02 January 2012

Oh! Adikku Lelaki Rupanya ..

Assalamualaikum..

Kehkehkeh.. Jap , aku nak gelak dulu. Tah pape tajuk entry.

Ceritanya macam ni, semalam aku balik keja. Aku belikan McD Prosperity 3 set untuk aku, dan 2 hero di rumah aku tuh. Aku memang dok tunggu burger tu pun. Yang ayam punya, sebab aku tak makan burger daging. Beli, bawak balik dan makan and i think semua orang patut kenyang lah kan?  Selesai makan semua, berlingkarlah depan tv. Sekali  mak aku mintak masakkan maggie kat dia. Aku terus bangun masak.

Then, tengah masak, adik aku yang bongsu, akim ni pun request satu.

"ayu, masakkan 1 untuk akim.."

"Ah, tak nak aku. masak ar sendiri."

Aku memang kejam hati tak masakkan . Sebab actually, dia boleh je masak sendiri. FYI, akim adalah budak sekolah darjah 5 yang sangat liat ke sekolah. Haha. Kejamnya hati ni, pas selesai masak untuk mak aku, aku sambung tengok TV balik. Men lompat-lompat channel.. TV3, 104, 611, 811.. macam bongok lagikk..

Akim tadi, lapar gamaknya, dia bangun la pi masak maggie untuk diri sendiri. Sekali datang dengan periuk-periuk bawak tunjuk kat aku.

"Air banyak ni cukup?"

"Buang sikit, nanti cair sangat"
- aku master masak mee segera ok ! LoL

Aku sambung tengok TV.. (TV kitorang kat dapur.. So,kat ruang tamu memang tak ada TV. Boring kan?) Haha.. So, aku dapat tengok la akim ni masak. Keletang Keletung bunyi. Padahal maggie je pun.

Tengah tengok TV, tetiba aku dengar akim ni jerit..

"adoiiiiiii !!!!! "

Aku dengan Aiman (adik sulung aku) berlari la pegi kat dia. (Tak la lari sangat, dekat je. Aku sempat lagi tukar channel TV) Hahaha.. Aku pegi tengok maggie dah tumpah atas dapur, kuah dah meleleh tumpah membasahi lantai dan air mata akim dah tumpah memcucuri baju. Kehkehkeh.. Nangis ko dik? Haha.

Akim tadi pegang tangan dia, sambil tunduk menekup muka.

"Oi, hang awat?" - aiman tanya

Akim masih nangis.

"Hang tanya pa? Tak nampak maggie dia tumpah. Ambik la kain lap." - Aku jawab menyembunyikan ke'cuak' an

"Apa kecoh-kecoh kat dapur tu? Awat dengan akim? "
- Mak aku pulak.

"Tak ada apa, maggie akim ni tumpah. " - Aku dengan Aiman jawab.

TAK ADA APA?? Padahal tangan budak tu dah melecur. Hahaa. Aku suruh dia basuh kat sinki. Pastu letak ubat gigi Safi. Ah, lantaklah kalau tak boleh pun (orang kata jangan letak ubat gigi kalau melecur). Dah itu je yang aku tahu. Hahaha..

Pastu, dia masih nangis.

"oi, jangan la nangis. Bila hang nangis, mak marah kami. Diam la. Sikit je pun." - Aku

"Tu la, ayu tak nak lagi masakkan untuk dia." - Aiman.

" Ah, sapa suruh akim bongok sangat? Letak pinggan pun tak betul. Tak nampak ke, tak rata situ? Letak la tempat rata." - Aku

Hahahahahha.. pakat menyalahkan satu sama lain. Sebab cuak mak aku bising. So, nak tak nak aku kena masak lagi sekali maggie untuk dia. Mengada betul !!

Sebab apa insiden ini boleh terjadi? - Kerana LELAKI tetap LELAKI..

Kahkahkahkahkah!


Kami hanya makan Mee Segera Jenama Ini Sejak Azali lagi !


# Mee Maggie sedap dimakan, cepat mati. ( Tapi dia sedap dan mengenyangkan! ) Bangsa Degil. Sekian. :)




Bye!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...