap sangat hati aku, cinta aku tak dipermainkan sebagaimana aku menjaga hati dia. Aku sangat menghargai kehadiran dia dalam hidup aku. Sumpah, aku cintakanya hanya untuk bahagia.. Terkadang, bila ada yang tidak kena, aku nekad untuk meninggalkan segalanya.. Namun, aku masih berdoa agar Allah selamatkan hubungan ini.. Agar ada sinar baru dalam hidup aku.. Tapi, dalam masa yang sama aku jadi sangat takut kalau-kalau aku ditinggalkan seorang diri tanpa aku sedar kesalahan aku... Takut jika tak dipedulikan..Takut pabila aku terabai... Ini yang aku takutkan.. Kadang-kadang, orang tak sedar macamana sayangnya kita pada mereka... sampai kita pergi meninggalkan mereka.. Tapi, aku taknak tinggalkan orang yang aku sayang.. Dan untuk itu, aku berharap agar masih ada yang sudi peka dengan hati ini... Kalau dia orangnya, untuk yang tersayang, tolong jaga hati saya sebagaimana saya menjaga hati awak...

Aku dah penat menaip ni.. Aku dah luahkan segalanya yang terbuku di hati... Aku serious untuk bawa hubungan ni ke tahap yang lebih tinggi.. Cuma banyak sangat yang aku kena lalui nanti.. Semoga aku terus kuat.. Ya Allah, kuatkan aku... Namun, jika Kau tahu aku tidak mampu, tolong bawa aku PULANG  KEMBALI kepada asal..




Jom, aku update sikit gambar2 akad nikah BFF aku...









 SELAMAT PENGANTIN BARU BASITAH dan SUAMI...
SEMOGA KEKAL SEHINGGA KE SYURGA... :)












# Rumit bercinta dengan Yuhanna.. Sungguh.

2 comments:

Anonymous said...

follow aku beb.. haha.. siyes aku baca.. agak tacing.. hehee...

Yeah, saya! said...

hehehe.. jangan baca lah. ahhaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...