18 January 2012

WorthWhile [3]

17 January 2012

Jangan Mengharap Terima Kasih & Berdiam Kadang Lebih Baik

Assalamualaikum..

Tadi aku baca blog ini. Best. Aku selalu baca. Banyak sangat ilmu tentang kehidupan selain dunia, yang akhirat pun banyak. Dah lah tak berapa nak cukup ilmu alam sana kan, so, pelan-pelan la baca menimba pengetahuan. Huhu..

Aku baca kisah yang ada kat blog tadi tuh.. Tiba-tiba, terfikir.. Subhanallah.. Luas sungguh cara Allah nak memberikan kebaikan kepada kita.. Cuma terkadang, kita yang fikir bukan-bukan..

Actually, entry dalam blog tu berkisar tentang keikhlasan. Bila baca, aku rasa macam ..oooo... macam ni. Sebab sebelum ni, tipu lah kan kalau kata kita tak mengharap kebaikan kita dibalas oleh orang yang kita dah berbakti kat dia kan? Tapi, bila baca blog tu, aku macam tersedar.. Huhu.. Manusia..

Ada satu hari tuh, kawan aku belanja aku makan.. Balik pada tu, aku sms dia, cakap thanks belanja makan. Dia reply, tegur aku kata tak payahlah dok thanks sangat. Haha. aikk?? Cakap thanks pun marah? Then dulu, ada sorang kawan aku ni, selalu call aku. Lepas dia call, aku mesti sms balik, thanks call tadi. OMG! Pun kena marah!! Hahaha.. Kata dia, boleh tak, jangan nak thanks2? Rimas. Hahaha.. Lagikkkk...

Aku dah terbiasa. Wah macam bagus. Eh tak, memang yang Thanks ni aku terbiasa. ( Yang lain tak ) Haha.. So, bila ape2 je aku dapat dari orang lain, or orang lain buat untuk aku, , cepat je nak ucap thanks. Walaupun face to face tak cakap sebab malu kot.. MOTIF? Hahaha.. Tapi, mesti sms and cakap jugak.. Sampai kena marah lah. Huhu.. Tapi, tak apa la kan, yang mana baik kita kekal lah kan. Walaupun orang tak selesa..

Ada jugak kadang-kadang aku tolong orang, buat baik kat orang, buat itu ini semata-mata nak hiburkan hati dia, tapi hampehhhhhhh.. 1 hari je la dia terima kasih and appreciate.. Pastu, mula la nak buat perangai balik. Nak kata kat aku ikut suka, nak bagi aku sentap ikut selera dia.. Hangin jugak lah kan.. Kita ni punya lah susah payah buat macam-macam sebab nak dia happy.. Sentap okeh. Haha.. Tapi, bila baca entry tadi, aku terus dah tukar mind set aku.. OK, tak boleh mengharap apa-apa balasan bila IKHLAS.. InsyaAllah, Allah akan balas cara lain, walaupun orang yang kita buat baik tadi, tak balas kebaikan kita..

Kadang jugak tuh, bila kita dah tolong orang, kita mesti expect yang orang tu akan ingat jasa kita kan? Yelah, kita dah tolong dia, takkan lah tak kenang budi sangat. Kan? Tapi, itulah kita manusia.. Kita selalu terlupa.. Nak kenang jasa orang.. Tapi, janganlah kita yang memberi tadi ni, terus give up, tak nak dah menolong.. Eh, dah tak ikhlas tuh.. Allah yang Maha Berkuasa tu pun, masih memberi dan terus memberi pada kita walaupun kita ingkar macam-macam, tak bersyukur, nak lahirkan rasa terima kasih pun sombong, tapi DIA tak pernah berhenti memberi.. Jadi, kenapa kita yang hanya menolong orang lain dengan pertolongan yang sangat terbatas ni nak sentap bagai sampai dah give up untuk memberi sedangkan kita mampu? Kan? So, benda ni seriously, sangat membuka minda aku.. Sangat.

Kalau sebelum ni, aku slumber badak je sound orang, hoi! susah sangat ke nak cakap THANKS ? Bukan kena bayar pun.. Aku rasa mulai today, aku nak ubah kot.. Haha. Napa ada kot? Kena slow-slow praktis lah. Haha. Aku kan emo. Haha.. Takpe la orang tak pandang kebaikan kita, takpe la orang tak nilai pengorbanan kita, takpe la orang nampak tak nampak je usaha kita, Janji Allah nampak.. Janji kita ikhlas.. Susah. Tapi, cubalah.. 

Satu hal lagi, aku rasa yang aku dah berubah banyak sekarang adalah kalau dulu apa yang tak puas hati aku mesti bantai balik orang tuh, tapi sekarang aku lebih banyak berdiam diri. Aku dah banyak berubah part tu. Huhu. Kalau dulu, silap sikit, aku mesti hentam balik sampai aku menang, sampai aku puas hati, sekarang tak sangat dah. Aku lebih banyak pendam dan diam.. Biarkan benda tu hilang sendiri. Salah ke, betul ke, Lantak lah sana.. Kau nak betul sangat, ambik la.. TAPI, bila kita berdiam dan pendam ni, akan sampai satu tahap di mana kita dah tak mampu nak tahan lagi dah..maka akan terhambur la semuanya.. Yang ni, aku masih tak dapat control. Lama aku diam, sekali aku lepas... nahhh... emosi menguasai.. Haha... Bukan apa, kita penat bersabar, diamkan aje, tapi tak de kesedaran lagi, so mampukah kita nak tahan buat tak reti je? Kan? Huhu.Yang ni dalam proses untuk aku handle.. Kena guna double lantak la pasni.. Haha.. Tapi, memang betul aku dah banyak diam.. Aku dah jarang nak argue.. Nak pertahankan hak bak kata aku dlu, bila orang tanya, nape suka melenting? So now, bukan tak nak dah pertahankan hak.. Tapi, sia-sia je aku rasa.. Cakap berjuta kali pun, sama jugak. Tak ada perubahan pun. Habis air liur aku je.. Buang masa aku. Sudahnya, suka hati kau la labu.. Huhuhu..
Betul lah kata orang putih, silence is the best option.. Tapi aku tambah skit, sometimes.. Jangan la manjang berdiam.. Kena pada tempat jugak. Jika tempat dan keadaan memerlukan kita bercakap disamping mendatangkan faedah, maka bercakaplah. Kalau situasi yang memerlukan kita bercakap tetapi macam sia-sia tak guna, so berdiamlah.. Hati tak sakit, jiwa tak sentap.

Bila rasa kecewa dengan sikap orang, aku selalu guna perkataan keramat ni.. ' lantak lah '.. SELALU.  Kira macam perkataan ni, boleh buat aku rasa tenang sikit.. Kita memang tak boleh expect semua orang jadi macam apa yang kita nak kan? Tapi, orang-orang yang berada di sisi kita, kita akan selalu untuk cuba puas kan hati mereka, betul? Supaya mereka senang dengan kita.. Itu pun susah ke nak faham? Eh, kenapa tetiba macam sesi luahan hati ni? Huhu.. Sekarang ni, aku dah tak kisah dah.. Lantak kau lah.. Jahat kau buat kat orang, nanti Allah balas yang jahat jugak kat kau.. Tak pun kat family kau nanti. Tengoklah.. Suka sangat menyakitkan hati orang.. Asyik fikir diri sendiri je betul.. Langsung tak boleh nak berubah, ok fineee...             Again, 'lantaklah....'




# Kadang kala kita perlu menangis supaya kita sedar dalam hidup ini  bukan hanya ada ketawa..


Bye!

16 January 2012

Seronoknya Awal Dewasa

Assalamualaikum..

Hye! Hehehe.. Aku happy today. Suka lah, hari ni Isnin. Orang tak ramai. Jadinya, tak penat sangat.. Wah, tajuk entry hover tawww... hewhewhew..

Ok, aku kan obses bab angka ni.. Tambah-tambah umur, lagiiiiikkk aku obses. Huhu.. Tadi aku google, peringakt umur dewasa.. (dah taw, saja gedik nak google lagi) .. Ada 1 blog ni, dia definisikan macamni :

    Awal Dewasa (22-34tahun)
  • Individu akan cuba meneroka persahabatan intim dengan rakan yang berlainan jantina
  • Pasangan yang telah berkahwin akan mengasuh dan mendidik anak-anak
  • Individu juga berusaha mentampilkan diri dalam pekerjaan dan akan membentuk gaya hidup

Haaa.. inilah. actually banyak lagi, tapi yang ni ringkas.. Awal dewasa. So, kalau 25 tahun, termasuk lah kan?

Aku tak nak cerita apa yang sepatutnya dilakukan pada usia begini .. Lantak lah, lain orang lain lah caranya. Just nak sembang ringan je hari ni..

Tadi, datang 1 group budak laki dari Kolej Komuniti.. Salah sorang tu, member aku la.. Adik kawan aku. Din namanya.. Dia 18 tahun kot.. Baru lepas SPM tahun lepas.. Tadi datang kat CC aku, bawak kawan-kawan dia ni lah..

" Hai kak ayu.. "

" Weh, lama tak jumpa hang, hang wat pa la?"

" Tengok geng la, budak Kolej skg.."

Dia masuk Kolej Komuniti..

" Macamana hang boleh masuk kolej? Sah-sah pakai kabel. Result SPM hang tak layak langsung." (kejam tak aku??) ahahhaa

" Ceh, kak ayu ingat Din ni teruk sangat ka? Ni, mai tolong sat.."

Din ni keluarkan kertas tugasan dia, ( dia amik course food service kot) sebab tugasan dia berkisar tentang chef dan masakan segala..

Aku baca la.. Ada lecturer dia sediakan soalan suruh diorang buat assignment.. Aku tolong la buat apa yang  mampu sambil tu aku dok ligat membahan si Din ni..

" Sekarang ni, sapa yang amik kos ni? Awat aku kena study sama korang???? "

" Kak Ayu kan style, kak Ayu yang paling style skali.. Ni, tolong sat buat penghargaan..bla..bla.."

Aku free time tuh, tolong jugaklah.. Susah gak la, sebab tak tahu pape kan.. Tapi taknak kalah kat mata budak-budak, buat-buat pandai lah. Yang best, kawan-kawan dia macam percaya 300% kat aku walaupun aku dok buat 'pala taw'.. kehkeh..

So, best lah aku dok paku-paku diorang.. Aku kan kakak.. Diorang mana berani nak hentam balik. ngehngehngeh.. Tapi kalau aku jadik lecturer budak-budak ni, memang menangis la nak mark assignment dorang.. Pemalas tahap gaban . Haha

Semalam pulak ada 1 kes.. Ada 2 budak ni, muka baik je.. Masuk cc aku, bagi salam.

" Kak, kami nak mintak tolong.. "

" Ye, tolong ape? "

" Macamni, kami kena buat survey.. Jadi kami nak tangkap gambar akak.."

" Ha, survey apa?? " - Dia tak tunjuk surat ke apa ke.. Aku pelik lah kan..

" Ni, kami ada surat.. "

Aku baca, ohh.. diorang ni student 2nd year UITM.. Kos seni reka ke apa tah la..

" Oh, ok2.. Saya pelik la tetiba nak tangkap gambar kan, surat apa pun tak ada.., Ok, apa yang boleh saya bantu? "  - Bila cakap camni, aku rasa Oh, matangnya aku ! Wakakaakkaa

" Kami nak kena tangkap gambar orang dok kat kaunter. Akak duduk je. "

" Nak kena tengok camera ke tak? " hahahaa.. Nampak sangat gila lensa !

" Akak buat biasa je.. " 

Diorang ni macam malu-malu.. Haha.. Aku yang hoverrrrrr... Ah, pedulik la. Aku kan KAKAK.. hahaha

Pastu diorang ada la tanya soalan..

" Saya baca dalam surat awak tadi, awak amik kos seni reka. Kenapa soalan awak macam awak amik medic?"

" Oh, kami kena survey apa masalah orang yang duduk lama kat kerusi sebab kami nak reka kerusi yang dpt menyelesaikan masalah orang bla..bla.."

" Oooooo.. Bereh. "

Hahaha.. itu je lah.. Aku yang ramah terlebih.. Biasalah, aku kan KakaK. Kehkehkeh...

So, that's all for today.. Happy-happy lah selalu. Senyumlah selalu walaupun masalah menggunung dalam kepala.. Sebab belum tentu esok kita dapat senyum lagi.. huhuhu..


# Mak, berapa umur yang sesuai untuk perempuan berkahwin? ( aku tanya soalan ni kat mak aku semalam).


Bye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...