10 February 2012

Aku ada masalah dengan orang yang suka mungkir janji !

Assalamualaikum.

Bahasa mudah untuk tajuk entry di atas adalah penipu. Itu sahaja. Aku memang ada masalah dengan orang yang menjadikan perbuatan berjanji itu as a hobby. Lepas tu menggelabah tak pandai nak tepati. Damn!.
Berjanji ni bukanlah benda yang remeh. Aku tak marah kalau hanya setakat cakap-cakap kosong je. Tapi bila dah sebut perkataan 'janji' bersungguh-sungguh depan aku, last-last tak mampu nak tunaikan, memang aku marah ! Sebab apa?


" Berjanji itu harus ditepati dan melanggar janji bererti berdosa. Bukan sekedar berdosa kepada orang yang kita janjikan tetapi juga kepada Allah."


Ini sebabnya. Tak pasal dok tambah dosa kering ! Kalau dah tahu tak mampu nak tepati janji, jangan beria sangat lain kali. Sakit hati aku !

Memang aku bermasalah dengan orang macam ni. Pagi-pagi lagi dah naikkan darah aku. Lepas tu tak pandai mengaku salah sendiri. Nak letak lagi atas kepala aku. Sial. Aku paling benci manusia macam ni. Hoi! Kau terang-terang salah kan?? Dah kenapa nak buat macam aku pulak yang salah?

Al-kisahnya? Tak payah lah nak cerita sini. Cukup aku bagitahu, ada hamba Allah ni berjanji dengan aku, beria-ria sangat dia, at last mungkir janji. Ok , aku diamkan. Tak apa lah. Then, aku tak perlu marah ke ? Aku bukan baik sangat penyabar segala. NO ! Sakit sangat hati. Then, selamba badak nak sound aku balik macam salah tu berpunca dari aku. Geramnya lah  !

Itu kisahnya.. Ok la, puas dah aku boleh lepaskan kat sini. Aku tak maki tak apa kepada si pemungkir janji itu. Malas. Aku pilih untuk diam sebab aku tahu setakat mana kemampuan kesabaran aku. Kalau aku bersuara, nahas rasanya.



Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu membatalkan sumpah-sumpah itu, sesudah meneguhkannya, sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai saksimu . Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu perbuat. (QS. An-Nahl : 91)



# Untuk si pemungkir janji - Maaf, sorry anda tidak laku. Jangan minta maaf pada aku, minta maaf pada tuhan.


Bye !

Terukir Di Bintang - Yuna

Terukir Di Bintang  


Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…

Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…

Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu

09 February 2012

Susahkan Kalau Hati Dah Sakit ..

Assalamualaikum..


Aku seboleh-bolehnya cuba sedaya upaya untuk mengawal hati sendiri supaya tidak disakiti oleh orang yang tidak pernah tahu menghargai..


Susah jika hati sudah sakit. Sangat susah untuk diubati. Dengan apa cara sekalipun. Maka, oleh yang demikian, aku cuba untuk tidak membiarkan hati ini sakit kerana menyembuhkannya bukan semudah yang dijangka.


Tapi, andai hanya aku yang berusaha untuk menghindari dari disakiti, mampukah aku?


Jangan biarkan ia sakit ! Kerna bila hati ini disakiti, mungkin ia akan terus mati . 
Dan bila hati ini mati, tiada lagi yang boleh mengubati.


Kepada mereka yang sentiasa menyakiti hati ini, terima kasih aku ucapkan. Terima kasih kerna tak pernah tahu menghargai.. Terima kasih kerana mengajar aku untuk menjadi kejam dan terima kasih kerana menjadikan aku seorang pendendam.







# Tiada istilah 'touching' dalam hidup aku. Sekian.



Bye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...