24 December 2011

1 4 3 - i Love u -

Assalamualaikum...

Ada orang tanya,
kenapa tak pernah citer pasal kisah cinta atau your boyfriend kat belog?

Jawab aku,  
perlu ke?
Sejak dari mula aku buat blog, aku dah pasang niat. Sahaja aku buat blog bukan untuk cite kisah cinta aku dalam blog ni.amin. ( akan datang tak tahu lah yek....... gila lalang..kehkehkeh)

Aku suka baca blog orang. Tapi, bila blog yang asyik nak bercerita kisah cinta kau dengan bf /gf kau (selalu girls) aku jadi malas dah nak follow. Kau bahagia, kau cerita. Kau derita, kau menjaja.

Suka hati lah.Ini blog kami.Jeles lah tuh..
Ok, fineeeeeeeee... Kehkehkeh.. Aku laser, tak tahan jangan kawan.

Tak kisah kau nak bercerita betapa bahagianya kau, kalau orang yang jiwa-jiwa, mungkin akan...'oh suweetttt'... kalau yang gila-gila..'yucks!disgusting'.. Mungkin niat kau hanya nak bercerita, tapi secara tak sengaja ada bau-bau keriakan di situ.. Tak mustahil bukan?

Apa yang tak perlu dibuat jika kamu bergelar kekasih :

1) Mengupdate segala-galanya di blog,fb,tweeter etc. tentang Sang Arjuna kecintaan kamu dengan sungguh bangga seolah-olah hanya kamu yang sedang bercinta.

2) Mengatakan bahawa kamu telah bertemu dengan orang yang sangat tepat dalam hidup kamu. Sudah berkahwin? Belum? Maka, jangan terlalu yakin. Kerana kadang-kadang pabila sudah berkahwin pun, kita baru tersedar yang kita telah tersilap memilih teman hidup. Kita sentiasa diuji.

3) Mengupload pelbagai jenis pose anda bersama si dia di semua laman sosial dengan caption paling tak boleh blah, 'Both of us, are cute..I love you ..muahmuah..'  Sangat Damn ! Sekian.

4) Sentiasa menukar status daripada single, engaged,married then gaduh it's complicated kemudian divorce.. Esok lusa baik, tukar pulak married. Padahal, kau tetap single sorang-sorang.

Hahahahahaha.. Itu sahaja. Jangan terasa kalau terkena. Aku just share apa yang aku tengok selalu.. Nak kata perfect, aku pun manusia biasa.. Saja lah aku post benda ni. untuk remind diri sendiri jugak. Tak salah kalau nak bercerita. Terpulanglah.. Korang yang bercinta kan.. Tapi, setakat couple, apa pun boley.. Lainlah kalau dah berkhahwin.. Syok juga nak baca asam garam rumah tangga.. Hewhewhew.. *tetibe gelak Hanis*

Selalu orang akan cakap macam ni, 'aku tak kisah apa orang cakap.'
Bila kau cakap kau tak kisah apa orang cakap, actually dah terbukti kau sebenarnya sangat-sangat kisah dengan cakap-cakap orang.. Kalau tak, kenapa nak keluarkan statement macam tu? Dah tak kisah, buat pekak sudah.. Kadang-kadang perlu kisah, kerana kita hanya akan dapat lihat kesalahan kita melalui orang lain.. Kalau hanya fikir diri kita, memang sah-sah kita akan kata kita betul semua..

Maka, apa yang patut disimpan, kita simpan. Tak perlu bercerita semua. Kalau nak jugak bercerita, bagi je hint-hint macam aku. eh? Haha.. Takut pulak kang tetibe perang dunia, Nahhhhhhhhhhh!! 1 dunia tau kau tengah bergaduh... Dalam 10 orang yang tahu, hanya seorang je yang akan cakap, 'sabarlah..jangan bersedih..ada hikmah'  Manakala 9 orang yang lain, akan cakap, 'Padanlah muka..Over sangat..' dalam hati.



Tak percaya? Cuba-Try-Test-Tengok !


# Aku akan update kisah cinta aku, kalau aku dah confirm bercinta dengan Farid Kamil. Wakakakakkaa!!



Bye!

5 comments:

Erhan Jumatil said...

aku suka yg no. 4 tuh.Hahahaha. Kadang2 meluat jugak baca status jiwang2 org. Apa boleh buat FB kau, kau punya. Aku, aku punya. Masalahnya terpampang kat FB Publich. ILYM. (Gelikssss)

Anonymous said...

hahaha.....nk trgelak jga bc entry rinie... hee..... dr love kta kn...

Yeah, saya! said...

erhan : kuangkuangkuang.. Yelah, FB memasing. sebab tu aku deactivate. kang kalau tak, aku asik nak 'membahan' je orang tuh.. sian dia. haha

ano : hahahaaa..... dr love lah sangat..

Anonymous said...

dr love blh bntu sy x...?tp nk private.... kihkih...

Yeah, saya! said...

anon : email lah. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...