15 November 2011

Tarikh lahir / lesen saya 29 November setiap tahun :)

Assalamualaikum..

Perbaharui lesen memandu ikut tarikh lahir mulai 21 Nov

Hah.... Ini adalah berita terkini yang aku baru sangat baca di Utusan Online petang ini. Teruja baca tajuk ini. So, kepada pemandu-pemandu berhemah di Malaysia, selepas ini tak akan ada lagi la alasan, 

"ala, tuan polis/encik polis/abang polis/tokguru polis..eh? saya lupa nak renew lesen saya.. Lupa sungguh" (aku tak pernah bagi alasan ini ok.huhuhu)

Sini aku share kan apa isi kandungan berita yang aku kira sangat positif ini untuk mengatasi masalah nyanyuk pelupa rakyat Malaysia..hahahaa..

15/11/2011 5:57pm
PUTRAJAYA 15 Nov. – Mulai Isnin depan (21 November), orang ramai boleh mula memperbaharui lesen memandu mereka mengikut tarikh lahir, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha.
Beliau berkata, melalui inisiatif itu, tarikh tamat tempoh lesen memandu adalah sama dengan tarikh lahir seseorang pemegang lesen.
"Inisiatif itu juga dibuat bagi memudahkan orang ramai mengingati tarikh memperbaharui lesen memandu selain mengurangkan kes pemegang lesen tidak aktif,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Cho Ha berkata, diharapkan selepas ini, tidak timbul lagi isu lupa untuk memperbaharui lesen memandu terutama apabila pemandu terbabit dalam kemalangan.
Berdasarkan rekod Jabatan Pengangkutan Jalan, terdapat 2.2 juta daripada 11.8 juta pemegang lesen tidak aktif atau tidak memperbaharui lesen memandu mereka. – Bernama

Haaaa...inilah dia. Kita tengoklah nanti keberkesanannya macamana... Kalau orang yang tarikh lahirnya pertengahan bulan, 10-17 hb macam tu, kena la simpan duit. kang takde duit nak renew lesen lak kang.. Yang akhir bulan (macam aku) dan awal bulan, tak pe la kot.... hahahaha.. Apa hang merapu ayu oiii? hahaha

 

 

# So, boleh lah nanti jumpa orang yang zodiak sama masa renew lesen kat JPJ/Post Office... "eh,kita saggitarius lah.. ada jodoh kot? euwwwwwwww.." :p (abaikan) huhuhu..

 

Bye!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...