01 August 2012

Mengejar dan TIDAK pernah cukup..

Assalamualaikum...

12 Ramadhan today.. macam biasa..rutin hidup aku diteruskan sebagai seorang pendidik.. Alhamdulillah..makin lama makin selesa..(dan makin serabut jugak sebenarnya)...  Sepatutnya sekarang aku mengadap buku teks sejarah tingkatan 1. Ye, untuk esok. Tapi, aku dah tak mampu. Terlampau padat dah. Jap tadi, seharian aku buat soalan exam untuk tingkatan 4. Macam nak nangis punya susah !! T______T

Eh, today jugak, 01/08/2012 rumah i kat Lanchang ni dah ada Streamyx okehhh.. huhu. Baru pasang tadi. Makanya, aku bersiaran dari rumah terchenta bersama laptop tersayang. Oh rindu!

Hari ni, nak taip sikit luahan jiwa. Dah lama aku tak 'berjiwa' kat sini kan.. Kat mana lagi nak meluah rasa kalau bukan di belog tersayang ni.. Ini bukan kisah cinta. Maka, jangan cepat terasa..

Kadang-kadang aku terfikir, apa sebenarnya dikejar manusia dalam dunia ini? Ye, kalau dulu kita jahil,tak ada salah tang mana pun kalau kita tersedar sikit balik semula ke alam realiti.. Kenapa aku berbicara macam ni? Ye, hati ini terasa.. entah apa lagi nak dikejar? Sampaikan nak luangkan masa 1 jam melawat pusara ayah sendiri pun seakan berkira?

Sedih. Ye, tak baik mengaibkan orang. Aku bukan nak aibkan orang.. Macamana pun darah daging aku.. Anak abah bukan aku seorang. Dua. Maka, sama2 lah kita.. Mungkin dulu kita kecik, susah nak itu dan ini. Sekarang, dah boleh berdikari dah.. Sampaikan nak luangkan masa ke pusara abah pun, berkira.. Ya Allah..

' Ina, ahad ni cuti tak? Jom la pegi kubur abah.. Nak letak batu nisan tu..' -anak bongsu arwah abah

" Ahad? aku cuti, Tapi sehari ni je la aku cuti.. tengok lah dulu macamana.. " - anak sulung arwah abah

'ala, jom laa.. aku dah buat batu nisan..tak mintak ang bayar pun..just datang je la..'

"Tengok la, nanti aku bagitahu lain.."


5minit kemudian, SMS masuk..

"ayu, aku kena tengok dulu jadual aku. Aku tak sure aku cuti hari Sabtu atau Ahad."


Terpulanglah ina.. Aku dah ajak. Aku tak mintak sesen pun dari hang.. Bukan nak mengungkit, riak atau apa. Ada duit, aku buat. Aku tau, hang tak cukup.. So, aku tak kisah.. Just, aku mintak luangkan masa sikit je.Bersama aku..Sebab apa, sebab hang darah daging aku. Satu2nya, saudara kandung aku, darah daging aku yang abah tinggalkan untuk kita saling bergantung..

Aku tak bagus mana. Tapi, bila usia makin meningkat menyebakan aku semakin kerap berfikir.. Mungkin dulu sukar , sekarang aku nak tebus semula.. Tapi, aku perlukan saudara aku bersama aku..Sebab aku hanya ada dia..

Aku tak salahkan Ina 100%. Mungkin kekangan masa menyebabkan dia terpaksa memilih antara yang PENTING dan yang LEBIH PENTING.. cuma aku meluah rasa disini, betapa aku sedikit terkilan dengan respons saudara kandungku sendiri..Abah, maafkan kami..


Al-Fatihah untuk arwah abah. Semoga abah tenang di sana.. Ketahuilah, tak pernah sedetik pun hati ini, minda ini melupaka abah walaupun masa kita bersama hanya sedetik cuma...Adik sayang abah.


07/01/1960 ~ 06/08/1993 Dalam Kenangan......








# Hargai mak abah anda selagi diorang masih ada.. Yang dah pergi, jangan dilupa.Kenang dalam doa..Semuanya ada hikmah, dan ketahuilah bukan mudah menjadi anak yatim..



Bye!

26 July 2012

Bulan Puasa Jangan Mengata..


Assalamualaikum..

Sila lah tengok tajuk entry. Aku sebenarnya dah lama nak menaip isu ni. Isu konon. So now, 11.50am. Kelas aku pukul 12.30pm. Hamboihhh.. Rilekss nampak. Puasa katanyerr..

Ok, back to basic, fokus tajuk skett. Aku bukanlah nak mengata. Tapi mungkin lebih kepada membela diri dan nasib.. hewhewhew.. So, kepada sang stalker, kalau kawan kau tak baca, sila sampaikan kepada dia..

Aku terbaca satu review tentang aku di blog seorang GADIS ni.. (kau guna ganti nama diri POMPUAN untuk aku kann..takpe). Gadis suci ini, dengan sesuka hati mereview kisah aku. Wah wah wah..  kau siapa? Tapi takpe.. Atas nama kawan kot, kau pun selamba je lah kan nak menghentam orang lain.. Tak adil betul. Dalam BI, we called it 'bias' yer adik-adik..

Yang aku tak paham ialah, aku tak kenal SANGAT pun Gadis ini.. Setakat sms 1-2 dulu ada la.. Dia tolong aku. Iye,aku tak lupa. Terima Kasih banyak-banyak atas pertolonganmu wahai gadis. Tapi, itu bukan tiket untuk kau menghentam aku di blog kau. Kau ada dengar citer daripada mulut aku? Tak ada. Sebab kau berkepit dengan kawan baik kau lebih dari 12 jam, maka kau boleh 'melabel' aku sesuka suki? Oh No!

Aku tak marah. Kalau itu pandangan kau, terpulang. Tapi Hello,'you absolutely doesn't have any rights towards me to write/talk/review any single things of me' .. Seriously aku tak faham. Kau sibuk menjaja kisah orang. Memang tulisan kau bias sangat.. But it's ok. Mungkin itu apa yang kau dapat/nampak.

Sedih sungguh.. Kalaupun sang mantan itu berkorban untuk aku, kau sakit di mana? Ada aku membebankan kau? Kelam ke masa depan kau?Luak ke kasih sayang BF kau ? Kalau jawapannya TAK, maka silalah back off dari hidup aku. Alahai...

So, kepada yang terasa.. ye, memang aku tuju kat kau. Suka sangat hadap my blog kan.. Asal tak jadik follower jerr? Ops, takut aku REMOVE/BLOCK? hahahahaha.. Whatever. Tolonglah intai kehidupan sendiri sebelum nak jadik paparazzi bercerita pasal orang lain. Kalaupun kau sakit tengok kawan kau menderita, kau jelah ubati sengsara dia...Ye? Kau kan GADIS SUCI..

Eh, bulan puasa ni. Ok, aku stop here. Mohon terasa lah yer..Maaf dari aku. Aku malas sebenarnya nak taip hal picisan macam ni.. Tapi, layankan aje.. Sebabnya, bila kau kacau aku, kau sakit. Sekian.






# Kalau taknak sama tanggung dosa, silalah baca selepas bulan puasa. Eh, macam bulan lain tak dihitung amalan kita. Kan?




Bye! SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK...

25 July 2012

Manusia Berubah mengikut keadaan dan kemampuan..

Assalamualaikum..

Jam menunjukkan pukul 2.40 petang. Yeah, aku dah nak blah balik rumah. Today, 25 July 2012 hari paling bermakna bilamana GAJI aku dah masuk ! Selama 2 bulan bekerja mengharapkan ihsan orang lain, hari ni dah boleh makan duit sendiri.. hewhewhew..

Tapi Tapi Tapi.. bila dah ada duit sendiri, maka nya segala tanggungjawab terpikul secara otomatiknya di atas bahu ini.. Huuu.. Sebelum ni, bil hp orang lain tolong bayarkan, sekarang tak lagi. Eh? haha,

Tapi takpe, ini namanya kerja. Ada give and take.. Padahal take manjang.. ekeekee..ok la, dah nak chow balik. Mengantokkkk dowwwwwwwwwhh..


Errmmm, untuk follower belog ini, kalau perasan akan ada entry aku yang compang camping sikit.. Banyak gambar2 free hair zaman jahiliah aku dah buang.. According to nasihat seseorang.. Bila fikir kembali, ya. Memang kena buang. Cukup2lah zaman kegemilangan aku dulu.. Takut jap gi umur tak panjang, gambar dok dalam  ni siapa yang nak jawab masa kat SANA kelak.. betol? OK, manusia berubah mengikut keadaan dan kemampuan. Sekian.


Bye! Take Care


# Nak shopping!!!!! yeeehuuu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...