21 March 2013

Nyata Berbeza

Assalamualaikum..




Cuti sekolah kali ini, nyata berbeza. 

Sangat berbeza dari sebelum2nya.

Bermula dari sekolah,

Sampai masuk USM,

Sehinggalah sudah bekerja sekarang,

Nyata cuti sekolah kali ini akan menjadi

Sangat Bermakna

Sangat Terasa

Sangat Digeruni

Sangat Ditakuti  

Semoga Allah bantu aku,

Bantu KAMI semua..

In Shaa Allah..




# Malam terakhir tidur di asrama sekolah tanpa sebarang STATUS.




Bye!!

19 March 2013

Apa motip ??

Assalamualaikum..

Aku nak cite satu cite sini. Baca yeh. Haha. Lawak sebenarnya . Aku pun tak faham sebenarnya apa yang berlaku. Nak kata aku pergi menggedik sana, aku rasa aku kenal aku macamana. Tapi entah lah. Manusia ni pelik..

Al kisahnya,minggu lepas, aku hantar student aku ke Klinik dekat sini la.. klinik mana? Dirahsiakan. Haha. Disebabkan kawasan sini macam kawasan desa kan, so tak ada la doctor nak standby 24 hours kat situ kan. Kau kena pergi, kalau pegawai perubatan tu takda, you need to call him. Nak dapat mana no.telefon dia? Ok, memang dia da letak besar godang kat depan pintu situ. So, YOU HAVE TO CALL him. Have to ok,

Then, aku pergi that day memang dah lewat pun. So, kena call. Call je la tanpa ada sebarang intention lain. Cepat2 bagi anak murid aku dapatkan rawatan, then blah la balik. Itu sahaja hajat aku. Ikut aku, malas langsung nak pergi sana. tapi, kang jadik pape kat budak ni???

Aku perasan jugak, at first mamat tu tengok aku, dia macam terkejut. Mesti dalam hati dia, 'mana satu cikgu ni.. Tak nampak macam cikgu pun..' Tapi who cares? Aku buat bodoh je.Aku hantar budak aku, then aku duduk je la tengok and tunggu. Tak sembang pun. Malas. Aku penat time tu. So, diam je la.

Then dah settle semua malam tu, balik lah kami.. Aku pun tak expect apa dah la. Tak ada la aku nak text dia ke apa. Apa kes nak text bagai ye dop? So.. aku rasa macam we're dissmiss there. Kan? What else..

Tapi, just now, i get a message .. Guess .. From who ? Yes, Pegawai Perubatan tu tadi. Aku malas panggil doktor. Sebab aku tengok jawatan dia, Pegawai Perubatan. He text, ' Hi cikgu.. sihat?'

Haaaaaaa.. Memang macam tak ada pape kan. Tapi, motip? Apa hal lak tetiba msg aku kan? Maybe saja nak bertanya khabar. Tapi macam tak rasional. And aku tak reply pun. Bukan sombong, Tapi bila pikir semula, kalau reply.. dia akan jadik panjang. Mana tau dia dah kahwin ke apa kan.. kalau la aku reply, walaupun sepatah, tetiba his wife baca ke apa.. Mesti aku yang kena balik. Walaupun aku cakap aku tak tau, Dia yang msg aku dulu.. Hoiihh,, Tak ada perempuan yang nak terima alasan macam ni.

So, aku pikir, lantak la sana.. Malas aku layan. Sebab tak ada yang penting pun.. Tapi lepas ni mesti aku dah macam segan nak ke sana kalau ada anak murid aku sakit. Ada la perasaan tu. Entah kenapa dia text aku.. Pelik..

So, itu sahaja. Terkadang tak paham dengan manusia. Memang bukan isu besar. Tapi..kalau melayan, mesti jadik besar kan? So, baik dok diam-diam kann?



# Kalau dah kahwin, jangan menggatal. Kalau belum, pun jangan menggedik.



Bye !

18 March 2013

Pelik lah kau !

Assalamualaikum..

Waaaaaaaaaaaaaa.. Isnin today. Malas. Malas. Malas. Tapi pergi jugak sekolah walaupun mata aku sebelah je terbukak. haha. Aku sampai dari SP lewat malam semalam... So, tak cukup tido ! Selamat 3 clz je.. huu

And apa nak share today? Ha, jom melaser sat. Aku tak paham dengan orang ni kengkadang. Aku pun suka melawak jugak. Tapi, tak la all the time nak melawak bodoh. Bertempat babe. Kalau kau rasa orang tu serious, tolong la serious. Tah pape je kannnn...

Bila kita menyampaikan sesuatu yang serious,walaupun dalam keadaan yang melawak, kita mesti expect orang tu terima benda tu dengan serious lah kan? Sakit hati rasanya bila kita bersungguh, tapi dia macam hampeh.

Aku tak boleh blah dengan manusia macam ni. and menyebabkan aku jadik serik untuk share apa sahaja dengan orang macam ni.. Pelik la kau. Semua benda nak melawak. Pastu, kau cuak kan bila aku laser sekali. Haa.. hamekk.

So, itu sahaja. Ini memang belog aku. Maka, suka hati aku la nak taip apa pun. Suka baca,tak suka jangan gatal-gatal search/taip www.cakapbanyaktakguna.blogspot.com. Sekian.




# Kurang dari seminggu je lagi. Hadoiyai.



Bye !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...