01 December 2011

Money is Everything because Everything needs money ...

Assalamualaikum..

Hah ! Baru tengok tajuk entry, dah nak hentam aku mata duitan. Kahkahkah.. Emo tak pasal-pasal nape? Haha.. Hari ni, aku nak mengarut pasal duit..wang..money... Benda yang sangat-sangat-sangat penting dalam kehidupan..

Sekarang ni, asal kau keluar setapak je dari rumah, duit. Jauh tapak sikit, banyak lagilah duit yang kena keluar. Dah, duit minyak kereta, motor? Tak payah? Kang dah jalan, jap lagi lapor. Bile lapor, takkan nak tahan perut suruh sabor. Ye dop? Makan. Makan bukan nak cikai-cikai. KFC, Pizza, Mekdi.. Hahaha.. Habis dah sepuluh dua.. So, memang tiap kali kaki melangkah, maka melangkah jugaklah duit-duit bersama-sama kaki. Hahaha..

Apa yang aku nak citer, yang selalu aku dengar, aku tengok dan aku perhatikan daripada mereka-mereka yang berada di sekitar aku.. Tentang wang dan kehidupan. Pada aku, duit adalah segala-galanya kerana segala-galanya memerlukan duit. Sekarang ni, kasih sayang pun kena beli guna duit.. Hah! Kutuk-kutuk. Haha. Saborrr... Ini pandangan aku. Aku tak perlu orang mengiyakan atau menafikan... Kalau korang tak setuju, tak ape. Tapi, aku ada pandangan aku sendiri...


Kenapa duit adalah segalanya? Tak payah nak bagi contoh jauh-jauh, korang sendiri boleh ke hidup tak ada duit? Nak keluar jumpa kawan, even kawan cakap, 'takpe aku belanja kau minum..minum je la..' hahaha.. kedekot punya kawan, korang boleh keluar tanpa seposen pun? Kalau boleh, hebat! Aku Tak Boleh. Memanglah, kawan belanja, dah kang tetiba keluar, mak msg,'ayu, beli burger..' Hahahaa... Nak cekau duit mana? ( Ni contoh bodo je ).. Hahaha.. Tak kisahlah, kalau pun mak tak msg, mesti ada duit.. Even Rm10, Rm20 pun.. Gilalah.. Kang jadik pape tengah jalan... 
Mintak simpang!

 Lagi, kalau yang bercinta.. Tak payah cakaplah dengan aku, 'eh, kitorang tak kisah BF kitorang tak ada duit, janji dia sayang kitorang.' .... Puiiiii!! Nahhhh !! Hebat BF hangggg! Cinta dia, sayang dia boleh bagi korang kenyang.. Meh rekemen kat aku sorang .. ! Kahkahkah.. Kalau budak-budak hingusan maybe aku boleh accept. Dorang bercinta bukan nak pikir kawin ke apa.. Tapi, kalau umur dah lewat 20-an..(aku tak lewat sangat kan? Hahahaa..) Kalau bercinta, apa korang nak? Takkan korang tak pikir untuk ke arah yang lebih jauh? Kahwin.. Kan? So, korang nak ke bakal suami tak ada duit? Memanglah tak payah berjuta-juta duit dia, at least adalah jugak.. Taklah alam dating korang membosankan.. "Kita nak dating boleh, tapi mesti pergi tempat tak pakai duit dan makan siap-siap kat rumah ye baby".. Kata sang arjuna. Wakakkaa.. Boleh??? AKu Tak Boleh ! Haha.. At least, adalah sikit duit.. Duit bersama. untuk shopping ke, tengok wayang ke, bercuti ke..Taklah asyik ngadap taman bunga! (Taman bunga kan free, masuk tak payah bayar) Hahaha..

Lagi, alam rumah tangga. Dah habis ngadap taman bunga, kau ngadaplah dinding rumah kau pulak. Dah, nak keluar tak ada duit. "eh, tak apa kite tak ada duit. Suami kite sayang kite.." Ye, sayang sangat. Setahun ,dua sekali anak kau. Opss.. Haha.. Agak-agaklah sayang, kau bawak tengok kasih sayang kau pergi Tesco, dapat tak beli udang XXL RM16.90 sekilo?? Haaa?  Bawak tengok kasih sayang kau pergi farmasi, dapat tak kau belikan vitamin untuk kuatkan otak anak kau? Tak kan? Maka, duit adalah segalanya.. Biar pun tak perlu berjuta, tapi beribu kena ada.. Wakakaa !!

'Duit beribu pun tak guna kalau sakit..'  Memang betul. Tapi, kalau dah sakit, nak kena berubat. Kalau berubat, tak kisahlah tradisional ke moden ke, tak perlu guna duit ke?? Nak bayar pakai apa?? Alaaa, klinik kerajaan bayar singgit je... Haaa, kalau klinik kerajaan mampu sembuhkan 100%. Kalau tak luak jugak, dah nak kena pergi pakar swasta, tak ke beribu nak kena bayar???? Duit lagi!

Dan bila dah sakit tak nak sembuh2, mungkin dah sampai masa lah tuh.. " Ala, duit banyak pun bukan boleh bawak masuk kubur. "  Memang kau tak boleh tanam duit-duit kau bersama-sama kau dalam kubur tuh, tapi sebelum kau nak masuk kubur tuh, segala persediaan, kain kapan, batu nisan, segalanya..tak perlu duit? Untunglah kalau anak-anak kau kaya raya, tapi kalau dorang pun cukup-cukup makan? 'eh,bapak kita ni tak tinggal duit sesen pun...Tambah hutang piutang dia lagi.. Eh, banyak tuh.. nak cari duit mana bayar? "... Ok, yang ni korang akan cakap, itu urusan orang yang hidup... Tahulah diorang selesaikan.. Tapi, takkan sampai ke  MATI korang nak menyusahkan orang lain?? Dahlah hutang keliling pinggang. Hutang wajib dibayar. Kesianlah yang terpaksa menanggung.. Alahai.. Mati pun perlu duit ok.

Kalau yang tak dapat terima, aku tak kisah. Lelaki ke, Perempuan ke sama je. Kena ada duit sendiri...Tapi kita ni kan manusia biasa. Biasalah, ada duit sikit, dah kelam bijik mata. Lupa pada siapa nak berterima kasih. Lupa semuanya. Pastu, nak salahkan duit, nak salahkan rezeki yang diberi, padahal diri sendiri yang salah sebab tak sedar diri ! Sebab lalai. Sebab alpa. Kan? Maka, kalau ada duit berjuta, jangan leka, jangan lupa kepada Dia. InsyaAllah.. berkat duit korang.. 


Itu sahaja aku nak share. wah.... panjang berjela. Biasalah, ayu kan. Cakap bab duit memang semangat. kehkehkeh... Kepada yang positif sangat dengan prinsip, ' tak ada duit tak apa, janji hati senang..'  Aku rasa, korang memang bertuah sangat2..Tak ada duit, hati senang. Apakah? Haha..

Duit tak ada.. tapi hati ingin kawennn.. ehhhh? Tetiba nyanyi.. kahkahkah.


# Duit dalam purse ada RM3 jer... Nak makan apa? Gaji tak dapat lagi.. Apa lagikkk? Puasalah kau Ayu seminggu!! Duit..duit..di mana kau duit.. Hahahahaa...





Bye!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...