15 December 2011

5 Ciri Kawan Yang Tak Perlu Kita Kawan

Assalamualaikum..

Hahaha.. Aku menyampah tengok tajuk entry. Damn. Aku tak dapat bagi tajuk yang lebih kreatif. Aku nak bagi tips sini macamana nak kenal sama ada kawan yang korang ada sekarang ni, memang betul-betul boleh buat kawan ke tak. Muahahahaa.. Pepatah Melayu kata, Berkawan Biar Beribu, Bercinta Biar Satu (betul ke ini pepatah Melayu? Hahaa) Pada aku, kalau kawan ada beribu-ribu pun, tapi semua hampeh.. buat apa? Baik ada kawan 1,2 je kan? Kehkehkeh..

Sebelum nak kenalpasti ciri-ciri ni, nasihat aku baiklah korang check diri korang jugak dulu. Kalau korang pun ada ciri-ciri ni, tak payah la nak announce kat kawan korang tu 'eh, kau tak layak jadik kawan aku' Hahahaa..

Sini, kita tengok apa yang membolehkan kita remove kawan kita yang tak berapa boleh nak buat kawan.. Wakakakaa..

1) Bukan Pengurang Tapi Penambah
Ini ciri 1st. Penambah apa? Pengurang apa? Ha, kalau kawan korang ni korang rasa bukanlah pengurang masalah korang, tapi makin suka nak menambah bebanan hidup korang, maka silalah jauhi. Maksudnya, korang tengah ada masalah, and need someone untuk share.. Tak kisahlah, untuk menjadi pendengar atau memang betul-betul nak minta bantuan.. Jadi, korang pun refer lah kepada individu ini yang dipanggil kawan. Contoh mudah : Masalah Cinta / Masalah Rumah Tangga ..Contoh woi! haha..

'Aku ada masalah dengan bla..bla.. Nape dia buat aku mcm ni? Aku nak kena buat macamana? '

"Hah, tu lah kau! Kau memang kan? Kalau aku jadi laki tu pun, aku tak nak pompuan mcm kau! Kau ni degil. Kau bla..bla..bla.. Sekarang padan lah muka. "

OK! ENOUGH. Say Good Bye kat kawan macam ni. Bukan bermaksud kita tak dapat terima pandangan orang lain, tapi agak-agaklah kan kau nak bagi pandangan.. Kan kita tengah bermuram durja? Kita nak sokongan,bukan makian.. Suruh dia pergi tazkirah diri dia dulu. Hahaha,,

2) Berkira Nak Mampos
Ini stock mereka yang kedekut nak mati. Giler ahh punya bakhil. Tapi, bukan bermakna kita boleh cari mereka yang pemurah sangat-sangat pastu kau amik kesempatan. Wey, melampau la tuh. Maksud kat sini, dia sangat susah nak bertolak ansur.. Semua nak berkira. Masa, Wang Ringgit, Tenaga.. Langsung tak boleh nak lebih kurang lah kata orang..Langsung tak ada istilah 'cincai kira' dalam hidup dia.. Perghhhh...

" Ayu, tadi kau bagi duit bayar nasik kau, tak cukup seposen. Aku guna duit aku dulu.. Bak la balik seposen aku..."  
Hahahahahaa !! Pernah jumpa orang berkira macam ni? Fine. Duit orang, bayarlah balik woi... Kahkahkah..

" Aku tak larat la nak teman kau .. Bulan lepas aku dah temankan kau... " 
(Padahal, setiap minggu kau kena temankan dia pergi main bowling.. Apa kesssss??)

3) Sekejap On  Sekejap Off
Ini pulak stock chipsmore. Kejap ada, kejap hilang. Masa dia perlu kau, dia ada... Sentiasa ada.. Masa kawan-kawan lain dah tak ada dengan dia, baru dia datang cari kau. Masa gaduh dengan BF/GF baru timbul muka nangis di bahu aku.. Eh? Hahaha.. Bila dah senang, harammmmm... Nak nampak nama dia timbul kat handphone pun payah...Setahun sekali je sms.. tu pun raya. Tu pun forward sms raya yang dah berulang-ulang orang lain hantar kat aku.. Hahahahaa...Tak la sampai nak kena msg, call 24/7... Aku ada kerja, kau pun ada kerja .. Tapi, kalau asyik kita nak kena ingat dia.. msg dia.. call dia.. alamak aiiii.... Tak payah ada dalam friend list aku lah.. Babai. Hahaha

4) Tak sebulu
Ini satu hal lagi.. Jujur, aku tak boleh kawan dengan orang yang tak sealiran.. Wah..aliran apa plak ko Ayu? Haha.... Biasa lah kita bukan manusia perfect.. Dah kawan ni, ada lah yang kita suka dengan tak suka kan? Yang kawan kita tak suka, kita jangan buat.. Tapi, kalau benda yang kita tak suka, dia buat... Tunggu apa lagi? Nak kawan lagi?? Kalau aku, jangan harap.. Kau suka tengok wayang, kawan kau tak suka. Ok, takpe. Tak payah tengok.. Tapi, dia suka karaoke.. Kau tak suka.. Tapi, MESTI jugak ikut dia pergi karok, walhal yang wayang tadi kau boleh je tak payah tengok? Boleh je berkorban.. Kang kalau tak ikut kehendak dia, tarik muka.. Walawey.... Siotttt je.. Lantak kau nak tarik muka berapa panjang pun, cukup sampai di sini saja.. Hahaahaa.... Tak sebulu, tak sekepala.. SUSAH.

5) Semua dia hebat, betul tak pernah salah dan sangat bajet serta kaki menghentam
Hahaa.. ini dah last ni. Sebab tu aku rangkumkan semua sekali.. Kalau cakap apa, dia aje nak menang. Dia aje nak nampak hebat.. Dia aje yang betul.. Kita semua salah..
"Eh, Tak lah.. Bukan macam tu la..Kau ni benda ni pun tak tau ke?? Macam ni lah... Aku tau la, aku pernah buat benda ni dulu.. Expert sangat dah.."
DAMN! Hahaha.. Kau siapa? Kalau pun nak perbetulkan kesalahan kawan kau, sila lah berhemah.. Jangan terus nak menghentam.. Dah tu pulak, angkat diri sampai ke tahap 7 petala langit.. mak oii.. hahahaha.. 

"Ayu, kenapa kau tak pakai tudung? Kau ni apa la? Kau tengok aku? Aku sentiasa pakai tudung."
( Dapat yang ini kat aku, aku tak kan hentam balik.. Aku diam..Biarlah.. Hahahaha )

Contoh lain ;
" Eh, aku ada benda nak citer kat hang ni... "
Dia jawab,
"Apa dia? Kalau bab gosip aku tak mau dengar.. Aku tak suka gosip-gosip ni..."
Wahhhhhhhhhhhh..... Hahahahhaaa.. Selamat kawan-kawan aku tak ada yang macam ni. (Setakat ni lah) Wakakkaa... Memang lah, bila kita berkawan, terapkan nilai yang baik kepada kawan kita tu (Ini dialog filem syurga cinta - Dialog atok Heliza) Tapi, biasa lah.. Kadang-kadang, ada yang nak termengata, ada yang nak termengumpat, ada yang nak tergosip ... Hahaha..normal la.. Jangan cakap kat aku yang korang tak pernah  ada rasa nak bahan orang lain walau sekali pun... Manusia biasa, bukan malaikat.

So, aku malas dah nak bagi berpuluh-puluh ciri yang lain.. Ini yang basic.. Kalau salah, kalau tak setuju, tak payah peduli.. Tapi, macam aku ingatkan kat atas tadi, tengok diri kita dulu. Kalau kita pun ada ciri-ciri ini.. memang padanlah dapat kawan annoying macam gini.. Hahahaha.. Namun, jika kita tak lah memenuhi 5 ciri di atas, tapi berkawan dengan mereka yang hampir memenuhi kesemua ciri di atas.. Maka, ucapkanlah Selamat Tinggal kepada mereka itu.. 
Maaf ! Mereka Tidak Membantu.

Sekian.





# Sama ada aku remove kau atau kau yang back off ? Ehhhh... Apakah? Hahahahaha


Bye!



7 comments:

Anonymous said...

stkt ni sy xdk lg kwn mcm ni.... hehe... ciri2 ni sesuai tuk pompuan ja....

Yeah, saya! said...

Saya bagi ciri ni umum.. Memandangkan saya perempuan, maka haruslah contoh bertepatan dengan pompuan. Mana boleh nk selam alam lelaki kan? Huhu.. Baguslah kalau tak ada.. Harap tak akan ada lah.. Hahaha

Erhan Jumatil said...

Aku benci tajuk entri kau. Kalah pakar motivasi. Hahahaha.

Yeah, saya! said...

erhan : aku tercium bau ke'dengki'an melampau dekat kau. wakaka

lina said...

I like.

noor ain said...

gud info... =)

Yeah, saya! said...

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...