04 May 2012

Kalaupun yang buruk itu dia, maka terimalah..

Assalamualaikum..

Benci tengok tajuk entry. Mesti macam nak emosi je kan post ni? Kau nape Ayu? 2, 3 hari ni nak emo manjangggg? Hee. Entahlah. Sebab aku terlalu semak sekarang ni. Banyak sangat benda yang kena tanggung. Tak nak mengeluh laa.. Huhu. Jom bercerita tentang cinta? Eh? Kemainn. ^^

Tak ada apa sangat yang aku nak share. Just nak muhasabah diri.. Kita selalu sangat nak orang lain jadi macam apa yang kita nak. And, yes, we always want the people that we loved to be as perfect as we want. Tapi, kadang-kadang kita terlupa, bahawasanya mengapa dia tak dapat jadi macam apa yang kita nak, sebabnya dia bukan kita. Kita nak orang tu macam tu, macam ni.. Sedar tak kita sendiri tak sempurna? So, tak boleh macam tu...

And kadang-kadang, kita rasa kita betul semua. Sebab mungkin title kita, pangkat kita, darjat kita, atau kita rasa kita berkuasa.. Actually, tak pun. Manusia itu sama, yang membezakan mereka adalah cara mereka berfikir. Kalau belajar sampai phD pun,tapi bila bercakap nak menang and no point at all, sadis lah macam tu. Tak guna jugak.. Baik bercakap dengan mereka yang biasa-biasa jer... Kan?

Aku tak suka orang tegur aku. Ye, aku susah nak terima teguran orang . Tapi, tak kata aku reject terus. Cuma, kalau nak tegur biar berhemah, dan kena pada cara, tempat dan masa.. Sebab aku sangat flexible. Aku boleh tukar mood aku within 2 sec. Huhu. Sangat dahsyat. (ada orang mau ke kalau pompuan teruk macam ni? ^^ ) Tapi, sekarang ni dah dewasa, aku belajar terima sikit demi sikit teguran orang. Huu. tapi, please lah, aku bukan bodoh sangat sampai serba serbi nak kena tegur . Aku benci. Sikit-sikit sudah.. So, kepada yang bercinta, jangan mendesak sangat pasangan anda . Kang kena tinggal, baru hang tau ! hakhakhak.

So, ini aje lah kot.. Actually aku nak balik dah. So, dah kering tetiba idea ni. Haishhh.. Otak pun da karat dah ni. Lama tak mengajaq, kehkehkeh.. Eh, aku baru potong rambut semalam. So, inilah hasilnya.. rambut rosak di hujung tanduk, dah tak ada. Hewhewhew. Sukaa.. (sekejap je la.esok2 jadik balik laa..) huhu




Hye Rambut Baru ^^




Bye!

03 May 2012

Hanya Kau Yang Tahu...

Assalamualaikum.

Hari ni mendung, Pagi tadi pergi keja pun hujan.. So, mula lah aku yang emosi ni  nak gloomy satu hari. Huu..
Hari ni rasa tak seronok, tak sedap hati.. and terasa berat sangat dalam kepala.

Aku sebenarnya merenung hidup aku. Mengimbas siapa sebenarnya aku. Apa sebenarnya hidup aku selama 25 tahun ni.. Yang aku tahu, walauapapun, aku tak pernah terlepas dari derita. Ada sahaja yang terjadi. Tapi, aku rasa aku sangat kuat walaupun dalaman ini, hanya Dia sahaja yang mengetahui..

Seawal usia ku 5 tahun, orang tersayang aku diambilNya.. Aku tak sempat merasa lebih seperti orang lain dapat. Ayah pimpin tangan masuk ke sekolah. Ada? Aku tak ada. Tapi tak apa. Aku belajar dari situ, bahawa aku tak seperti kanak-kanak lain.Masa tu kecik, so apa yang aku tahu, nangis je la.. Tapi mula dari itu, aku belajar. Belajar kuatkan diri. Tak boleh mengharapkan apa-apa .. dan benda yang mustahil untuk aku dapat..

Meningkat remaja, terlalu banyak pahit jerih yang aku perlu hadapi.. Nak cerita kat sini, sampai ke mati tak habis.. Ya, memang ada yang lebih sukar keadaannya dari aku.. Tapi, aku kira pengalaman hidup yang aku hadapi ni, cukup menyesakkan.. Membuatkan aku terfikir, betapa bertuahnya mereka yang lahir dalam keluarga sempurna. Bukan menyalahkan keluarga, tapi itu yang terlintas.. Ya Allah, kuatkan aku.

Dan sekarang, lewat remaja aku kira, masih lagi dibelenggu dengan pelbagai masalah. Saban hari.. Sampaikan waktu melelapkan mata pun, aku terasa macam terpaksa berfikir untuk hari esok. Sumpah, Aku terlalu penat. Bilamana terpaksa berfikir masalah , yang bukan aku puncanya.. Sedih . Sesak dada ni.. Semak kepala ni.
Macamana nak lari? Masih ada jalan kah untuk aku lari? Atau paling tidak, boleh tak aku tak perlu langsung melaluinya? Mustahil bukan. Nak taknak, aku kena lalu jugak. Jalan jugak.. Sedih, Penat, Terkilan dan Tekanan.

Terkadang, aku berfikir, masih layak kah untuk bahagia? Mengapa terlalu berat dugaan Allah pada aku? Aku tak tertanggung. Terlalu banyak. Mana aku mampu.. Tapi, aku ada terbaca, Allah tidak akan menduga hambanya jika ujian itu tidak mampu ditanggung.. Maka, dugaan yang diberikan itu, adalah yang benar2 mampu ditanggung oleh hambanNya.. Setiap yang terjadi sudah tertulis.. Maka, walaupun terpaksa aku kena redha.. Dugaan ini mengajar aku untuk lebih kuat. Kuat kah? Aku sendiri kurang pasti.


Ya Allah, tabahkan hati ini.. Terlalu banyak yang Kau berikan.. Kadangkala, aku tidak mampu.. Sangat sukar bilamana terpaksa berhadapan dengan masalah yang bukan datangnya dari diri ini.. Aku tak kuat.




# Kedua-dua bahu aku, ada beban. Kiri Kanan. Sama Berat, Sama Banyak. 







Bye!









02 May 2012

Worth While [8]


























Bye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...