13 January 2012

Terkilan

Assalamualaikum.

Dear belog tersayang, simpan rahsia ini baik-baik. Kehkehkeh.. Kata rahsia, ni dah bocor kat sini rahsia kejadah? hahahaa..

Nak lahirkan rasa terkilan di hati kat sini. Entahlah, minggu ni banyak sungguh rasa kecik hati. Kecik hati dengan kerajaan paling besar minggu ni. Eh, boleh plak dok kecik hati dengan gov? haha. Kau sape Ayu? Aku malas nak ulas lanjut hal ni. Asyik kena gula je dengan mereka yang berkuasa itu. Tungu punya tunggu dah nak jadik tugu negara dah..

Yang sebenarnya, terkilan sikit dengan someone ni. Why? Ok, aku ada soalan. Kalau lah korang tengah sakit, demam ke apa ke, tak kisah la janji sakit, lepas tu, kawan korang ni dapat tahu korang sakit... Dia tanya condition korang macamana. Korang pun bagitau la keadaan korang sebenar. Sekali boleh plak dia reply gini,

" Kena lawan penyakit tu, jangan ikut sangat. Jangan manja sangat.. Jangan bla..bla..bla.."

Ok, maybe akan ada yang cakap, 'eh, biasa je.. normal lah kan orang cakap macam tu.'

Ya, normal bila kau yang sakit tu memang betul2 manja lembik mengada sakit sikit dah nak nangis, baring atas katil je , MC berhari-hari macam nak mati sangat dah.. Memang NORMAL.

Tapi, bagi yang memang tak ikut pun sakit dia, gagah bangun pegi keja jugak2, even boleh je mintak MC, sebab nak lawan sakit la tak kisah kena pergi keja pun, NORMAL kah itu? Maybe aku sensitive sangat. Ya, MAYBE. Tapi, aku cukup pantang sepantang pantangnya, orang dok claim aku macam aku ni manja sangat sedangkan aku bukan macam tu !!

Boleh nak motivate orang sakit.. But,  No need to give the useless advice like that. Kau tahu ke situation dia macamana 24/7? Kau tahu ke dia memang betul2 sakit atau sengaja mengada nak buat sakit? Kau tahu ke dia lawan atau dia ikutkan penyakit dia? Tak kan? So, tak payah la dok claim orang macam tu. Dah tu pulak, bila orang tegur cara dia yang menimbulkan ketidakselesaan tuh, nak hangin kata tak boleh bagi pendapat. Hello, tu bukan pendapat. Itu tuduhan tak berasas cakap macam kau hebat sangat.

Kalau nak kata aku ni memang manja, ikut kan perasaan sakit ni, memang dah lama aku MC berhari-hari. Tapi, tak pun. Walau sakit macamana pun, aku pegi je keja. ( imagine sat, dah lah demam, duduk dalam aircond yang melampau gila bangang sejuknya) .. That's why, demam tak boleh nak kebah. Macam tu pun nak claim aku TAK KUAT? AKU LAYAN SAKIT AKU? huh !!

So, memang terkilan la. Boleh bawak sampai ke minggu depan perasaan ni. Tapi, malas lah nak layan. Maybe orang tu ikhlas nak suruh aku lawan sakit aku. So, think positive aje lah. We cannot expect all the people jadik macam apa yang kita nak kan? Maka, tak pe lah. Aku malas nak panjang-panjang citer. Tapi, terkilan jugak lah Dah la sakit, even demam je pun. (Aku kalau demam memang teruk dan lambat sembuh) So, tak payah la nak down kan aku macam aku ni manja sungguh anak raja. Oh No!

Nak motivasi orang sakit boleh, tapi bagi la ayat yang buat dia lapang dada. Tak tahu? Meh aku ajar,

" Semoga cepat sembuh.. Jangan banyak fikir. rehat aje.'
" Tak lama lagi, sihat la tu. Kuat semangat ok? "

And etc... macam ni ok da kot, dari kau hentam dia,

" Macamana nak sihat kalau asyik ikut hati je? Kuat la sikit lawan penyakit tuh. Jangan ikut kan sangat penyakit tuh..... "

Jawapan aku  : SIAPA YANG NAK SAKIT ??



# Mungkin sebab demam kali ni menyeksakan, rehat pun tak banyak mana sebab terpaksa bekerja, aku emosi sikit kot.. Lantak lah, aku tak suka orang tuduh aku benda yang aku tak buat, even kau just nak bagi pendapat kau. Sorry, i don't need that kind of motivation.. Sekian.

Bye!

4 comments:

Anonymous said...

rilex2... jgn lyn sgt org mcm tu... brtmbh skit nty... hehe..
semoga demam beransur pulih...

Yeah, saya! said...

thanks anon :)

myDestro said...

Demam ni cik yuhana.. bukan bleh lyn sgt. aku tau hang manja tp igt pesan cikgu ramli dulu. kalau demam jgn byk rehat nanti lambat baik. dia suroh p menyangkoi.. haha. Trolling.

Yeah, saya! said...

tak kenai sapa cikgu ramli?
wakakakakaa!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...