11 April 2012

Kisah Kahwin Cerai.

Assalamualaikum..

Penat berfikir nasib sendiri, jom menyibuk bercerita tentang orang lain. #DasarKepoci.   Hewhewhew.
Macam biasa, aku memang akan baca web  beautifulnara dan rotikaya setiap hari, Ye, everyday. Haha. Kata kepoci, kalau tak amik tahu kisah artis rasa tak senang duduk. Haha. Lantaklah. Aku bukan kacau orang. So, tetiba tadi ada berita pasal dua artis yang aku suka jugaklah. Si isteri, artis. Yang suami, mungkin baru nak jadi artis. Siapa dia? Rita Rudaini dengan Aidil Zafuan (aku selalu confused nama dia dengan kembar dia). Dari berita yang memang sahih ni sebab dah masuk dalam Utusan Malaysia pun ok, mengatakan bahawa Rita menerima sms permohonan cerai daripada si Aidil ni haa... Alamak aiii... Luluh hati aku. #over.

Aku suka Rita. Sebab dia cantik.Boleh macam tu? hakhak..Dia pandai berlakon aku rasa. And aku suka Aidil sebab dia handsome. Dia pandai main bola tak? Aku tak pernah tengok match yang dia main. So, tak tahu nak menilai. Lantak. Tapi, bila diorang kahwin, aku tak de komen pape sebab diorang kahwin penuh kontroversi. Dari kahwin kat Thailand, pastu pergolakan antara mentua dengan menantu .. Tak kisahlah,pada aku asal diorang tak buat perkara terkutuk sudah. And aku respect kat Aidil pada mulanya sebab dia kahwin juga dengan Rita walau banyak dugaan. And aku fikir, kemelut menantu mentua tu akan selesai lah..

Rupa-rupanya tak jugak.. And tambah menyedihkan, Aidil dah tinggalkan Rita 4 bulan. Tinggal anak yang kecik2 lagi.. Alamak der... Kau apa hal? Anak kau tu.. Esok kau dah tak de, siapa nak doakan kau kalau bukan anak2 yang kau tinggalkan tu.. Bab nafkah tak nafkah belakang citer la kan. Tapi, anak kan amanah Allah. Tanggungjawab mak ayah jaga anak sampai diorang dah cukup umur. So, kesian sangat kat diorang.

Tapi, kita tak tahu kan apa yang berlaku dalam rumah tangga diorang. SO, aku pun tak ada lah nak blame si Suami tu teruk2. Just sangat tak gentle bilamana tinggalkan macam tu je, pastu guna sms nak leraikan semuanya.. Alahai.. At least, face to face ke, call ke, apa ke..  Masa bercinta, kau call hari2. Nak jumpa hari2 kann.. ni dah beranak pinak... macamana? huhuhu..

Antara sebab2 perempuan takut nak berkahwin, adalah benda mcm ni la..(aku rasa la) Sebab kuasa menjatuhkan talak adalah di tangan sang lelaki. Kalau semua lelaki boleh berfikir secara waras , rasional dan tak menyalahgunakan kuasa yang ada, ok lah kan? huhu.. Takut. Cukup takut. Perempuan ni, sekali dah berkahwin, status bujang takkan ada lagi pada dia. Hilang terus lenyap. Tetapi, kalau laki, kahwin cerai 10 kali pun, masih dapat balik title bujang tu. Kannnnn? huhu..

So, kepada Rita (cehhhh macam kawan baik aku)... aku harap dia bersabar banyak2.. Semoga anak-anak dia akan membesar dengan sempurna walaupun tanpa seorang ayah. Dugaan Allah tu kita tak tahu macamana kan. And kepada diri sendiri, semoga aku tak diceraikan sama ada melalui call, sms, email, fb ataupun mms. Eh? Haha. InsyaAllah.

Aku rasa over bila boleh tulis pasal retissss.. hahahaa.. Stress sangat pikir macam-macam. Malas dah nak pikir. Aku tengah proceed plan B now. Semoga berjaya Yuhanna .. Lastly, hari ni public holiday pertabalan YDP Agung kan? Bos aku bercuti, tetapi kuli batak harus terus bekerja. -DAULAT TUANKU-




# Ajal maut, jodoh pertemuan di tangan Allah. Aku Percaya.




Bye!

10 April 2012

Susah Hati

Assalamualaikum..

Kenyataan bawah ni cukup membuatkan jantung aku terhenti dari berdegup. Ya Allah, dugaan apakah ini?






# Aku bukan cikgu Interim. Jadi, memang aku patut susah hati kan? T________T



Bye!

09 April 2012

Lamanya..

Assalamualaikum..

Wahh.. macam dah berhabuk plak blog ni. Lama rasanya aku tak meluah rasa hati kat sini secara berjela. Ye, berjela. Huhu. Busy.. Sibuk.. Nak2 lagi dah on9 FB semula. Ketegaran macam lima bulan lalu menjelma semula. Haha. Macam bongok je tangan ni mesti nak klik jugak pada setiap notifications yang ada. huhu. Maaf Blog. Maaf sebab macam bias. Heh.

So, what's going on? Macam biasa. Aku masih kat sini. Kerja kat cc dan lepas ni lagi la lama kena kerja sebab bos tak ada.. Full kot. Almost 2 weeks kot. Aku macam... fuhhh.. sabar je lah. Nak wat macamana kan? Kerja. Nak mengeluh sangat pun, tak ada makna. Ok, Stop mengarut Yuhanna.

Bila sebut pasal kerja, hmmm.. semenjak bukak FB semula ni, asyik je berita yang mendukacitakan aku baca. Tentang apa? Hal posting lah.. Semuanya samar-samar.. Macamana? Salah siapa? Nak tuding jari sangat pun, apa kuasa aku? Dulu, aku macam ok je lagi.. Sebab sangat manja terbiasa terpengaruh dengan cakap-cakap macam ni,
' Cepat atau Lambat je, Tapi Pasti Ada.....'

Ni yang selalu disogokkan ke telinga aku. Tapi sekarang, lambat sangat dah. Sangat ok. Dah setahun. Serious lari segala planning.. Ouwhh.. Macam sia-sia je pasang impian 4 tahun lepas, sebelum masuk U. Semangat berimpian..Kalau dah kerja..Nak itu ..Ini.. Sekarang? 4+1 Tahun dah...apa pun tak boleh..

Aku sebenarnya sedang merencana masa depan. Umur dah 25 tahun. Terlalu banyak yang nak difikirkan. Perihal diri sendiri, family dan orang lain.. Aku thinker. Sangat suka berfikir. Ini masalah aku. Bukan aku tak fikir tentang diri sendiri.. Siapa yang taknak bahagia ada kehidupan sempurna?  Ditambah dengan faktor umur yang membuatkan aku dah tak mampu nak mencuba banyak benda, maka macamana?

Mungkin ada hikmah. Ye, aku masih sentiasa berharap ada hikmah yang Dia sembunyikan untuk diberikan pada aku pada satu hari yang sesuai.. InsyaAllah.. Susah bilamana kita berada dalam keadaan samar-samar macam ni..Sangat susah. Nak buat apa pun tergendala.. Nak merancang masa depan lagi lah..

Ada kawan aku cakap, kalau nak kahwin, kahwin je. Tak payah pikir apa, janji lepas. Betul. Bila difikirkan semula, memang betul. Tetapi, aku tak sama keadaan macam orang lain. Maka, atas sebab perbezaan itulah, segalanya harus dilaksanakan dengan teliti, walaupun sebenarnya aku dah bersedia ke alam itu, walaupun tak pandai masak.. ahaha.. asal masak je masin, jenuh. Kehkehkeh.

So, masih menanti dengan harapan janji itu akan menjadi pasti. Kepada yang sentiasa di sisi, terima kasih. Mak, doakan adik. Semoga kata ini dapat di kota.


Aku dah penat mengerah otak untuk meluahkan rasa hati. Cukup lah kot. Papepun, review untuk ABPBH semalam adalah sangat best. Part artis perform pun terbaik amat. Semuanya lah. Sangat tak mengecewakan. BIG hugs untuk LAN Typewritter and Ziana Zain. Euww.. Part yang tak best, bila artis yang menang, (yang tak sangka akan menang) speechless tak tahu nak cakap apa, pada aku adalah poyo. Hahaha. Cakap je la. Nak sebak ke apa, nanti2 je lah. Hahaa. Sekian.



Take Care !







# Wahai derita, pergilah. Jangan Bawa Bahagia Bersama. Izinkan aku Berada Bersamanya sentiasa.



Bye!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...