14 November 2011

7 tahun sudah berlalu..

Assalamualaikum..

Yeah, hari ni 14 November 2011.. Apa yang special? Birthday aku? haha. No No No !  Hari ini adalah hari menjelangnya peperiksaan terakhir bagi kanak-kanak remaja yang berusia 17 tahun (sepatutnya) dan mungkin juga 18,19 tahun atau yang repeat. Peperiksaan terbesar sebelum melangkah ke alam matrikulasi, diploma, pra-U, STPM, bekerja ataupun menganggur..huhuhu.. Peperiksaan yang amat penting dari peperiksaan kat Universiti kot aku rasa (sebab kalau tak ada sijil exam ni, nak masuk U pn janganlah harap) iaitu SPM.
Ya, Sijil Pelajaran Malaysia.
 Keadaan dewan exam yang meggerunkan..semua tunduk tak berani angkat muka.. muahahahaa

Kenapa hari ni kau sibuk sangat nk kecoh pasal SPM ayu? hahaa.. ya, aku pun tak tau nape aku rasa excited semacam je untuk SPM tahun ni..lebihlebih..hahhaa.. mungkin tahun ni aku baru ada blog kot?? kehkehkeh..
Tapi apa yang pasti, tahun ni aku rasa macam excited sebab ini adalah tahun pertama aku ada student2 adik-adik tingkatan 5 yang aku dah anggap macam adik2 aku sendiri.. Aku kenal diorang ni semua pun masa aku praktikal mengajar di SMK Bertam Indah, Kepala Batas a few months ago.. So, feeling dia mcm lain sket lah kan, bila ada yang sms, "cikgu, doakan kejayaan saya utk SPM nanti ya" & ""kak, sy nk SPM dah ni, jgn lupa doakan utk saya".. (aku x kisah dorang nak panggil kak pun, sebab beza tak jauh mana, lagipun dorang masih hormat..skemaaa gila kalau dok berCIKGU-CIKGI..wakakaka)


Dan sebab yang lain aku rasa, kerana tahun ini adalah tahun pertama yang sewaktu berlangsungnya SPM ni, aku pun tak struggle untuk final exam aku jugak masa kat USM dulu (selalu final exam kan hujung2 tahun cmni)..So, tahun ni aku cam alert sket ah dengan SPM ni..kehkehkeh..Sekarang ni, dah pun start exam besar ni..dan tak silap aku akan tamat pada 05 Disember ni kot..ye dik? 

Teringat masa aku muda belasan tahun dulu (sekarang pun muda lagi ok) haha.. Budak2 yang lahir tahun 1987 mesti ingat kan? Kita jawab SPM masa tahun 2004..  Maknanya dah TUJUH (7) tahun masa berlalu..huhuhu.. Aku masih ingat semuanya dan tak ada satu pun yang aku lupa..just soalan exam je la aku tak ingat.hehee.. Dan sekarang pulak, format dah diubahkan? Lagi laa tak tau pape..kalau suruh jawab pun, belum tentu aku boleh.hahahaa.. (teruk gile!) Dan bila exam mesti lah ada sign ni : SENYAP. PEPERIKSAAN SEDANG DIJALANKAN.. shhhhh.. kehkehkeh
Apa yang aku ingat? Masa sehari sebelum nak exam tuh, malam tu aku tak pulun sangat..Rileks bebeh..hahaa.. Aku just study skit2 jer.. sebab aku ni KAKI HAFAL..faham tak faham belakang cite.(ye, salah teknik belajar cenggini, tapi ini aku weyh..AKU. haha..korang jangan nak emo 'weyh, mana bole study cm ko! suke ati aku la..) hahahahaa.. Aku suke hafal. aku baca buku, aku hafal, then aku akan salin balik apa yang aku hafal dalam kertas kajang yang dilipat 3.. SILA IMAGINE rupa nota aku.kehkehkeh.. Pastu, before tido aku akan pejam mata dan baca dalam hati apa yang aku dah tulis kat nota kaki aku tuh..hahahaha. kesimpulannya : SANGAT SENGSARA cara aku study. wakakaka.. Tapi itulah kenagan aku yang aku ingat.. (dan aku masih menggunakan teknik yang sama utk STPM dan jugak exam di U ) OK, sila kutuk. hahahaa..

Pastu, lepas abeh satu-satu paper tu, aku ada tabiat suka menge'check' atau semak jawapan. Tapi aku tak check dengan kawan2 (takut kalau aku banyak salah, dorang betul, aku sentap) wakakaka.. Apa aku buat, aku balik aku semak terus kat buku rujukan..Tapi tak la semua. mana-mana soalan yang aku confident betul je sebab senang hati 'waaaahhh, aku dapat jawab soalan ni betul pulak tu' (senyum penuh bangga) :) Dan seterusnya la sampai la exam terakhir.. Tapi, seingat aku antara subjek2 yang aku paling malas nak jawab langsung tak ada feel SPM adalah kimia, fizik, dan add math. Sebab apa? aku paling tak faham dan lemah dan tak boleh blah langsung subjek2 doctor, accountant, engineer ni..hahahahaa.. sebab tu aku ambil Geografi kat U weh..hahaha. (dan masa tu aku rasa aku salah amik subjek) hahaa.. menyesal kemudian tidak berguna.. hasilnya?? aku takde lah gagal, tapi lulus pun paras hidung je untuk subjek2 tak best ni.hahahaa

Lepas je tamat SPM ni, kau tak payah citer la dia punya feeling woi. hahahaa.. Gila2 punya free..macam melayang-layang. (over) hahahaa.. TV yang dulu nak tengok pun takut-takut curi-curi bila mak ayah tak ada rumah, terus tengok sampai lebam lepas SPM..hahaha.. Buku-buku terus campak sesuka hati dalam tong, belakang umah, dalam kotak dan bawah katil dibiarkan..hahaha. Tapi, aku kerja lepas SPM.. dapat la rasa duit yang masa tu rasa hebat sangat dah dan time lepas SPM tu jugak la baru nak rasa bercinta dengan monyet eh? tak2.. cinta monyet.hahahaa...



Masa nak keluar result lagi la tak payah cakap cuaknya..Rasa macam' eh kalau la gagal semua, macamana?? Kena ulang? Woi, mana larat dah nak study (merujuk kepada cara aku study yang sangat sengsara) hahahaa... Siap mimpi segala.. Tapi, syukur Alhamdullilah walaupun aku tak lah berjaya menjadi Pelajar Terbaik Malaysia, 20A++ mahupun Pelajar Terbaik Negeri Kedah, tapi result aku taklah menghampakan sangat sampai tahap mak ayah malu nak jawab kat orang bila makcik-makcik sedara tanya, 'eh, ayu SPM hari tuh dapat bape A?? A subjek apa? " Tak la mak ayah aku malu tunduk muka terus blah dari situ.hahahaa..


Diam tak diam, dah tujuh tahun benda ni berlalu...2004 dalam kenangan orang kata.. :) Sangat manis untuk dikenang.. Lepas habis SPM , kan umur kita dah 18 tahun? Makanya, macam dah diberi separuh daripada tiket kebebsan la..hehehe.. So, aku rasa sangat teruja kali ni untuk berkongsi apa yang aku dah lalui 7 tahun yang lalu.. 

Kepada adik-adikku (a'an tuan punye belog http://lovestravel-olyvia.blogspot.com/, atiqah dan ain serta yang lain-lain sorry i tak ingat nama u'olls yang sgt ramai) dan seluruh remaja yang menduduki SPM utk tahun 2011 ni, Selamat Maju Jaya, Jawab soalan elok-elok, Baca banyak kali,(kalau tak reti jangan dok down2.. dah tak reti nak wat cmne kan? hahaaha) dan Jangan lupa yang penting sekali sentiasa ingat padaNya.. minta segalanya kat dia SETELAH BERUSAHA.. insyaAllah.. dipermudahkan semuanya. amin.

Banyak ni je ke nak bagi motivasi? termotivasi tak? nak lebih2 minta kat dr.fadzilah kamsah la. ni bukan bual bicara kat Astro Oasis.. hahahahaa... (aku tak hebat mana nak nasihat orang over2 ehh). so, All Da Best my ex-beloved students.. Pass with flying colors hopefully.. :)



Take Care , Bye.

2 comments:

flory vihanna said...

cewahhhhh...nama cek!!!!(BANGGA SEKETIKA) haha.....thankz kak hyunna..tggu ek nty abes SPM kita g vacation pulau perhentian.....(wow best nya..haha teruja)...teruja la sgt...BM abes dah..(kiter bakar buku BM wahaha!!!)

Yeah, saya! said...

hamboiiihh hover smpai nak bakar buku. ni dah lawan tokey ni.haha.. InsyaAllah.. ade rezki lebih kite pg la :)bagi abeh SPM dlu tuh.. huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...