19 January 2012

All About Food & Frust !!

Assalamualaikum..

Yeahhhhhhh! Hari ni nak mengarut hal semalam.. Sepatutnya today aku off! Ya, SEPATUTNYA. Tapi, bos aku selamba badak semalam cakap, u tukar cuti Friday ok. I bz Thursday. Padahal, dalam kepala aku semalam hanyalah cuti cuti cuti dan cuti.. Sekalikkkkkk... jahanam ! Boleh ke nak kata tak nak? I nak cuti Thursday jugak? Boleh? Kata kuli, berani ke? Haha. So, sebab tu la aku kena kerja today. T_______T .

Jadik takpelah, tak cuti kite update belog ye. Baca ye? Aku nak citer kes makan. Asal makan je emo, asal emo je mesti pasal makanan. Macamni, semalam lunch hour, tetibe tekak aku ni mengade la plak taknak makan nasik.. Aku teringinnn bangattt nak makan keow teow kungfu. Aku tak taw nama betul dia apa, aku memang panggil macam tu pun. Tapi, ada nama cina dia. Tah apa tah.. Lantaklah.. Aku pernah beli sekali kat satu kedai ni.. Pattani masak.. Perghhhh.. Superb giler lah. So, start pada tu mula dah dok mengidam sokmo. Huhu.

Alkisahnya, semalam ni aku pun nak pegi beli la kan.. Sekali sampai kat kedai tu, TUTUP plak dahhh.. Arghhhhhh!! Start frust kat situ ! Time-time tu la nak tutup pun.. So, macam hilang selera dah. hover taw. Haha. Tapi, bila perut macam tak paham bahasa berbunyik2, maka aku amik keputusan beli kat kedai lain je padahal terang-terang aku dah ada rasa dalam hati, sah-sah tak sedap ! Tapi, bangsa degil ketegaq, nak jugak2 makan benda tuh, order lah kan.. Dia kata, lagi 15 min datang amik. Yelah, tengahari orang sibuk makan nasik berlauk, aku sibuk nak suh dia masak lagi kan. Takpe, tunggu jugak.

After 15mins, aku pegi balik kedai tu.. Tanya makanan aku. time dia bagi tu aku dah pelik dah . Apa kesssss benda ni pelik? Sup dia warna coklat.. keow teow dia mentah je tak de goreng dengan telur macam selalu aku pernah makan pun.. Tapi, i kan sopan.. Malas nak kecoh, bayar je lah. RM4.50. Bapak mahal! Time nak makan, rasa macam nak menitik air mata. Ya ampun... hampeh!! Apa pun tak rasa. Ni bukan keow teow kungfu, ni keow teow karate ke silat ke ape ke.. Giler tak sedap! Aku dah la menggigil lapar time tuh. Sekali makanan.... T__________T .

Aku hirup je la sup dia.. Tekak aku dah kembang dah. Keow Teow keras giler.. Dalam sup ada 2 udang kecik, 2 sotong kecik, ayam potong2 ada la 3,4 sayur besar2.. Siap. Itu je. $4.50. Berbaloi?? Aku tak makan, buang. Tak kira dah bazir ke apa. Dah tak dapat telan. Sabarlah perut.. Perut kata Ya, Tekak kata Tak. Frust ganda dua.

Petang tuh plak, kawan aku offer nak belikan mcD. Ok, si baik hati ni tadi belikan la prosperity. Aku harap dapat la mengubati frust ini. Nah sekali si baik hati tadi memang belikan prosperity burger, malangnya BEEF. K. ( aku tak makan burger daging !!!!!! ) Frust berganda-ganda !

Dia baik, pergi belik lagi 1 ok, prosperity ayam. Heh > Senyum la sat.


Ingatkan frust akan berakhir di situ je? Oh tak. Disebabkan nafsu makan melampau, memang lah dibalas dengan kekecewaan. Haha. Malamnya, sekali lagi nafsu berjaya menguasai diri, aku nak makan kat SR. Wahh, tak boleh blah, SR . Aku ni memang setia. Matikklah puji diri sendiri. Haha. Pergi berjuta kali makan sana pun, tetap makan benda sama. Giler kan? Aku tak suka try yang pelik-pelik. Alasan aku, kang tak sedap membazir je dahlah mahal. (padahal orang belanja). Huhuhu.. So, semalam pergi la meredah SR .. Berbulan tak makan favourite aku Tom Yam Kung... Memang berkobar-kobar la kan.. Pastu nak minum chocolate blended whipped cream dia. Over gila siap bear in mind siap-siap nak order apa. Hahaha.

Bila sampai, adik waiter tu bagi menu, aku confident la kan malas dah nak tengok menu lain. Kata dah hafal kan. Haha.. Sekali bukak tang benda yang aku nak makan tu, ada satu sticker cantik baekkk punya 'Sorry This Item Is Not Available' !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!! Apa kesss ni????? Tak nak kalah, tengok banyak2 kali. Yang atas ada tulis 1 jenis lagi, noodle in tom yam soup. Tapi, yang ni tak ada sticker la pulak kan. Alamakkkkkk!! Bila waiter datang nak amik order, aku kepoci tanya,

" Yang atas ni ( noodle in tom yam soup) sama tak dengan tom yam kung? "

" Beza kak, dia ada description bawah tuh. "

( Ada masa la pulak aku nak baca kan? Jangan Harap, hati dah kuciwa ok! )

" Nape dia tak ada dah? "

" Tak pasti la kak "

" Sini je ke or memang benda ni dah tak available kat semua SR? "

" Tak pasti la kak, try nanti akak pergi bla..bla..bla.. "

Kau semua Tak Pasti ! Apa yang pasti???!! Huh! * emo *

At last, makan ape? Nasi goreng ada satay tu. Yang tu pun terpaksa jugak. Dah tak lalu benda lain. Frust berganda-ganda lagikkkkkk! Yang tu pun aku ting tong. Vegetarian dengan biasa punya. Aku nak bertekak lagi dengan waiter, eh, nape gambar sama je?? Kau nape ayu? Boleh nak tengok difference through picture? Hahaha.. Sentap ok!

Pastu, sebab nak ubati kekecewaan, mengader la pi order banana split. Pengaruh gambar jugakkk.. Dah makan kenyang, tengok banana pun nak muntah dah.. Tapi rasa bersalah menyelubungi diri, paksa jugak lah makan sampai habis. Tu pun, banyak cilok sana sini supaya habis. By the way, Special Thanks untuk si pembelanja. Huhuhu. Walaupun, aku yang hover nak makan situ. heh ! * gambar satu hape tak de sebab mood kecewa sepanjang hari *


Jadi itu sahaja lah..  Hari frust aku disebabkan makanan. huhuhu. Memang frust lah kan, perut bergelodak laporr, pastu apa yang dihajatkan tak kesampaian. Menggelupur la aku sorang-sorang kecewa. Hah! Moral of the story, lepas ni jangan mengikut nafsu . T______T.           Sekian

# Hari ni dah makan keow teow kungfu idaman qolbu. huhu. And lepas ni takkan mengidam dah sebab jemu.


Bye!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...