18 October 2012

Aku ..

Assalamualaikum..

Banyak yang aku nak luahkan kat sini hari ni.. Aku pun tak tahu nak mula macamana. Aku nak bercerita tentang aku. Eeee, hover kau kan? Nak citer tentang diri sendiri? Suka baca, tak suka tak payah.

Aku ni jenis macamana? Ini dia. Selama 25 tahun hidup, aku tengok balik diri aku ni, aku dapat list macam yang bawah ni.. Ini diambil kira juga dari pandangan orang terhadap aku..


Kelemahan

  1. Cepat melenting. Yes, ini kelemahan terteruk (ada ke perkataan ni?) yang aku ada. Aku dah try untuk buang slowly..But masih gagal. Dengan semua orang aku cepat melenting walhal benda tu kecik jer.
  2.  Bukan penyabar. Yang ini pun kelemahan aku. Aku kalot. Aku tak sabar. Aku nak semua benda cepat. Aku tak boleh hold2 sesuatu benda. Time tu jugak kena settle. 
  3. Sensitif. Yang ni, macam normal untuk semua kaum wanita. Tetapi, sensitif aku tahap terakhir. Bahasa mudahnya, sentap. Aku cepat sentap. Tak boleh silap sikit, terus aku terasa hati.
  4. Mudah menangis. Ini pun satu hal lagi. Aku sangat sangat sangat mudah mengalirkan air mata. Bila aku terasa hati untuk sesuatu benda, air mata ni macam tak pandai nak tahan, terus je meluncur keluar.
  5. Laser. Yup, mulut aku berbisa. Aku boleh bantai orang hanya dengan kata-kata sampai dia jatuh terduduk.
  6. Suka bercakap. I'm talkative. Aku suka bercakap. Kadang-kadang apa yang aku cakap aku tak maksudkan pun. Cakap kosong, mengarut, selalu lah.
  7. Jarang berpuas hati. Aku kalau buat sesuatu benda or apa2 je la, aku jarang nak puas hati. Mesti ada je yang tak kena. 
  8. Tak suka diabaikan. Ini satu hal jugak ni. Aku tak suka orang ignore aku. 
  9. Suka berfikir. Aku seorang pemikir tegar. Aku suka fikir benda remeh temeh. Benda yang orang kata tak masuk akal. Tapi, aku akan fikir hingga ke akar umbi.
  10. Garang. Ini semua orang yang kenal aku , akan kata YA.



Kekuatan

  1. Cepat 'cool' . Aku boleh calm down lepas marah menggila hanya dalam masa beberapa minit sahaja. Try me.
  2. Tak suka postpone. Aku tak suka tangguh2 dalam melaksanakan sesuatu kerja. Sebab tu aku macam lipas kudung. Aku tak suka benda yang lembab.
  3. Berdikari. Agaklah. Ada perkara-perkara yang aku buat tanpa bantuan orang lain. Aku lakukan segalanya sendiri.
  4. Pemaaf. Aku jarang berdendam dengan orang dalam tempoh yang lama. Marah macamana pun aku, hanya di mulut. Di hati, aku tak simpan. Orang bantai aku kaw2 kat FB pun, aku diamkan aje. Aku maafkan. Aku tak reti nak marah lama-lama.
  5. Lembut hati. Mungkin lebih kurang sama dengan pemaaf. Tapi yang ni dalam konteks bila aku diperbodohkan atau orang buat aku macam sampah tak sampah. At first, orang tu layan aku macam hampeh, then kemudian dia macam baik2 semula, aku mesti langsung tak fikir dah apa yang dia buat kat aku. Ha, itu aku.
  6. Susah kata TAK. Aku tak sure ini kekuatan atau kelemahan . Orang kalau mintak tolong aku, tak kisah la yang melibatkan tenaga atau wang ringgit, aku susah nak kata TAK.
  7.  Penyayang. Ini aku mengaku. Aku kalau dah sayang, aku sanggup buat apa sahaja walaupun menidakkan hak aku sendiri. Walaupun terpaksa berkorban jiwa raga. Kalau dengan budak2 lagi laa.. I love kids, Kalau ada duit, aku tak kisah nak spend my money untuk diorang.
  8. Pentingkan orang lain. Pun sama, aku selalu letak diri aku no.2,3,4.. Orang lain, i put no.1.


 Rumusannya, satu perkataan untuk diri sendiri - COMPLICATED- 







# Serik? Sekian.




Bye!

 

17 October 2012

Kerana Hawa Manusia Kedua..

Assalamualaikum..


'Kenapa perempuan yang dah berkahwin, kena letakkan suami dia di tempat pertama? Sedangkan lelaki yang dah berkahwin, masih boleh meletakkan ibunya di tempat pertama? Kenapa laki boleh, perempuan tak boleh? Kalau macam tu, ibu2 mesti nak lahirkan anak laki je la... kan?'

Lately, soalan ini menerawang di minda aku.. Aku dah bertanya kepada 3,4 rakan.. Jawapan yang aku dapat.. ENTAH.. Ada yang cuba beri jawapan, tapi semacam tak yakin. Apapun, terima kasih.

So, aku ajukan soalan ini kat Kak Noriah, salah seorang ustazah kat sekolah aku. Aku nak tahu kenapa. Then dia bagi jawapan.. Even aku tak faham sangat.. Apa yang dia beritahu ialah...

' Benda ni sebab hal kedudukan kita sebagai kaum wanita. Sememangnya, kita yang kedua dibelakang lelaki. Kalau yuhanna tanya akak kenapa, akak tak boleh bagi jawapan. Cuma, apa yang akak boleh share ialah kedudukan wanita itu sangat agung sekali sehinggakan Allah letakkan darjat ibu sangat tinggi, Memang betul, wanita akan nak melahirkan anak lelaki sahaja kalau tahu diorang akan ditinggalkan nanti, TETAPI sebenarnya pahala kita menjaga anak perempuan kita , memberi didikan yang sempurna, sampai dia berkahwin dan menjaga pula mertuanya..selama itu kita akan merasa pahalanya..'

'Masanya akan tiba, Mungkin hari ni, Yuhanna pertikai, kenapa suami aku agungkan ibunya? Kenapa bukan aku? Sesungguhnya, jika awak berbuat baik kepada mertua awak, menjaganya dengan baik sama seperti ibu sendiri, Allah akan balas dengan benda yang sama bilamana awak dapat menantu nanti. 25 tahun awak jaga hubungan awak dengan mertua, maka Allah akan balas keikhlasan awak tu nanti selama 25 tahun jugak.. Ini contoh.. So sekarang ni, apa yang penting, awak kena ingat masanya akan tiba.. Awak berkelakuan baik dengan ibu mertua, walaupun awak rasa kenapa awak tak berada di tempat pertama, insyaAllah..Allah akan bagi ganjaran setimpal.. What you give, you get back..'

'Menjawab persoalan Yuhanna, satu sahaja ayat akak..kenapa orang lelaki boleh mengutamakan ibunya, sedangkan wanita yang dah berkahwin perlu meletakkan suaminya tempat pertama sebelum ibunya sendiri adalah kerana, sememangnya HAWA adalah MANUSIA KEDUA SELEPAS ADAM...'

So, ini jawapan akak tu kat aku. Sangat panjang lebar.. Ada yang aku tak berapa ingat.. Tapi, ayat last buat aku tertarik..Soalan ini, bukan aku ajukan atas dasar suka2.. atau tak puas hati sebab kenapa mak aku , aku kena letak no.2 lepas berkahwin.. Aku nak tahu kenapa aku kena buat macam tu? Atas alasan apa dalam Islam mewajibkan begitu. And aku dah dapat jawapannya..

Semoga nanti jika diizinkan Allah swt, aku mampu menjadi anak, menantu, isteri dan ibu yang baik kepada s keluargaku, keluarga mertuaku, suami tercinta dan anak2 tersayang... InsyaAllah..











# Wanita , kau istimewa.


Bye!

16 October 2012

Oh, Terima Kasih ~

Assalamualaikum..

Aku busy kemain minggu ni.. Start Isnin, aku rasa dah macam tak cukup jam. Entah apa yang aku sibukkan sangat. Ye, aku tengah struggle marking paper BM yang sangat aku benci, then settlekan PBS budak2 form 1, pastu kalot kena urus pasal budak nak pergi Festival Bahasa, pastu nak handle budak Form 5 lagi.. Hadoiii!! Ok, stop citer hal kerja. Sakit hati.

Aku dah janji kan nak hupdate hal yang menggembirakan 2 hari lepas.. ala..yang entry tergantung2 tu. muahaha.. Mengada ! Gelikkk! Ok2, actually, cuti lepas, hari Sabtu aku g Temerloh.. Anak murid aku tido kat rumah 2 malam. So, hari sabtu dorang ajak kuar..bawak dorang kua makan2,jalan2.. best lah jugak. terisi lah jugak cuti kan.. and hari Ahad pulak, plan dengan Mr.A..pun berjalan jugak. Mengada kan? Tak pandai penat.. Eh, aku bosan. Seminggu aku terperap kat Bukit Damorrr.. So, it's jalan style ! hehe.

Where are we going?  Yeahhh, my dreams ! BUKIT TINGGI weyhh! Aku kan dok tunggu nak pi sana. Setiap kali balik dari SP, kan lalu highway tu.. mesti je mulut muncung, mata melirik ke sana.. Bila la nak sampai.. And at last, hari Ahad tu.. waaa.. my dream comes true.. really true bebeh! Gilaa syokk!





Sebahagian pic yang aku snap. Actually banyakk lagi.. hee.. Best, Sini cantik, Tapi tak sejuk sangat. Aku sangat teruja.. Aku kan perak jakun. Hahahaa.. Apa pun sangat puas hati dapat jejak kaki sini. Macam tak percaya jerkk. even Mr.A cakap , ' elehhh..bukit tinggi je pun..' kehkehkeh. kejam!

Then, kitorang ke Genting Highlands. naik skyway. erkk. cable car. Pun best. Tapi tak main pape, sebab dah lewat pastu hujan plus tak plan apa pun.. Mr.A dah sejuk gedik2 dah.. style tak tahan sejuk. Hadoi! macamana nak pi korea ni? (korea sejuk kannn?) ekekekee..



Ada lagi gambar lain, tapi kan mcm bongok je blog ni..tak boleh rotate. aku kan bangsa pemalas. So tak payah je la.. Hahaha.. Biar simpan sendiri. Ermmm.. seriously aku sangatlah teruja. Sangat suka. Aku suka pergi jalan..tapi, suka dalam diam je la.. Sapa nak bawak pi.. i kan manje. hahaa..

Happy sangat bila impian termakbul. Dah boleh mark kat tepi wishlist. Hajat tercapai. Huhu.. And special dedicate my sincerely THANK YOU to Mr.A because bring me here and fulfill my wish. Mungkin kecik pada awak, tapi sangat besar pada saya. :)

Sangat happy... Hopefully, dapat terjah tempat lain pulak. And...the most best things is, Mr.A ni suka mencuba yang baru, and dia tak takut nak try pape.. Kasik redah jer.. So, aku yang macam takut2 berani ni hanya berada hiding at the back la.. haha.. Best, sangat best !!

TQ Mr . A











# Next trip --------------->>> BALI. huahuahua !!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...