25 February 2012

Dunia sudah berubah ke?

Assalamualaikum..

Oit ! Kehkehkehkeh.. Sopan intro aku. Today, jom kita share tentang perubahan dunia sekarang.(atau mungkin hanya dunia aku sahaja. lol )    Fokus : HANDPHONE


Tahun 2004- SPM
Masa ni, penularan wabak sms belum menjadi sangat lagi. Siapa kengkawan yang ada hp, fuyooohhhhh! Hebat walaupun hanyalah Nokia 3310/3315 besar godang. Haha..So, sibuk ni simpan duit belanja sekolah semata mata nak bersms jugak macam orang lain. Tak ada lagi BBM ke, MMS ke, apa ke.. And takut-takut berani mintak kat mak ayah, 'nak pakai hp boleh tak?' Jawapan - ' TAK BOLEH. NAK SEKOLAH KE NAK MAIN-MAIN?'  Jawapan yang sangat mak bapak tiri ok. Haha.


Tahun 2006- STPM
Ok, time ni dah ramai yang ada hp. Dah canggih dah hp. Segala software untuk hp kalau boleh nak didownload. Segala lagu baru nak kena ada dalam memory card dan banggalah kalau 1 message received  atau ada incoming call berkumandang lagu baru-baru.Perghh... ringtone nak hebat je.. Yang lelaki, sibuk pakai nokia N-Gage, sebab nak main game dengan member-member.. Yang perempuan, hp nak ada camera boleh camwhore pastu tempek gambar sendiri as wallpaper. Wakaka..Aku? Haha. Jangan harap. Siap kena rampas handphone sebab ligat sangat main sms. Muahaha.. Nak cakap, ' mak tolong topupkan, tak cukup duit...' pun tak berani. Nak kena penampar 8 kali, cuba-cuba lah cakap. Huhu.. So, topup pun setakat RM 2, RM3 je.. Tu pun ihsan kawan baik, ihsan bf cinta monyet yang sebenarnya dia pun hanya mampu topupkan RM3 je seminggu. Sadis.


Tapi sekarang........


Tahun 2011, 2012 ni.. kau tengok kejam tak kejam dunia.. Budak umur 13 tahun, siap ada blackberry ! Siap Iphone4, siap boleh tweet2 kat sekolah. Damn. Hahahahahaha..


And sangatlah pilih kasih bilamana nak topup hanya order kat mak ayah,


' Abah, topupkan.. Maxis RM10.....'


Dan Abah tadi ,


' Nah, ( sambil hulurkan kad topup RM10 yang dikeluarkan dari wallet !) Alamak beb, siap simpan stock kad topup untuk anak. T_______T


Dunia sekarang sudah berubah. Atau manusia yang berubah? Ya, dunia mempengaruhi manusia untuk berubah. Kalau nak ikut hati ni., memang boleh bawak bergaduh akibat layanan yang diterima DULU tidak sama seperti layanan yang diterima oleh 'generasi hari ini'  SEKARANG.. Tetapi,berbaloikah nak mengungkit kisah silam? Sudahnya, diam sendiri.. Dengan harapan supaya perubahan 'abah' tadi tidak menjahanamkan masa depan anak sendiri. Orang tua sentiasa betul. Ya. Sentiasa.


Ini pengalaman aku. Aku ulang, true story dari aku. Huhu. Orang lain aku tak sure. Pandangan aku, biar kolot sikit pemikiran kerana kekolotan itu kadang-kadang mengajar orang lain, bahawasanya tiada yang mudah dalam hidup ini. Kalau tahun 2004 dulu, 'mereka' boleh kolot, kenapa tahun 2012 kekolotan yang sebenarnya sangat berguna itu dibuang? MENGAPA? Nasib baik 'anak ini' yang dibesarkan dengan kekolotan 'mereka' menjadi manusia jugak sekarang. NASIB BAIK.


Harapan aku, agar 'anak sekarang' ini berjaya mengharungi dugaan dan cabaran arus kemodenan dan jugak mampu menjadi 'manusia' suatu hari nanti. Sekian.





1st handphone yang aku dibenarkan guna tanpa ada rampasan kuasa atau takut-takut lagi.errr..2006 lepas Form6 kot. Muahahaa..





# Bekas student aku pernah bertanya, 'cikgu, couple masa sekolah tak elok ke?'  
Jawapan aku, 'Saya sebenarnya berusaha sedaya upaya nak beritahu kamu akan kenikmatan     bercinta masa sekolah ni, tetapi malangnya tiada.. '







Esok i cuti, doakan i dapat jawab interview ok.. Love u'olss.. Bye!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...