04 December 2011

Mesti Tonton - OMBAK RINDU -

Assalamualaikum.

Sebelum aku sibuk nak citer pasal filem meletop-letop ni .. Pagi tadi aku dah accident dengan satu motor yang tak berhemah. Haha. Malu je accident dengan budak-budak. Weyh, bukan salah aku. Salah budak tuh. Nak belok tak bagi signal. Aku yang laju (LAJU lagi, PADAN lah MUKA) terus 'ehhhhhhhh.'...brek pun tak guna. Langgar belakang dia.. Kehkehkeh.. Tapi, disebabkan kecekapan aku, (padahal dah gelabah takut) kedua-dua mangsa selamat. Tak ada apa pun, aku just sound, 'lain kali bagi signal. Awak helmet tak pakai, lesen tak ada.'  "Sorry,kak"..  Aku yang dah lambat plus cuak kang nangis ke apa budak ni kan, terus je, 'ok2..takpe'..  Itu kisah pagi tadi. Mulut celupar bercerita pasal bawak laju bajet hebat pada entry sebelum ni, Nahhhh!!

Ok2, berbalik pada tajuk entry.. Aku tak tengok lagi pun filem hebat ini. (hebat ke?) Aku dengar je  komen  daripada orang-orang yang dah tengok.. Reaksi, " best lah jugak...", "Best ayu.. Sedih ada, lawak ada.." "Eh, Maya Karin tak sesuai jadi perempuan kampung, muka dia muka bandar.." -----> Pun ada? Hahahaha..
So, macam dah banyak sangat komen, HOI! mana boleh aku dok diam tak pi tengok ! Tapi, nak pi tengok dengan sapa? bila? Asyik melangut kat cc ni sampai sudah! Adoiyai.. (menyesal ke?agaklah..haha).. Banyak dah citer yang aku tak sempat nak pergi menonton.. Tekanan tau tak? Dulu, akulah Juara Wayang. Pantang ada citer apa jenis pun la, semua aku pergi , kalau tak 1st day, 2nd day showing.. Ni dah berkurun sampai waktu tayangan pun tinggal 1,2 je.. Dah nak keluar dari panggung pun, hampehhhh! Tak sempat nak pi beratur beli tiket lagiiiiii T______T.

Filem ni, diadaptasi dari novel kan? Ala-ala Lagenda Budak Setan.. Aku macam pernah baca novel ni. Ya,pernah kot..Not sure. Sebab aku bukan hantu novel cinta. Tapi, bila tengok sinopsis, rasanya macam pernah baca.. konon. Haha. Aku malas nak citer sinopsis segala kat sini, sebab aku tau aku je yang ketinggalan zaman, hampeh tak sempat nak pergi tengok lagi padahal orang lain dah balik citer pom-pang-pom-pang! Arghhh! Pastu bajet macam hebat  MESTI TONTON bagai.. LOL.


Nah hamek kau trailer. Tapi tak puas kalau pun full movie boleh download. Oh,NO! NO! Aku kan suka membazir.. Hahaha.. Best boleh rehat kat dalam panggung wayang silang kaki, makan popcorn, smooth je tak payah nak tunggu buffer lama-lama.. Huhuhu...

Ini novelnya.. Hmmm.. macam sinonim.. MACAM.

Ok, so kesimpulannya... Aku tak tahu bila aku mampu nak pergi tengok citer ni. Orang kata sedih, aku nak rasa gak tang mana kesedihannya.. Sebab aku ni lampi sikit.. Tak pernah nak meleleh air mata tengok citer sedih..Tambah lagi bab feeling romantic.. Macam citer Nur Kasih The Movie.. Orang cakap sedih, aku pi tengok, dok tunggu gak part mana nak nangis? Last-last habis.. Eh? Haha.. Tapi,citer ganas cam Real Steel dulu, ada jugak rasa nak nangis.. Eh? Kau kenapa Ayu? Hahaa.. Real Steel sebab kasih sayang ayah dia.. Haa, part tu aku tak boleh elak. Setakat cintan cintun ni... Kurengg. (Bajet!!) Hahahaa...

Kepada yang dah menonton, macamana weyh? Share arr.. tapi jangan lebih-lebih. Aku mempunyai tahap kejealousan yang tinggi ok! Selamat Hari Ahad.




# Aku belasah je semua citer keluar panggung aku tengok. Last-last, menyesal. Tiket mahal, Citer Sampah!! Harap citer ni tak mengecewakan aku yang ketandusan hiburan. Hahahaa.


Bye!

2 comments:

Anonymous said...

hang x payah p tgk la ayu..sbb aku x p..ang x leh lebih ada aku!! hahaha. hang x triak , dok bajet filem 2 dah bnyak kali cut, dok boh eye more... hahah

Yeah, saya! said...

hoihhh! mana boleh... Hahahaa.. Orang jaga tiket wayang hari-hari dok mai tanya aku bila nak p beli tiket kat depa nuuu! hahahaaa.. Ha la, kita yang tgok dok sedih meleleh ayaq mata (merujuk kepada hg dgn mah yang over nangeh) hahaha.. depa yang blakon dapat duit beribu. Kita dapat pa?? bengkak mata ja. Hahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...