Heh. Sengeh jap ek. Aku penat sangat nii.. Bencinya laa kena buat kerja atas marble sejuk macam kat umah ni. Sandar kat dinding yang cat kapur pastu abeh putih baju kat belakang. Siot. Haha. Nak mengeluh sangat pun, rumah orang. Eh, tak2. Aku bersyukur. Rumah ni selesa lah jugak. Ok, stop mengarut .
Aku tengah update data murid tadi.. Awalnya update Fail PBS budak yang menyemakkan kepala dan hotak. Gila babs punya banyak ! 2 subjek, 3 kelas. Alamak aii.. Azabnye laaa.. So, buat pelan2.. Then setel, ingat nak mark paper PBS Sejarah. Tetiba mood kelaut. Langsung aku tolak tepi. Update data budak sambil layan lagu Muara Hati Siti ft. Hafiz. Gila bessstt! My ringtone right now. hewhewhew..
Nak tido dah ni.. Tapi aku nak update sket.. Ermm, bila dok buat kerja menimbun2 ni.. Kadangkala aku rasa otak aku dah tak mampu nak fikir benda lain. Ke memang aku jenis yang tak boleh buat 2,3 kerja dalam 1 masa? Eh, boleh je makan sambil baring? Hahahaha. Bapak malasss! Tak2, serious2. Ermm.. aku rasa aku boleh buat 2,3 kerja dalam 1 masa. Sebab aku jenis kalot. Semua benda aku nak cepat. Pastu, kuantiti je dapat , kualiti kelaut ! Haishhh!!
Bila bercakap hal ni, aku sebenarnya nak share something tentang orang2 yang aku rasa macam..'wowww, macamana kau boleh buat banyak kerja wehh? tak penat ke??' Iye, kawan aku.. Dia ni sama posting dengan aku. Tapi dah proceed untuk master. Tengah start la ni.. So, macam hari2 dia akan pack la after this. Hari Jumaat dia terpaksa rushing pergi U, untuk kuliah petang tu dan esoknya sabtu. Ahad balik and dia ni ada cikgu tuition di tuition centre. Hebat kan??
Dia pernah citer kat aku,24 jam dia sehari2 sentiasa padat. Dia hanya ada masa mandi, makan dan tidur pun kadang2 3,4 jam sahaja. Hoihhh.. Balik sekolah, dia tak dapat nak tidur macam aku. Dia perlu kerja n kerja. Aku cakap la, kau tak penat? 'I've no choice' - jawabnya.. Ye ke? Aku tanya. hahahaa. Mulut jahat. Dia bukan la miskin sangat. Ada je 2,3 kereta. Family ok. Tapi mungkin dia nak achieve smething dalam hidup dia kan? Who knows..
Tapi aku memang salute lah.. Cumanya, kalau aku di pihak dia, aku mesti tak sanggup. Sebabnya, kita baru nak adapt dengan persekitaran baru. Pastu, nak kena discover new surroundings lagi.. Alamak aiii.. Penat der. Tapi dia ni macam kental gila. hehhee.. Bila aku fikir2 balik..Aku rasa macam, 'alaaa,nak kejar apa sangat lah? Macam tak ada life pulak.." haha. Ayat pemalas , gini lah..
But, when u think deeply on the other side, betul what? Kita terkejar2 itu dan ini, at last kita macam left something behind.. Which is so bad and tak syok aku rasa. Tak enjoy , terbatas and NO LIFE at all. Unless, kalu memang pilih life kau macam tu, But for me, aku bukan jenis macam tu. Aku nak life aku full of excitement. Aku nak ada masa aku boleh buang masa buat benda2 yang aku suka, which is tak la selalu.. Mungkin sekali sekala..then aku tak push diri aku untuk benda2 yang aku rasa tak mampu..
Sekarang muda, memang kena pulun semuanya. But, instead of that, kita kadang terlupa untuk benda lain yang lebih penting.. So, terpulang. Lain padang Lain belalang. Walauapapun, aku sentiasa support my friend ni.. Semoga dia dapat apa yang dia nak.
And aku? Aku pernah berazam untuk grab Master before 30th. So, now umur aku 25tahun, masih berbaki 5 tahun.. Huhu.. InsyaAllah.. Aku akan kejar.. Dah stabil, takpe dah.. And pernah aku suarakan pada Mr.A, jawapan dia, 'nanti kita tengok macamana..' Hahahaha. Kejam ! Hopefully, dia faham kenapa aku rasa aku nak further study . Mungkin Master adalah tahap tertinggi aku dalam hidup ni, So, aku nak something yang aku dapat banggakan. So that, aku boleh bgtahu anak2 aku nanti.. 'Tiada Had atau Batas dalam menuntut ilmu. Selagi mampu, pergilah sejauh yang mungkin'... Kalau Degree, semua orang mampu. Tapi Master, kena fikir banyak kali.. Aku tak suka sama dengan orang lain. ;p. Mengertilah..And yang paling penting 'THE BIRD IS IN YOUR HAND'... nak lepas atau nak terus genggam.
And, that's all.. Mata pun dah naik juling dah hadap lappy ni...Oh ya, esok 25hb! Ehem. Terus semangat. Hahahaha. Dasar 25hb betul..
Jom layan lagu muara hati ni.. Sumpah jatuh cinta!
# Aku akan buat benda yang aku suka. Tak suka, aku buat jugak. Tapi tunggang langgang. Ini aku.
'Cikgu, jom kita buat BBQ? ' - ayat student2 aku yang manja. haha. muntah.
Ye, diorang ajak buat BBQ. Asalnya, aku nak buat open house raya. Nak mintak mak aku masak. Tapi, atas kekangan masa, mak pun da balik SP, maka sapa lagi yang nak masak?? Muka ni? Jangan harap. Aku mana reti sangat. Pemalas pun ye jugak. So, untuk tak nampak macam pemungkir janji yang tegar, maka kitorang set nak buat BBQ. ' Kutip la duit, apa lagi??' - ayat cikgu gangster. haha
So, today is the day. Preparation, pergi TF Mart, (ala2 econsave) beli barang-barang, balik dan masak. Aku yang buat resepi untuk perap ayam. Fuhh.. tak sangka marvelous jugak. huhuhu.. Then pagi tadi, dorang datang la umah aku. Dalam 10-12 orang kot.. LELAKI semua. Haha. Aku mana ada student perempuan yang suka. Kasar laser macamni.. Hahahaa. Peduli.
So, kami pun mula membakar.. Lama jugak la tunggu nak hidupkan api. Budak2 kan.. masing-masing berkira dok tolak hang aku. Aku jerkah sekali. Hahahaa. Tapi enjoy. Really enjoy. Diorang walaupun tak semua bagus2, bese la umur macam tu.. degil, melawan, biadab pun ada gak.. tapi aku bancuh je terus. Diam tross. haha. Yang paling best, suruh je buat apa diorang buat walaupun amik masa la nak buat pun..
Siap terlentang terbaring apa semua dah anak2 murid aku tuh.. Haishhh.. 'hangpa pi cari la rumah cikgu lain kat sekolah nuu yang boleh dok tidoq terlentang depan pintu macam ni...' -ayat aku. haha. Tapi, aku dah anggap diorang macam adik2 aku dah. Aku rindu kenangan aku. Cara aku dibesarkan bersama orang-orang sekeliling yang macam diorang2 ni laa.. Aku ada kwan2 kat SP yang gila2 macam ni. Semua golongan aku kawan. Semua jenis manusia aku kenal. So, aku dah macam boleh handle bebudak ni.. huhu
Dah, jom tengok pic yang aku sempat ambil..
Ini dia sebahagian gambar2 anak murid aku.. Besar2 kan budak sekarang.. takut aku. hahaha..
# Oh ya, buah hati pun datang jugak. Tapi, entah macamana lupa nak snap pic dia. Kalot la student ni dok tunggu dia mai.. Sampai ke petang2. Huhuhu.. Thanks Sayang sebab datang. :)