21 March 2012

SPM oh SPM ...

Assalamualaikum..

Yeahh, kondisi : Beransur pulih. Thanks Allah, Thanks mak, Thanks buah hati, Thanks rakan-rakan yang mendoakan. Sekembalinya aku ke tempat kerja, boss dah tukar carpet baru dalam cc ni. Lepas tu, siap tinggal nota cinta yang comel, ' Ayu, PLS vacum BOTH shop'.. 
Yang comel : PLEASE.  Yang comot : BOTH shop.
Sekian dari bos yang kejam. (sekarang salah siapa kalau selesema aku kembali lagi?).

Oh, hari ni result SPM keluar kan.. Dalam suria.fm (channel radio fav) dok ulang banyak kali tentang hari bersejarah ni. Yup, aku pun rasa bersejarah. Sebab SPM merupakan salah satu exam paling terpenting dalam hidup. Titik tolak segalanya, Tak guna dapat PMR 8A, kalau SPM lebur.. Tapi, tak jugak kalau failed SPM, gelap masa depan, cuma kelam sikit ar.. Heh.

So, pagi tadi ada ex-student aku masa praktikal dulu (actually aku tak ajar pun) call. Sorang lelaki, sorang gurl.. Yang lelaki, 'cikgu, result saya ok..'  'berapa A?' aku tnya.. "Tak terkira A saya cikgu..".. Hahaha. Sempat lagi.. Aku rasa lawak bila dia panggil aku cikgu.... Muahahaha..So, tahniah la dah berjaya lepas azab yang pertama even apa pun keputusannya.. And sorang lagi, a gurl... (i know u'r reading rite now).. Jangan putus asa.. Tak bagus macam orang lain pun takpe. Banyak lagi masa - masa akan datang. Lepas ni, manfaatkan segala peluang yang ada .. I dah bagi suggestions, tinggal lagi you sendiri yang kena tentukannya.. Sekarang ni, kadang-kadang minat kena jatuh no.2,no.3 sebab kelompangan pekerjaan adalah sangat terhad. So, kena pandai cari bidang yang senang nak dapat kerja nanti.. Unless u tak kisah, banyak duit boleh lah bukak bussiness sdn.bhd. nanti :) All the best yar!

Nak share kisah aku dulu masa pergi amik result SPM.. Malam sebelumnya, memang cuak habis. Tak payah cakap la.. Tido pun tak lena, tapi makan lalu.. Haha.. Cuak bila pikir, kalau lah semuanya gagal.. Terpesong tajuk ke, pemeriksa tak paham tulisan aku ke, kertas aku tak sampai ke tangan pemeriksa ke.. bla..blaa... Aku kan pemikir melampau.. So, pagi esoknya ke sekolah. Aku rasa aku tak pakai baju kurung, Tak ada makna. Aku pakai t-shirt sekolah kot, sebab sekolah aku skemmmmmm... Kena pakai t-shirt sekolah sayang sangat sekolah. Pergi dengan member-member.. Dah besar kan.. Haruslah berjalan satu geng ke kantin sekolah. Ye, result amik kat kantin.. Cikgu check, ada hutang ke apa ke. Ok tak ada. Bereh. Check nama, amik la slip yang nak macam koyak tak koyak je tu.. Tengok je result, aku senyum.. Bukan sebab banyak A. Tak ada makna..Hanya dua sebab,

1) Sebab add math aku bukan 9G atau failed
2) Sebab maths aku dapt A. walaupun bukan A1.

Muahahaha.. ini aje sebab nya.. Yang lain-lain aku tak peduli. Sekarang ni A+, A-, A segala bagai.. dulu senang, A1 dengan A2 jerkk.. Result aku berapa? Tak payah nak hover gtau details sni.. Apa yang aku usaha, yang tu je aku dapat. Tak lebih, Tak kurang. Hahaha..Cukup-cukup makan.

Lepas ambik tuh, berlari pergi jumpa cikgu BI aku.. Tuntut hadiah,.. Haha. Dia cakap siapa dapat A dia bagi duit. Dapat lah habuan aku. Giler tak ikhlas. Hahahaha. Lepas tu jumpa pulak cikgu BM aku. Sir Lim, aku panggil dia .. Bapak angkat aku. Aku suka sangat kat dia. Baik and sporting gilerrrr... Dia pun bagi duit. Dia siap cakap aku sorang je yang paham dia ajar ape, sebab aku sorang dapat A1 BM . Muahahaa.. Dah suka, haruslah tekun belajar.. Yang cikgu lain, aku hai-hai bye-bye jer.. Sebab result subjek diorang ajar tak berapa nak wow sangat.. Kehkehkeh..

Balik tuh, tunjuk kat mak aku.. Biasa lah ayat mak aku, 'Kenapa tak dapat lebih lagi? '... Hahaha.. Aku selamba jer.. Mak aku, even dapat best student pun, jangan harap dia nak tunjuk dia puas hati.. (tapi aku tau dia bangga sebenarnya.. cewahhh).. Lepas tu baru lah merencana tentang masa depan.. Aku kan blurr.. Mana tau pape.. Orang kata apply U, aku apply.. Orang kata apply Poli, aku pun apply.. Bila dapat, reject. Haha. Aku dapat interview untuk UiTM kos masscom.. Serious blurrr.... Lepas tu, dapat buat Diploma kat Politeknik, kos secretary science.. Alamak aii.. apa kebenda lah ni ? So, aku decide masuk Form 6 je la.. Lantak lah.. Senang. Tak payah stay hostel.. (tu yang sebenarnya.. i kan manja.. euwww)

Masuk form 6, memang aku pulun.. Eh tak jugak.. Biasa je.. Just aku minat. Sebab aku suka membaca.. Kawan-kawan aku happening. Lepas tu, macam senior gila kat sekolah.. Best woo..  Feeling dia lain macam sebab dah besaQ. Muahahaa.. So, aku tak ada lah plan pape actually. Aku just follow apa yang aku rasa aku mampu.. Aku kan lalang.. Hahaha. Cuma dulu, berlagak. Masuk form 6, lambat sebab mengharap masuk U. Walaupun UiTM.. Kehkehkeh.. Last-last, interview kelaut... ke form 6 lah i.. Tapi, aku tak menyesal. Sungguh. Sebab aku rasa berbaloi-baloi.. Tempoh masa untuk aku buat Degree lebih singkat berbanding kawan-kawan yang choose untuk buat diploma. Tapi, masing-masing ada pro and cons lah kan..

Ini je yang nak share.. Kepada adik-adik yang dapat result hari ni, ahkak dulu pun dah merasa dah.. *libas rambut ke belakang sambil mata menjeling*  Hekhekhek.. Ingat, tak payah nak membongokkan diri buat benda yang tak berfaedah serta menyusahkan orang lain.. (kang ada yang terjun penang bridge, terjun komtar).. Anda buat, anda dapat. So, redha aje la.. Lepas ni, ada lagi peluang lain, try baik-baik.. Pikir ajelah, yang dapat 10A+ pun, dorang kena belajar jugak lagi pasni, bukan boleh terus jadik Doktor, Lawyer, PM.. kannnnnnn? So, tak ada beza. Cuma mungkin, laluan dorang lebih luas.. Korang yang tak dapat macam tu, sempit sikit lah laluan kan? Apa ada hal? Pecah bahu jalan, luaskan... Cuma usaha kena keras sikit lerrr..

Kepada yang berjaya, TAHNIAH sebab dah berjaya membuatkan mak ayah korang rasa, tak sia-sia ada anak macam korang.. Yang kurang sikit, pergi tanya mak ayah sekarang, korang masih anak dorang ke tak? Muahahahaha.. Sekian.



# Kalau semua orang PANDAI, siapa nak jadi orang KURANG PANDAI?



Gambar hiasan semata-mata. Tak ada kena mengena dengan entry. 
Saja gedik nak bagitau aku memang betul-betul sakit. :p





Bye!

4 comments:

Anonymous said...

dtg la ke klinik sy.. mst sakit itu akn lega trus...
hahaha......

Yeah, saya! said...

eyyyyyyyyyy????

Anonymous said...

ko lyk ke nk ada klinik??ko tu doc ke??mati hdup smula pun blom tentu..so klu nk adjust pun agak2 la.haha..lawak2.

Yeah, saya! said...

haaaaaaa??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...