12 May 2012

Diam.

Assalamualaikum..

Breakfast aku pagi tadi, 2 bijik panadol.Hambekkk.. ! kepala aku macam nak pecah. Sakit Ya Ampun.Tahu panadol tak bagus, tapi kalau tak makan, tak boleh kerja. Jadik macamana?

And, sini aku nak cerita perihal diri aku. Aku sangat mudah melenting. Semua orang yang dekat dengan aku, mesti tahu benda ni. Aku kalau marah, aku tak pandai sembunyi. Aku tunjuk. Tapi, sampai satu tahap, kalau aku rasa malas nak amik port, aku akan diam. Diam dan buat tak reti. Itu sahaja. Lantak sana.


Sekian.



# Kalau orang label aku garang, aku admit.



Bye!

11 May 2012

Hutang Wajib Bayar

Assalamualaikum..

Fuhhh... macam lama sangat tak menghapdate kan? huhu. Aku terlalu bz. Kelentong la kau Ayu.. haha. Ye, sungguh. Bz menguruskan perasaan, masalah dan segala macam kerenah di tempat kerja. Kadang-kadang rasa macam, ' boleh tak kalau aku tak payah langsung berfikir pasal orang lain? LANGSUNG tak payah?'
Jawapannya : TAK BOLEH. nak taknak kena jugak pikir. huuu..

Ok, mukadimah dah melampau. Actually, aku nak citer bab hutang piutang. Tapi, jap. nak citer sket tentang urusan nak posting ni.. Hewww.. cuak dowww.. Kawan2 ada yang dah pun dpt surat dari KPM. Yang dapat surat awal, semuanya ke SARAWAK. Aku mula taknak caya, tapi skali dah diupload gambar surat tu, takkan nak mengada tak percaya lagi kan? Maka, percaya aje la.. T_______T.  Cuak sangat. Kalau dapat Semenanjung, itu BONUS . Kalau dapat borneo, itu DUGAAN. heee.. REDHA.

Kawan baik aku, Izaini dapat Sarawak. Dia call tadi, nak menangis dia. Nangis dah aku rasa. Dia tak expect dapat sana. Ayat dia, 'Kalau hang pi jugak dengan aku tak pa la..' Alahai.. sabar ye kawan. Nasib aku pun tak tahu lagi macamana.. Huhu ^^ Nanti dah dapat surat, aku update lagi. Ya Allah, permudahkan urusan aku. Aku harap dapat semenanjung, sebab ada mak yang perlu aku jaga. Tapi, kalau memang rezeki aku di Tanah Borneo, aku pergi jugak..

Ok, jom citer pasal tajuk entry. Hmm, alkisahnya mcm ni.., Now, dah pakai no.baru. No celcom, subline dari no. Mr.A.. Beli no.baru, sebab nak sms nak call free. So, aku guna la tanpa waswas..Selalu on malam je, sebab siang i masih lagi setia pada maxis. ewah.. haha. Bila on malam, berpuluh la msg dari Celcom. Bapak banyak no2 yang dok miscall. Aikk? Hot Stuff sangat? Tak ada makna. Pelik aku.. Sehinggalah pagi tadi..ada la sorang pakcik ni call..

Pakcik : Hello, pak nan ada?
Aku : Encik, silap no.ni.
Pakcik : mana boleh silap. Ni saya nak cari adnan.
Aku : encik, ini no. saya. Saya baru je beli dari Celcom centre
Pakcik : Bila dia balik?
Aku : Encik, saya mana tahu . Dia tu pun saya tak kenal. Macam ni, no.ni saya baru je beli. Encik Adnan tu, dia dah tak pakai no. ni. Dia tukar no.la tu.. Saya tak kenal dia.
Pakcik : Eh, mana boleh tukar no. tak bagitahu. Dia tu berhutang dengan saya tu. Banyak. Haji dia tu. Projek ribu-ribu, lesap macam tu je. Dia nak tutup la hutang dia tu. Dah la haji, mana boleh buat gini..
Aku : ye ke? dia orang mana?
Pakcik : Orang Padang Tembak sana tu..
Aku : Ohh.. (padahal aku tak tahu pun tang mana, ahaahhaa)
Pakcik : hishh, takpe la, nanti saya nak pergi rumah dia.
Aku : Ye2 pakcik.. Ok la saya nak pergi kerja dah ni.
Pakcik : Terima kasih banyak ye.

Fuhhhhh, tengokkkk.. huhuhu.. pelik aku. Tak pasal je cerita En.Adnan ni dijaja..  Yang tak syok nya, orang pertikai pulak gelaran haji dia tu.. Alahai.. Hutang wajib dibayar. Waima seposen pun. Nanti dituntut.. Kalau dah tersebar cerita macamni, kan tak best? Tak pasal je..

So, mengingatkan diri sendiri jugak, setiap jenis hutang wajib dilangsaikan.. Unless kalau si pemiutang cakap,'takpe aku halalkan dunia akhirat..' eh, ye ke? Kalau belanja , macamana pulak kira?


Nabi SAW bersabda :-

يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين
Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38) 
 
 “Barang siapa yang mengambil pinjaman dengan niat melunaskan, Allah akan memudahkan pembayarannya dan dengan niat melesapkan, maka Allah akan membinasakan orang itu” (Riwayat Al-Bukhari)
 
 
 
 
 
 




# Sedang membuat list, segala jenis hutang aku dan mereka2 yang dibawah tanggungjawabku. Semoga dipermudahkan urusan, dapat bayar hutang cepat-cepat. Amin..



Bye!

09 May 2012

Kenapa Mesti Aku?

Assalamualaikum..

Kenapa mesti aku yang diuji?
Kenapa mesti aku yang diduga?
Kenapa bukan mereka?
Kenapa??














# Sekarang memang betul, dari dulu aku masih sendiri.


Bye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...