02 April 2013

Bagaimana kita ?

Assalamualaikum..

Hai peeps. 2nd day of April. Time flies too fast right? Tak sempat bernafas pun rasanya. And it's been  two weeks aku bergelar tunangan orang. Perbezaan? Mungkin pada status. Tapi aku masih sama. Ayu yang dulu. Yang gila. Yang pemarah. Yang kuat melenting. Yang sensitif. Yang tegas. Yang kuat merajuk. And paling penting Yang hipokrit menyembunyikan segalanya like everything goes well. Yes, aku sangat bijak menyembunyikan segalanya. Aku bukan jenis meluahkan dekat orang sebarangan without any prejudice. Aku hanya bercerita kepada mereka yang benar2 aku trust. Itu sahaja.

And bila bercerita mengenai hipokrit. Actually aku bukan sengaja pilih untuk jadi seperti itu. Penat berlakon . Penat berpura-pura macam segalanya baik sahaja. Sangat penat. Sampaikan satu tahap, aku dah tak mampu ketawa lagi. Tapi, apa aku mampu buat? Kalau aku luahkan segalanya.. nescaya takkan ada satu manusia pun yang akan terfikir seteruk ini kah kisah kau Yuhanna? Ya, teruk. sangat. Tapi, biar aku pendam seorang diri. Kerana hampir 12 tahun aku memendam segalanya seorang diri.

Kadang-kadang, bila terasa sangat lesu, hati jahat ini terdetik.. kenapa Dia duga aku teruk sangat macam ni? Kenapa aku? Kenapa bukan orang lain? Pernah aku fikir macam ni.Selalu. Kenapa aku yang kena tanggung dugaan teruk macam ni? Aku tak kuat mana. Walaupun ada yang cakap pada aku, kau terlalu kuat Yuhanna. Kalau aku, aku tak tau macamana hidup aku. Ya, kuat luaran. Dalaman?

Apa masalah aku? Bukan sini tempatnya untuk aku bercerita. Aku hanya mengadu domba di sini. Meluahkan apa yang aku rasa. Bukan meluahkan apa yang aku tanggung. Kerna aku dah tak tahu nak bercerita pada siapa, dengan cara bagaimana. Setiap kali usai solat, aku mengadu pada Dia. Semoga Dia mendengar. Entah sampai bila..

Susahnya aku bilamana aku terpaksa menanggung segalanya yang tak sepatutnya aku tanggung. Aku terpaksa jalani segala keperitan hasil kesilapan orang lain. Ya, ada sedikit kekesalan terpancul dalam diri ini. Tapi, aku siapa? Apa yang aku boleh buat. And noobody cuba untuk memahami apa yang aku kena tanggung. Tak ada. Yang ada, hanya mereka yang menghentam terlalu teruk mengatakan segalanya berpunca dari aku. Salah aku. Tak kena itu dan ini. Itu sahaja. Sampai bila mereka akan sedar? Tuhan,  tolong aku.

 Kau pernah rasa macamana kehilangan tempat bergantung seawal usia 5 tahun? Ye, itu takdir aku. Allah bagi dugaan itu kepada aku. Supaya aku kuat seperti sekarang. Tapi, aku tak mampu sebenarnya untuk terus berjuang seorang diri. Aku terlalu letih. Izinkan aku hidup bebas. Pergi melupakan segalanya, hidup seperti orang lain walaupun tak sesempurna mana. Tapi bila?

Saat ini, apa yang ada dalam diri aku.. adalah kesedihan. Sedih sangat. Yang aku pendam segalanya sendiri demi membahagiakan orang lain. Tak mengapa, Allah itu ada bukan? Inilah manusia, bila susah baru ingat Dia. Ampunkan aku.

Kesat air mata Yuhanna, pandang depan, dan teruskan langkah dengan senyuman. In Shaa Allah.

Aku tak minta simpati sesiapa. Ini luahan rasa aku. Yang mana aku kongsi hanya dengan mereka yang memahami. Semoga kalian terus memahami. Terima Kasih.






# Yang aku percaya, Allah takkan uji umatnya kalau ujian itu tidak mampu ditanggung oleh mereka. 




Bye !

30 March 2013

Tak macam biasa :)

Assalamualaikum..



Jom tengok sikit macamana lepas engaged ni

Hahaha.. Poyo?

Haruslah.

Memang lebih dari biasa aku rasa.

Kalau tak before this, pesan jugak.

Tapi, ala kadar jer.

Cakap banyak tak guna.

Nah.



   





# Alololololo...... ;p




Bye !!

29 March 2013

Ada jugak orang mau. 24Mac2013.

Assalamualaikum..

Hoihhhhhh.. PANAS ! Sungai Petani, panas berdengung !! Aku bukan merungut ke apa, aku menyatakan apa yang terjadi di SP sekarang. Memang sangat2 panas sekarang ni.. Tak hujan langsung. Aku ni demam, kebah, demam kebah. Bangsa antibodi tak kuat. Nasiblah.

Ok,sebab lama tak hupdate, jom lah aku citer sikit. Nak kata excited sangat, tak jugak. Aku biasa je. Masih ayu yang dulu. Masih sama. Cuma status dah bertukar sikit kot. Belum Puan, masih Cik.

24 Mac 2013, bersamaan Ahad hari tu.. Hari di mana berlangsungnya majlis pertunangan aku. Bukan tak happy, tapi aku penat sangat2. Bayangkanlah, Jumaat baru balik, Sabtu sampai. Ahad dah majlis. Dah lah aku menguruskan segalanya. Bayangkan ! Tapi, takpela. Puas hati sebab tak harapkan orang. And aku rasa the event goes well.. Alhamdullilah.

Segalanya dah diatur, tinggal lagi nak pickup the things like hantaran, and tunggu masa kejadian je la. Kawan-kawan banyak membantu. Sis Intan, Athirah,Yati Ainul, Ina and anak2 murid aku yang dua orang tu.And my family members. Thanks to all of you.. Diorang sangat membantu.

Around 540 pm macam tu, keluarga pihak lelaki sampai. Bincang2, then they called me. Keluar bilik. Aku macam.. hah? Now? Why now? Haha. Nervous tak payah cakap. Tapi bad mood jugak, sebab demam and sakit tekak. Damn it. Even malam tu dah pergi menghadap doktor. Still sakit. Tahan je la. Pity me !

After sarung cincin, by Mr.A's mother, salam2.. then jemput diorang semua makan. Majlis aku simple je. Sikit je orang. Aku tak rasa nak heboh 1 dunia. Kalau boleh taknak jemput siapa2 pun. Tapi mana boleh kan... So, cukup la siapa yang ada. Yang tak dijemput, maaf. Nanti kahwin, aku mesti jemput. Kalau korang rasa aku masih kawan korang la.

So, itulah dia. Lepas keluarga Mr.A pulang, sesi bergambar. Layankan aje. Jom layan. Cite banyak pun tak da makna.
















Ok laaaa.. Dah lah yeh.. Banyak2 kang, macam hover sangat.Nanti kahwin pulak.. Tu pun kalau.... Eh, tak ada pape..  K, Take care !




# Tengah bengang sangat2.. Sebab tu update macam tak ada perasaan. Huhu. Lantak lah. Aku kalau dah mula menyampah, jangan harap la aku nak ok dah. Saya masih punya PILIHAN. watch out!



Bye!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...