28 May 2013

Cakra Khan

Assalamualaikum..




Cakra Khan – Harus Terpisah

Sendiri, sendiri ku diam, diam dan merenung
Merenungkan jalan yang kan membawaku pergi
Pergi tuk menjauh, menjauh darimu
Darimu yang mulai berhenti
Berhenti mencoba, mencoba bertahan
Bertahan untuk terus bersamaku
Ku berlari kau terdiam
Ku menangis kau tersenyum
Ku berduka kau bahagia
Ku pergi kau kembali
Ku coba meraih mimpi
Kau coba ‘tuk hentikan mimpi
Memang kita takkan menyatu
Bayangkan.. bayangkan ku hilang, hilang tak kembali
Kembali untuk mempertanyakan lagi cinta
Cintamu yang mungkin, mungkin tak berarti
Berarti untuk ku rindukan
Ku berlari kau terdiam
Ku menangis kau tersenyum
Ku berduka kau bahagia
Ku pergi kau kembali
Ku coba meraih mimpi
Kau coba ‘tuk hentikan mimpi
Memang kita takkan menyatu
Ini harusnya kita coba saling melupakan
Lupakan, lupakan kita pernah saling bersama
Ku berlari kau terdiam
Ku menangis kau tersenyum
Ku berduka kau bahagia
Ku pergi kau kembali
Ku coba meraih mimpi
Kau coba ‘tuk hentikan mimpi
Memang kita takkan menyatu





BYE

27 May 2013

Kursus Kahwin

Assalamualaikum,,


Laaaaaaaaa.. dah berdebu ! Seminggu kot tak jenguk. Hahahha.

Nak story apa ye? Emm.. Ok, kursus kahwin. The latest activity aku buat. Semalam and dulu semalam. 25 and 26 hb. Ye kat Sp. Ye, pegi dengan tunang.

Tak yag cite la dia cita apa. Tapi, not bad. Banyak ilmu. Lawak pun ada. Best. Just, macam terlalu lama. Haha. And tak cukup takat tu actually. Kau kena banyak study sendri. Ingat senang nak kahwin macam makan cornetto??

And yang paling best, bila mana kita tau banyak sangat apa yang kena ada dalam rumahtangga. hak kita sebagai suami/isteri. Sebelum ni, tau .. tapi tak sahih. So, dah bukak sikit minda ni.

But,

Kat Hasani ni... perempuan kena naik tangga lain, laki naik tangga lain..Tapi bertembung jugaklaa.. Jadah apa laki dok tunggu kat tangga tempat perempuan naik. Sebab toilet laki kat pintu masuk untuk perempuan. Tak salah laki tu.. Just aku rasa macam sangat batak ! Hahahahaha. Macam laki2 tu cakap dalam hati, ' Pompuan ni mai kursus kahwin, gatai nak menikah letewww..' Hahahahhahahaha. Padahal dorang pun berada dalam dewan yang sama jugak. Tapi, aku rasa sangat batak. !

Sekian.



# Pergi kursus kahwin, bukan nak kahwin sangat2 dah. Dont Judge !


Bye!

23 May 2013

Setahun sudah..

Assalamualaikum..

23 May 2012- 23 May 2013

Memang sangat2 keramat tarikh ni. Aku rasa ni lah tarikh paling berkesan dalam hidup aku melebihi tarikh aku bertunang. Muahahahaha. Tarikh ni la menyebabkan aku jadik orang sikit. Haha.

Setahun lepas, pada tarikh ni aku dihantar oleh Mr.A ke PPD Temerloh Pahang untuk melapor diri . Maknanya hari pertama berkhidmat sebagai guru kerana gaji aku dibayar bermula pada tarikh ini. Aku pernah citer kat sini  betapa susahnya aku nak sampai ke Temerloh ni.. And tambah susah bilamana aku terkontang-kanting sensorang kat bumi orang ni.

Tapi, aku gagahi jua. Aku tak bernasib sebaik orang lain. Mak ayah datang tunggu sampai settle segala mak nenek urusan. Heyyyyy, i'm a very big girl ok. Yelahh tu.. Nak menangis jugak aku punya cuak. Kau bayangkan aku TAK KENAL SESIAPA pun. Kawan2 USM aku ada la, tapi dorang jauhhhh ! Tak ada yang sama daerah dengan aku.

Alhamdullilah, Allah Maha mengetahui. Dia permudahkan urusan aku. Aku jumpa Nadia dan keluarganya yang Maha baik. Syukur. Tak terbalas budi mereka. Sumpah baik ! Saat menaip ni pun aku nak menangis betapa aku sangat2 menghargai mereka2 semua.

And, special Thanks jugak kepada Mr.A .. Tunang saya. (kena mentioned, kang dia kata lupa status) haha. Orang yang bertanggungjawab menyediakan saya fizikal dan mental. Serious mental masa nak kena lapor diri kat sini. Susah hati sampai tak makan. Haaaaa... Dengan barang2 apa pun tak ada. Duit lagi laaa. nama je kerja. Cukup takat tampung diri bulan2 je laaa.. Saving?? Jangan harap ! Beliau lah yang tolong aku bertungkus lumus. Fikir cara nak pastikan aku sampai melapor diri dengan selamat. Walaupun meninggalkan aku seawal jam 8 pagi kerana kena attend meeting pastu.. Kesian tak cukup tidur. Kepada awak, TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA .. Budi awak, kahwin nanti saya balas. Boleh? ahahahaha.

And kepada mak aku, yang datang hantarkan aku sampai di Kajang. Tak boleh ikut sampai ke PPD. sebab susah nak balik. Terima Kasih mak.

Dan... kepada kawan2 yang mendoakan aku..Ain, Pishah.. aku nak belanja korang. Tak terbelanja lagi. Bila taktau. Mai la balik. Kita keluaq bersama ... Ingat lagi waktu meroyan kat FB. hahaha. Time tu keja kat cc. Setiap hri dok merintih. Depa ni la dok bagi kata semangat. Thanks ! ( kalau hangpa tak ingat tak pa, aku ingat) hehe.

Kepada warga SMK BUKIT DAMAR yang sangat membantu perantau ini.. terima kasih kalian. Susah payah tolong aku. Permudahkan urusan aku. Thanks Naveen, Nadia , and semua laaaaa...

Lastly, syukur alhamdullilah.. Aku masih lagi mampu menabur bakti di sini. PAHANG. Aku pilih untuk berada di sini. Aku terima dengan lapang dada. Rezekiku di sini. Semoga terus mampu berjuang memberikan ilmu kepada anak2 didikku.. 35 tahun lagi woi ! haha. Aku amik skim pencen 60 tahun. Memang wajib kan sekarang?? haha. Ok, aku nak gerak balik SP ni... semoga panjang umur dan murah rejeki. eekekekeke.

 SEBELUM dan SELEPAS

tak berubah kannn? haha..


# Itu sahaja, SELAMAT ULANGTAHUN PERTAMA , Yuhanna !


Bye students ! Eh?



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...