25 December 2011

Ahad aku bosan.

Assalamualaikum.

Bosan sangat hari ni. Aku benci Ahad. Sebab ramai warga asing. Dorang cakap aku tak paham. Aku cakap dorang tak paham.

So, aku malas nak buat entry berat-berat. Aku hanya berharap, si dia bawah ni paham aku. Kahkahkah.



Dalam semua gambar dia, aku sangat-sangat suka yang ini. Hahaa. Kantoi dok gila kat Farid Kamil. Diana Danielle, sila jangan jelaous. Eh? Retissssssss tetiber..

Itu sahaja. Entah bila Abg Mil (panggilan manje) nak datang jumpa Dik Yu... Wakkakakakaaka!!


Ok2, sebelum lebih gila, baik chow.


Bye! Selamat Berhujung Minggu..

24 December 2011

1 4 3 - i Love u -

Assalamualaikum...

Ada orang tanya,
kenapa tak pernah citer pasal kisah cinta atau your boyfriend kat belog?

Jawab aku,  
perlu ke?
Sejak dari mula aku buat blog, aku dah pasang niat. Sahaja aku buat blog bukan untuk cite kisah cinta aku dalam blog ni.amin. ( akan datang tak tahu lah yek....... gila lalang..kehkehkeh)

Aku suka baca blog orang. Tapi, bila blog yang asyik nak bercerita kisah cinta kau dengan bf /gf kau (selalu girls) aku jadi malas dah nak follow. Kau bahagia, kau cerita. Kau derita, kau menjaja.

Suka hati lah.Ini blog kami.Jeles lah tuh..
Ok, fineeeeeeeee... Kehkehkeh.. Aku laser, tak tahan jangan kawan.

Tak kisah kau nak bercerita betapa bahagianya kau, kalau orang yang jiwa-jiwa, mungkin akan...'oh suweetttt'... kalau yang gila-gila..'yucks!disgusting'.. Mungkin niat kau hanya nak bercerita, tapi secara tak sengaja ada bau-bau keriakan di situ.. Tak mustahil bukan?

Apa yang tak perlu dibuat jika kamu bergelar kekasih :

1) Mengupdate segala-galanya di blog,fb,tweeter etc. tentang Sang Arjuna kecintaan kamu dengan sungguh bangga seolah-olah hanya kamu yang sedang bercinta.

2) Mengatakan bahawa kamu telah bertemu dengan orang yang sangat tepat dalam hidup kamu. Sudah berkahwin? Belum? Maka, jangan terlalu yakin. Kerana kadang-kadang pabila sudah berkahwin pun, kita baru tersedar yang kita telah tersilap memilih teman hidup. Kita sentiasa diuji.

3) Mengupload pelbagai jenis pose anda bersama si dia di semua laman sosial dengan caption paling tak boleh blah, 'Both of us, are cute..I love you ..muahmuah..'  Sangat Damn ! Sekian.

4) Sentiasa menukar status daripada single, engaged,married then gaduh it's complicated kemudian divorce.. Esok lusa baik, tukar pulak married. Padahal, kau tetap single sorang-sorang.

Hahahahahaha.. Itu sahaja. Jangan terasa kalau terkena. Aku just share apa yang aku tengok selalu.. Nak kata perfect, aku pun manusia biasa.. Saja lah aku post benda ni. untuk remind diri sendiri jugak. Tak salah kalau nak bercerita. Terpulanglah.. Korang yang bercinta kan.. Tapi, setakat couple, apa pun boley.. Lainlah kalau dah berkhahwin.. Syok juga nak baca asam garam rumah tangga.. Hewhewhew.. *tetibe gelak Hanis*

Selalu orang akan cakap macam ni, 'aku tak kisah apa orang cakap.'
Bila kau cakap kau tak kisah apa orang cakap, actually dah terbukti kau sebenarnya sangat-sangat kisah dengan cakap-cakap orang.. Kalau tak, kenapa nak keluarkan statement macam tu? Dah tak kisah, buat pekak sudah.. Kadang-kadang perlu kisah, kerana kita hanya akan dapat lihat kesalahan kita melalui orang lain.. Kalau hanya fikir diri kita, memang sah-sah kita akan kata kita betul semua..

Maka, apa yang patut disimpan, kita simpan. Tak perlu bercerita semua. Kalau nak jugak bercerita, bagi je hint-hint macam aku. eh? Haha.. Takut pulak kang tetibe perang dunia, Nahhhhhhhhhhh!! 1 dunia tau kau tengah bergaduh... Dalam 10 orang yang tahu, hanya seorang je yang akan cakap, 'sabarlah..jangan bersedih..ada hikmah'  Manakala 9 orang yang lain, akan cakap, 'Padanlah muka..Over sangat..' dalam hati.



Tak percaya? Cuba-Try-Test-Tengok !


# Aku akan update kisah cinta aku, kalau aku dah confirm bercinta dengan Farid Kamil. Wakakakakkaa!!



Bye!

23 December 2011

Jalan Air Kuning

Assalamualaikum..

Semalam, aku pegi keja tak bawak air macam selalu. Sebab botol air aku, aku dah campak dalam tong sampah. Sebab dah daif sangat. So, ingat nak beli yang baru. Bukan yang design cantik corak superb tuh.. Yang tu RM10.90. Mahal ! Haha. Aku beli yang mineral jer. Ada holder. senang nak bawak. Plus aku kasar.. Kalau dapat yang cantik macam tuh, dua hari je, bercalar la badan botol tuh.. Huhu. Eh, panjangnya induksi set.. Induksi set adalah intro sebelum nak mengajar dalam kelas... wahhhhhhhhh... Cikgu tetiber..

Ok2, masa nak pegi beli semalam, aku mintak kawan aku yang keje kedai sebelah tolong jagakan jap CC aku. Sebab, bos aku tak ada. Dia tetiba cakap macam ni, 

'ayu nak beli air mineral ***** dekat Popular tu ke?'

'aah, awat? sana murah . singgit je.. :) '

'eh, air tu tak boleh minum...cuba nanti pi tengok kat label dia. ada tulis jalan air kuning..taw tak air kuning tu air apa? '

Dalam kepala aku, air kuning air apa lagi? air kencing la..hahahaa..

'tak taw. air apa?'

'haaa.. air kuning tu air yang dorang amik dekat kubur cina.. kat Taiping tuh..'

Lalu, aku dengan muka nak percaya ke tak nak, bertanyalah..

'Betul ke? Kenapa  pulak kat kubur boleh ada air?'

Betul la kan soalan aku? Sebab dia tak pulak menyatakan kubur tu atas bukit ke, apa ker... mana aku tau..

'Ada la, dorang tadah air bawah bukit tu...'

'Ye ke? Jadik tak boleh minum lah? Tapi kalau amik botol je takpe kan?'

# Aku nak botol air yang bertangkai #

Aku pergi beli jugak. tengok alamat.. Memang betul la.. Ada la nama tempat, Jalan Air Kuning tuh.. Maka, tetiba perasaan cuak menyerbu diri ini.. Orang kata kalau was-was tak boleh minum / makan.. nanti jadi haram. kan? Tapi aku dahaga! And before this aku dah pernah beli dah.. Minum pun dah.. Mana aku taw pape tentang benda ni . Even kawan aku tu cakap, benda ni dah lama dah.... Masuk newspaper dah. Tapi lama dulu la.. Haaaaa?? Lampi kah aku? T_______T

Lepas tu, aku asyik berfikir je kesahihan berita yang aku baru terima tu... Haishhh.. Aku memang tak pernah dengar pun benda ni.. Takkan nak percaya bulat-bulat? Eh, itu bukan aku. Lantas, tangan ni laju je menggoogle 'jalan air kuning'..

Nah...pada carian pertama, aku jumpa ini.. okeh, malas nak click? Aku paste bawah ni.. Aku baca berkali-kali... Korang yang rajin nak baca, silalah baca.. Kalau dah pernah baca, tak payah la nak kutuk aku lembab. Hahaha..

Hari tu ada orang forwardkan aku email. Bunyinya (aku copy paste sebiji without editing):

Assalamualiakum kengkawan semua…    Ni ader serba sedikit info untuk makluman semua… Masa aku balik kampung hari tu…… ader lah bersembang dengan jiran kat tempat lama aku tu….. Taman KuningSari, Air Kuning, Taiping…. tetiba terkeluar citer pasal mineral water seperti jenama diatas…. Untuk pengetahuan semua….. kilang proses mineral water ni kat dalam Taman Mas Kuning, Air Kuning, Taiping. Jenama ni tak dijual dalam kawasan Taiping…. semuanya dieksport keluar dari kawasan Taiping… pasal kalau dia jual kat area Taiping… comfirm tak laku… siap orang2 kat sana buang dalam longkang jer… nak tau kenapa….

Air mineral tu memang dia sedut dari punca mata air kat bawah tanah….. tapi masalahnya….. air bawah tanah yg disedut sebelum diproses tu terletak di satu kawasan bukit……. nak tau apa ader atas bukit tu…… 

Atas bukit tu ada satu kawasan perkuburan cina yg besar….. mata air yg diaorang dok sedut tu lak…betul2 kat bawah bukit tu…. so… maksudnya… walaupun telah diproses tapi kebersihannya tak pastilah….. 

Perkara ni dah direport pada pihak2 berkenaan… tapi duit punya hal… semua tutup mulut……..
So…kalau nak percaya atau tak, terpulang…aku hanya memberitahu……… aku memang dah pergi ke area kilang tu…… memang betul lah kat area blakang kilang tu ada jirat cina….. so… kalau nak minum mineral water tu pastikan label pembekalnya bukan dari air kuning, taiping……
Harap maklum….

 Yg itu adalah kali kedua atau ketiga aku dpt, tapi hari tu for the first time aku reply. Yg forwardkan ni sorg kawan kerja aku dan of course dia dpt email tu pun entah dah forward yg kali ke berapa entah drpd org lain. So aku pun tulis kat dia:

Soalan:
1. Kalau kat atas sumber air tu, kubur Melayu dan bukan kubur Cina ok tak?
2. Kalau katakan kat atas tu takde kubur, tapi ada longkang ke, tandas ke, ok tak?
Sbbnya saya tanya, sbb artikel ni sounds suspicious. Bukannya nak kata dia bohong, tapi it has to prove it is correct. Otherwise anyone can say anything. One ayat in surah al-Hujurat suruh kita check dulu kebenaran any berita yg kita terima sblum buat tindakan (or sebelum fwd pd org), takut2 kita akan mendatangkan mudarat pd org lain tanpa hak. 

Point lain:
3. Legally, air-air ni kena meet some strict regulation & standard sblum dibenarkan utk dipasarkan.
4. Islamically, even if air tu asalnya kotor, but it has undergone changes that its original contaminants are removed, then it is suci and halal. Spt umpama arak jadi cuka. This is the same principle ulama guna bila nak tentukan hukum on food additives, air Newater etc. 

The thing is:
5. Penulis kena prove yg every aspect cerita ni betul, ie (i) ‘sumber air dan cerita kubur cina’ (ii) ‘perkara dah direport tapi diorg tutup mulut’
6. Dan even if the above is correct or proven, one has to prove yg air ni tak suci or tak halal utk diguna.
But as I see it, the damage has already been done by this article. Secara tak langsung org akan jadi very cautious bila next time jumpa jenama Cactus or Spritzer, regardless dia datang dr Air Kuning or wherever. 

Just my opinion. Thanks for the intention anyway, I’m sure you intended good..  

 Yg lebih menariknya that was not end of the story. Hari tu on the way dr Post Office aku terasa amatlah hausnya. Singgah la kat Petronas station depan Taman Desa Taming Sari, beli mineral water Petronas Mesra 1.5 litre. Dah dok dlm kereta tgh nak minum, ternampaklah label kat botol tu:

Sumber: Air bawah tanah  Jalan Reservoir, Off Jalan Air Kuning, Taiping
Lalu tersenyumlah aku sesorg kat dlm kereta tu, walaupun sikit terkejut. Dgn lafaz bismillah, aku pun minum.
Hari tu air mineral rasanya mcm lebih nyaman drpd biasa…

Ini apa yang dipetik dari link di atas.. Bila baca, macam ada jugak kebenarannya.. Kita tak tengok dengan mata kepala sendiri.. Takkan nak membabi buta jer percaya kan? Macam pelik pun ada.. tapi, aku pun tak lah nak menyangkal pandangan orang yang mengirimkan emel ini pada si penerima.. Dia sekadar berkongsi je apa yang dia taw..

Maka, kesimpulan yang aku dapat buat adalah.. Allah kurniakan akal kepada manusia, untuk membolehkan manusia berfikir.. Kalau sesuatu itu terbukti kesahihannya, maka, kenapa akal kita yang dangkal ini hendak menyangkal? Tapi, kalau kita sendiri pun masih samar-samar.. sila rujuk pada yang pakar..

Aku rasa lepas ni, aku mesti akan belek semua alamat yang menjadi jenis punca air pada setiap label botol mineral.. Wahhh.. kata Geographist... Jenis punca air : Bawah tanah atau mata air... Kang tetiba pergi amik sampel air, buat analisis dalam lab macam 2, 3 tahun lepas....... Waaaaaaaaa! TAK SANGGUP !! Sengsara ya amat time tuh.. Dah sudah, mengungkit kenangan silam pulok.. Kehkehkeh..

# Biar kuning air, jangan kuning otak.. ekekekeke..


Bye!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...