02 December 2012

Saya ada Kakak Tiri

Assalamualaikum..

Muahahaha.. tajuk tak leh blah. Ko gila ke ayu up entry tajuk gini? haha. semalam hari mendung. Aku rasa hari ni dah berarak kot mendung kelabu tuh.. Hopefully.

Today, mari kenali kakak tiriku.. Aku ada seorang je kakak. Which is kakak kandung. Yang aku nak citer ni bukan kakak kandung. Tapi kakak tiri. Haha. Tak la.. Kawan aku, sahabat aku yang aku anggap macam kakak aku sendiri.. Siapa dia?

Intan. Kak intan aku panggil. Senior aku masa di USM dulu. Masa aku 1st year, dia dah last year tak silap aku. Sebab tu aku panggil dia kakak. Huhu. Dia jiran bilik aku. Masa awal dulu, huishhh kerek ni.. haha. Aku la. kehkehkeh. Eleh, dia pn sama. Kan tak kenal. pastu, aku ni jenis kalau jalan , jgn harap nak tengok2 orang. Nak senyum pn tak rasanya.. Bukan sombong.Aku memang macam  tu.


And lama-kelamaan, dah mula la sembang2.. Sebab aku baru tahu, Intan ni orang SP. Hoihhh! SPrianss.. kehkehkeh. Ada sikit assabiyah la kan? Then, ada jugak la kami keluar makan sama, lepak sama.. macam2 laa.. Tapi, aku tak la rapat sgt time tu, sebab dia ada ADIK lain. hakhakhak.. So, siapalah kita kan? ekekeke. Intan, dun angry ! haha.

But now, everything has changed. Aku pun tak tau. Benda ni tak dirancang. Bukan macam, 'kak intan, jom kita rapat?' NO. tak dirancang. Tetiba, tau2 macam dah rapat.Aku senang share everything dengan dia. Segalanya aku cerita.. And kami macam ada keserasian, entah kenapa.. Mungkin latar belakang sama. Apapun, aku bersyukur dipertemukan dengan dia. Seorang kakak, seorang pereka design, penasihat imej, Kaunselor, Dr.Love jugak, and segala macam lah..

Untuk kak intan yang disayangi, I love you as my sis.. Thanks a lot sebab sentiasa ada dengan i, even kita jauh.. Sorry kalau i dah banyak menyusahkan u.. Bebankan u dengan masalah2 i.. Sorry :(

Semoga u sentiasa happy dengan kehidupan u skg.. I always pray for ur happiness.. I will. Dan semoga segala derita yang kita tanggung, akan berlalu pergi.. Allah maha mengetahui.. In Shaa Allah.. :)



Inilah dia kakak tiriku.. hehehe
(Cdt pic : FB. sorry u :p)











# Orang baik dengan kita, kita buat apa? Balas balik la. :)




Bye peeps!

29 November 2012

Happy Birthday Ayu

Assalamualaikum..

Hai ! Yeah, today is the day. Save the date pelisss.. Hakhak. Gila poyo. ye, hari jadi aku hari ni. 29 November 2012. Syukur.

So, apa yang berlaku hari ini? Hewhewhew.. Tak ada apa sangat. Tak ada supriseeeeeee! No. Because I hate suprise.So, padanlah kan. haha

Tapi, tadi pagi aku pegi hantar keta aku kat Honda Service Centre. Pergi dengan Mr.A. Lepas tu, Mr.A kata nak bawak pergi jalan. Ha, yelah. Nak bawak pergi jalan. tapi dia tanya kita. Nak pergi mana. Hoihhh! Hangin. Aku benci soalan tu, bilamana aku tak rasa aku nak jadi decision maker. Akhirnya, hadap la muncung aku ditarik sepanjang perjalanan. Muahaahaha.

Then, kitorang ke Amanjaya Mall. Birthday girl, nak tengok cite ape? Haruslah FARID KAMIL my dear. hahahaa. Aku dok tunggu Lagende Budak Setan 2 'Katerina' ! Slow ke , apa ke, nak tengok jugak. Movie pukul 2.10pm. Mr.A ajak pi makan. Aku tak lapar sangat. Tapi bila pikir, bila lak nak makan, so, here we go. Kitorang makan dekat Kopitan Classic. Ala-ala oldtown white coffee la pun..

Aku makan fish and chip blackpepper sauce, fresh orange, and banana split as dessert. Hoverr tau besday girl. hahahaa.. Overall tak sedap langsung. Fish dia bapak keras. Mr.A pun makan benda sama, tapi dia punya sauce mushroom ke apa. And vanilla shake dia macam ok je.

Tengok wayang. Feeling okeh. Aku marah Mr.A. Dia tau nak tido je. Hoihhh, mahai kot tiket. RM11. So, wajib bukak mata tengok. Haha. Stail paksa. Nasib ah.

Then, aku paksa mr.A beli hadiah. Hahaha. teruk kan? Then, he gave me.... something like music box. Ada bunyi. Comel. :) Thanks a lot sayang. hewhewhew..

He told me, 'i dont know anything.. Apa pun tak pandai.. Nak buat suprise, nak celebrate apa pun taktau..'
Takpa la awak.. Saya tak expect yang tinggi2. At least awak tak lupa. And spend a lil bit time with me. :) Thanks,

Maka, itulah dia.. Hari ini, Hari aku. Dan inilah dia untuk hari ini. 1st time sambut birthday dengan Mr.A .. 'Oh begini....' ;p Walau apa pun, terima kasih yang tak terhingga atas segalanya. Kepada kawan2 yang wish, thanks a lot jugak. May Allah bless us forever and always.. Amin.

Nak tengok dapat apa? Ini dia.. haha. sweet. :p









Bye peeps !



# umur saya, 25 tahun mulai sekarang. ^^

28 November 2012

Officially, 25 years old.

Assalamualaikum..

Ehem..Ehem..Ehem.. Tajuk entry bapak poyossss.. muahahaha. Haruslah kan. I memang poyo pun.. Ermm.. Diam tak diam, esok 29 November 2012. Yeah, the day has come. My born day. Haha.. And aku dengan rasminya menjawat umur sebanyak 25 tahun. Huuu.. 25.. satu angka yang besar.

Dan dalam pada itu, aku amat bersyukur kerana dipanjangkan umur sehingga ke angka ini.. Selama tempoh ini. Walaupun pernah aku rasa semacam give up dengan hidup. Dugaan, cabaran, satu persatu menjengah.. Terkadang, aku tewas.. Tapi, Allah itu Maha Mengasihani.. Dipanjangkan jugak usia ini, walaupun aku kadang-kadang sampai terfikir, 'lebih baik mati'..

So, untuk usia yang sebegini...sememangnya terlampau banyak perkara yang aku fikirkan .(walaupun taknak,aku kena hadap jugak) ... Tentang family aku, tentang kerjaya aku, masa depan aku, hati dan perasaan aku... Segalanya.. Puas aku fikir, satu persatu.. Sampai terkadang rasa macam tak mampu lagi dah..

Tapi aku gagahi jua. Sepanjang 25 tahun aku hidup ni.. bermula umur aku 13 tahun, seingat aku, aku sudah mula memikirkan tentang orang lain.. Hidup aku, untuk orang lain.. Dan sehingga hari ini, tak ada seorang pun yang betul2 memahami aku.. Tapi, siapa aku nak request suma tu? Aku pun tak boleh nak faham semua orang. Cuma, aku hanya mampu memberi segalanya yang aku ada.. Semua. Sampai tak ada lagi yang tinggal untuk aku.

Yang ada, hanya kesakitan. Itu aku dapat. Kadang-kadang, kita harap orang ni macam ni.. Tapi, kita kena sedar orang tu tak boleh jadi macam apa yang kita nak.. So, dok la diam2.. Jangan mengharap lagi.. Sadis bukan? Tapi, itu lah kehidupan aku selama ini.. Maka, dari itu aku bangkit.. melawan segalanya.. Yang ada dalam kepala aku sekarang, bukan lagi orang lain.. tapi diri sendiri..

So, untuk ke 25 tahun ni.. tak ada apa yang special. Aku tetap macam ni. Yuhanna yang seorang diri.. :) Dulu, masa couple zaman-zaman study dulu, ada gak la merasa hadiah dari ex.. haha.. Thanks to you .. Zaman muda2 dulu.. Kan mengada.. hahahaa..

But now, dah besar godang.. Nak mengharap apa lagi? Tak ada. Seriously. Aku sedar kedudukan aku di mana. Tak apa la.. Cukup Allah bagi aku kesihatan yang baik, hati yang tak pernah sampai nak menzalimi, menyakiti hati orang lain, itu sudah cukup. Hadiah terindah daripada seorang kekasih ABADI dan SEJATI..

Jadinya, untuk kali ini.. doaku hanya satu. Allah kuatkan hati aku lebih lagi dari sebelum2 ini untuk menempuh segala-galanya.. Saat aku jatuh, aku berdiri sendiri.. Saat aku sakit, aku ubati sendiri, saat orang menjauh, aku menyendiri , saat orang tolak aku ke tepi, hanya peduli bila ada bnda nak dicari , aku menghulurkan bakti.. dan saat aku dibuang sepi, aku mampu bangun berdiri... Kuatkan aku untuk kesekian kali ini YA Allah...

Kepada yang sama-sama sambut birthday sama tarikh macam aku, SELAMAT HARI LAHIR...Semoga kalian juga diberkati dan dilindungi oleh NYA...Amin.




 



 


HAPPY BIRTHDAY To ME ~










Bye!







# Dah setahun lebih belog aku ni sebenarnya, sebab aku pernah update entry birthday aku yang ke  24 before this. Hewwww..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...