24 March 2012

Comelssss Gilesss !

Aku addict dengan iklan ni sekarang. Kenapa Lisa Surihani ni comel sangat? Sumpah comel yang last...

Cekiddauuuuuuuudddd.. euwww..



Untunglahh... Yusry ..
lalalaalalala...


Bye!

23 March 2012

Buat Baik, Dibalas Baik. Itu Karma.

Assalamualaikum..

Hewhewhew.. Sukeeeeeee hari ni. Walaupun terpaksa datang awal ke tempat kerja, tapi semangat. Sebab apa? Hari ni, bos aku tukar line internet  yang lembab sebelum ni mengalahkan siput sedut kepada line yang lebihhhhhh lajuuu.. Seronokkkk.. Tengok Youtube, tak payah buffer lamaa...

So, aku datang pagi, awal sikit sebab menurut temujanji yang dijadualkan , pukul 9.30am diorang nak datang set up.. Jadi aku memang willing nak tolong bos aku. Sebab banyak PC kan nak kena set up. Sian dia buat kerja sorang. Tunggu punya tunggu.. hampehhhh.. 9.30 pagi konon.. Bos aku dah mengamuk dah. Aku pun sama lah emo jugak. Aku paling benci tunggu orang, orang tak punctual. Tapi, nak buat macamana kan? Inilah Janji Melayu (memang orang yang in-charge untuk set up pun melayu). 
Sekarang cakap, macamana Malaysia nak maju??

Tapi, bos aku pun tunggu jugak.. Pukul 3pm baru sampai.. Diorang buat kerja semua, aku pun usha jer la.. Selamat sekejap jer.. So, tak ada hal sangat lah kan. Just nak kena set up pc satu persatu lah.. Leceh jugak Tapi sebab kerja dua orang, maka berjalan agak lancar lah.. *angkat kening duakali*

Settled semua kerja... Yeahhhh... Sangat seronok. Bos aku senyum jerrrkkkk.. Sebab sekarang dah pakai UNIFI. Woot..Woot.. Laju gile.. 20Mbps. Kau ado? kehkehkekeh.. Memang superb ! So, lepas ni kalau ada customer complaint line slow lagi, memang aku hempuk kepala dia. Fuh.

And after that, bos bagi duit suruh pergi beli KFC.. kehkehkeh.. 'you boleh order apa you suka...' Wahhhhh.. Hover taw bos ni, macam tau je aku ni pelahap.. Aku happy bila tengok orang lain happy.. so, bila bos aku happy aku sangat bahagia. Haha. Over. Aku respect dia. Dia banyak tolong aku, advice aku macam-macam... Walaupun mulut dia bising, tapi hati dia baik. So, aku tak berkira sangat nak sumbangkan tenaga aku untuk cc dia ni.. even ada yang pernah cakap kat aku,
 ' kerja apa teruk-teruk sangat, bukan kaya pun'..

Aku enjoy kerja ni. Sangat. Tak kisah lah aku kaya ke tak.. Yang penting aku suka, aku happy, aku memang rasa ini tanggungjawab aku, maka aku beri yang terbaik.. Aku kerja guna kaki, dan tangan aku sendiri. Tak pinjam yang orang lain punya.. Allah dah bagi kat aku, aku guna sementara boleh guna.. 
Sekian ceramah dari ustazah tak terpilih. Haha..

Aku percaya, kita buat baik, kita ikhlas, mesti balasan yang kita dapat jugak adalah yang baik-baik.. Ini hukum karma. So, selamat datang ke cc aku.. muahahahaa.. Jangan nak complaint banyak dengan aku, kalau tak nak kena ayat laser aku. Kehkehkeh.. Macam sorang customer tadi,

Dia : saya nak binding. (dia bagi paper yang hard cover bapak tebal)

Aku : Oh, sorry. Tak boleh bind kalau hard cover macam ni.

Dia : Kenapa tak boleh?

Aku : Sebab machine kami ni kecik jer.. Memang tak dapat buat.

Dia : *sambil tengok machine binding tu*... ala, boleh jerr...

Aku : Saya cakap tak boleh, maksudnya memang tak boleh. Kalau boleh, saya dah buat. Faham kan?

Masalah apa agaknya ey? Semak aku. Huhu. Aku memang garang. Muahaha..


Sekian. Seronoknya hari ni. Tak sedar diri baru baik demam, sakit tekak, batuk pun ada lagi ni dahhh makan aiskrim Mc'Donalds .. Orang belanja, haruslah lupa daratan kannnnnnn? Hahahaa..  Aku potong rambut,tapi sikit je.. Niat nak buat fringe, tapi takut hodoh.. So, ala-ala fringe je lewww... Memang 18 tahun. Muahaaha.. Jangan Jealous !
Take Care Peeps!




# Aku  workaholic. Admit .


Bye!

22 March 2012

Sama macam kamu jugak...

Assalamualaikum..

Dear my blog, sila tahan dengan luahan perasaan aku today..  Aku letih sangat layan kerenah orang.. Sangat. Mungkin diorang terlupa, aku pun sama macam diorang. Aku pun manusia biasa jugak.. Maaflah, aku memang tak mampu nak memuaskan hati semua pihak..

Terkadang, aku terlalu penat nak melayani kerenah semua. Kawan-kawan. Yelah, dah nama pun kawan.. Sila lah respect jugak perasaan kawan korang kan.. Kalau aku kata aku tak nak, makanya aku taknak. Jangan paksa aku. Jangan letak aku dalam keadaan serba salah..

Kalau korang ikhlas nak berkawan dengan aku, walaumacamanapun keadaan aku, situasi aku , korang kena terima.. Kalau tak ikhlas, ada niat lain.. Bila aku mula menjauhkan diri, mula korang tak selesa kan? So, please behave yourself as my friend. Sincere friend..please... Kalau tak ikhlas, mengharapkan sesuatu balasan dari aku, maaf.. Korang tak ada hak untuk expect something dari aku..

Please lah, aku serious penat.. Tak sudah mengharap sesuatu daripada aku. Kalau nak kawan, kita kawan secara ikhlas. Berhemah. Sudah cukup untuk aku menghargai kawan-kawan aku. Tapi, kalau korang rasa korang memang tak boleh nak ikhlas, kita stop. Aku letih sangat. Bila aku tak layan, mula lah anggap aku macam-macam.. Siapa korang untuk memaksa aku?

Aku jugak manusia biasa. Aku jugak ada masalah aku sendiri. Aku jugak perlukan space untuk diri aku sendiri, so tolonglah jangan terlampau mendesak. Tak semua kehendak korang aku mampu penuhi. Tak semua kemahuan korang aku mampu turuti.. Kau manusia, aku jugak sama macam korang, Aku tak ada kuasa untuk menyenangkan hati semua pihak. Apa yang aku mampu bagi, aku akan cuba lakukan yang terbaik selagi kita bergelar sahabat..

Terkilan. Sangat terkilan. Bila berkawan, mengharapkan sesuatu yang lebih dari apa yang aku mampu berikan.. Aku ulang, aku tak mampu... Sudahlah.. Andai kau memang benar ingin berteman dengan aku, jangan meminta lebih.. Baik kau kawan lelaki, mahupun kawan perempuan aku... Kita serupa, manusia biasa..

Luahan hati aku yang dah lama aku pendam.. Cukup menyesakkan berhadapan dengan mereka yang hanya tahu berfikir tentang diri sendiri.. Sesak.. cukup sesak..







Terima Kasih Banyak - Banyak Sebab Memahami.



Sekian.







# Mungkin mereka terlupa, saya sama macam awak semua.


Bye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...