05 December 2011

Tiba Masa Balas Jasa

Assalamualaikum..

Selamat Pagi Isnin.. Monday Blues.. Huhu.. Hari ni, aku bangun awal. Awal sangat. Tak macam selalu. Kalau selalu, aku hanya akan bangun 20 minit sebelum pergi kerja. 10 minit mandi,terhegeh-hegeh bersiap, dan 10 minit seterusnya terhegeh-hegeh start motor tambah berangan sikit... Then..Let's Go Bebeh.. Itu sahaja. Imagine what? Ye, aku pemalas. Langsung tak amik port hal rumah tangga. Haha.

Tapi, pagi ni berbeza. Aku bangun 1 jam lebih awal.. Kenapa? Aku masak. Ya! Masak. Haha. Tak pelik, tapi aku memang failed bab-bab dapur ni.. Seriously. Tambah dengan malas, kerja nak mudah aje.. memang aku paling tak suka nak masak-masak kecuali terpaksa.. Huhu.. Kenapa Ayu macam perempuan melayu terakhir bangun pagi masakkan untuk isi rumah? Eh, tak. Aku masak untuk mak aku jer.. Haha.. Mak aku tak sihat. Dah seminggu. Kaki dia bengkak. Demam. Kesian dia. Langsung tak dapat bangun. Tapi, alhamdullilah..demam dah kebah, tinggal lagi kaki dia lah teruk sikit.. Kes paksa kaki pakai heels pastu lambat cari ubat melecet segala.. Dia berkursus hari tuh seminggu. Aku dah bising-bising. Mak lain kali jangan cuba nak pakai lagi. Nak cantik, tapi sakit. Haha. Derhaka ke aku? Mak aku relax jer... Hahaha..

Memang dua tiga hari lepas aku tak la amik kisah sangat. Aku macam, 'sikit je kan mak?' ..Haha.. Tapi, semalam aku balik kerja, aku tengok adik-adik aku baik sangat. Sorang tolong picit kaki, sorang tolong amik air, amik nasik segala..bagi mak aku makan. Dan aku?? Balik melopong je macam orang bodoh. Haha.. Mak aku cakap, dia tak lalu nak makan nasik.. Teringin nak makan bubur. Tapi, tak ada siapa nak masakkan. Adik-adik aku kecik lagi.. Kalau hangpa sakit, mak masak bagi makan.. Mak sakit, sapa pun tak nak layan.. Wahhhhhh! Mak sentap! Haha. Aku tau dia tuju kat aku. Aku kan cool je.. KONON ! Aku cakap, tak sempat mak.. Kuang ajo kan? Haha.. Tapi, aku touching gak. Yela, tetiba rasa diri ni tak berguna langsung. Sibuk kerja cari duit yang tak pernah cukup-cukup, mak sakit langsung tak kisah.

Maka, anak yang baru tersedar nak membalas jasa kerana takut dikatakan tak mengenang budi ..hahaha.. bangun la pagi tadi.. Aku masakkan moi, atau bubur nasi lah kan, goreng ayam. Aku kan lembab sangat bab-bab masak ni, bab dapur mapur ni... aku bajet dah setel la, sekali mak aku tanya, 'ada buat air tak?'...kahkahkahkah... Benda paling asas, aku lupa. Ha? kena buat ke? Ok, terus pergi masak air.. Hahahaa...So, masa tengah masak, baru tersedar ...Ya Allah, macam ni ke rasa kalau jadi seorang ibu? Pagi-pagi dah kena bangun.. Nak kena masak, setelkan segala keperluan orang-orang dalam rumah? Bukan sikit-sikit, banyak .. Aku masak baru 2 jenis tuh, (moi kan lama kena masak) dah bosan..dah merungut kenapa lambat sangat masak lantas api dibuka ke tahap maximum, lepas tu cuak bila ada bau hangit.. 'slow sikit api..' Mak aku sound. Hahaha.. So, aku macam...Adoila.lambatnya....

Tapi, mak aku tak pernah mengeluh. Masa kami sakit, especially akulah yang kaki sakit2 ni.. dia akan bagi layanan 300%.. Bukan layanan duduk hujung kepala usap kepala sampai tertido. NO. Mak aku bukan jenis manja kan anak macam ni.. Tapi, dia akan pastikan kitorang makan on time.. Tido on time, Makan ubat on time, dan dia akan amat susah hati kalau terpaksa bawak kitorang pergi hospital or klinik. Sebab dia takut sangat kat hospital. Haha.. Aku kadang jahat jugak, 'mak, jom pergi hospital sekali. Doktor nak check mak jugak..'  Hahahaa.. Jap gi kang kau dengarlah dia marah sampai ke senja. Hahahahhaa..

Time aku sakit masa raya bulan 9 hari tuh, lagi dia serabut. Aku muntah tak berhenti. Dia naik takut. Setiap hari masak kat aku, buat air, sedia itu ini . Segalanya lah.. Langsung dia tak merungut.. And bila tiba dia sakit, aku rasa macam tak berguna je..Langsung tak boleh buat apa kan.. Sebab tu aku bangun masak pagi tadi before aku pergi kerja. So, dah bagi dia makan semua, baru aku pergi kerja. Rasa lah berguna ...walaupun sikit je..hahahaaha

Aku bukan anak yang pandai nak show love dekat mak aku. Aku kan kasar. Haha.. Kadang-kadang ada jugak yang termelawan, tertinggi suara, terkasar bahasa.. Tapi, bila sedar macam anak derhaka, cepat-cepat aku cover.. Tapi, mak aku suka pesan macam-macam.. Pagi tadi, aku kutuk-kutuk si Najwa Latif (cinta muka buku's singer tuh..) aku cakap tak patut masuk AJL la, ape la.. aku kan pengkritik hebat. Haha. Mak aku yang dengar, dah tegur dah.. 'Awat kata kat dia.. rezeki dia biar la..bla..bla.. ' Hahaa.. hamekk! Tazkirah kau pagi-pagi.. Itulah dia.. Mak aku. Dia sangat sporting. Even kadang-kadang aku ada jugak la macam tak puas hati sini sana, tapi tak pernah aku simpan lama.. Biarlah.. Dia tegur, dia marah ada sebab..

Mak, cepatlah baik kaki tu..Bengkak, kau cepatlah surut. Aku dah tak larat nak kena buat kerja rumah. Wakakaka! Eh, tak2..hahaa.. aku larat, tapi malas. Hahaaahaa... Kepada anda yang masih ada ibu, tak kisah lah mak kau kat kampung ke, dalam 1 rumah dengan kau ke, hargailah mereka.. Tak payah nak tabur dengan wang berjuta.. Cukup sekadar perhatian.. Kalau mak jauh kat kampung, call lah selalu..balik jenguk mereka walaupun busy sangat mengejar dunia, walaupun mereka tak pernah mintak suruh kau balik tiap-tiap minggu.. Kalau yang masih tinggal dengan mak, jangan jadik pemalas sangat macam aku, unless kau ada bibik. Hahaa.. Ringan-ringan kan kudrat kau, bantu mereka.. Tak kira anda lelaki atau perempuan, yang melahirkan anda tetap seorang wanita hebat yang tidak pernah minta jasa mereka dibalas.. (Terpengaruh dengan Bual Bicara Dr.Fadzillah Kamsah) Hahaha..



# Pagi tadi aku dah sms kakak aku, 'Ina, mak sakit hang tak reti mai tengok? Call/sms pun tak. Hang nak masuk syurga ke neraka?' hahahaa ......  HARGAI IBU ANDA.



Bye!

04 December 2011

Mesti Tonton - OMBAK RINDU -

Assalamualaikum.

Sebelum aku sibuk nak citer pasal filem meletop-letop ni .. Pagi tadi aku dah accident dengan satu motor yang tak berhemah. Haha. Malu je accident dengan budak-budak. Weyh, bukan salah aku. Salah budak tuh. Nak belok tak bagi signal. Aku yang laju (LAJU lagi, PADAN lah MUKA) terus 'ehhhhhhhh.'...brek pun tak guna. Langgar belakang dia.. Kehkehkeh.. Tapi, disebabkan kecekapan aku, (padahal dah gelabah takut) kedua-dua mangsa selamat. Tak ada apa pun, aku just sound, 'lain kali bagi signal. Awak helmet tak pakai, lesen tak ada.'  "Sorry,kak"..  Aku yang dah lambat plus cuak kang nangis ke apa budak ni kan, terus je, 'ok2..takpe'..  Itu kisah pagi tadi. Mulut celupar bercerita pasal bawak laju bajet hebat pada entry sebelum ni, Nahhhh!!

Ok2, berbalik pada tajuk entry.. Aku tak tengok lagi pun filem hebat ini. (hebat ke?) Aku dengar je  komen  daripada orang-orang yang dah tengok.. Reaksi, " best lah jugak...", "Best ayu.. Sedih ada, lawak ada.." "Eh, Maya Karin tak sesuai jadi perempuan kampung, muka dia muka bandar.." -----> Pun ada? Hahahaha..
So, macam dah banyak sangat komen, HOI! mana boleh aku dok diam tak pi tengok ! Tapi, nak pi tengok dengan sapa? bila? Asyik melangut kat cc ni sampai sudah! Adoiyai.. (menyesal ke?agaklah..haha).. Banyak dah citer yang aku tak sempat nak pergi menonton.. Tekanan tau tak? Dulu, akulah Juara Wayang. Pantang ada citer apa jenis pun la, semua aku pergi , kalau tak 1st day, 2nd day showing.. Ni dah berkurun sampai waktu tayangan pun tinggal 1,2 je.. Dah nak keluar dari panggung pun, hampehhhh! Tak sempat nak pi beratur beli tiket lagiiiiii T______T.

Filem ni, diadaptasi dari novel kan? Ala-ala Lagenda Budak Setan.. Aku macam pernah baca novel ni. Ya,pernah kot..Not sure. Sebab aku bukan hantu novel cinta. Tapi, bila tengok sinopsis, rasanya macam pernah baca.. konon. Haha. Aku malas nak citer sinopsis segala kat sini, sebab aku tau aku je yang ketinggalan zaman, hampeh tak sempat nak pergi tengok lagi padahal orang lain dah balik citer pom-pang-pom-pang! Arghhh! Pastu bajet macam hebat  MESTI TONTON bagai.. LOL.


Nah hamek kau trailer. Tapi tak puas kalau pun full movie boleh download. Oh,NO! NO! Aku kan suka membazir.. Hahaha.. Best boleh rehat kat dalam panggung wayang silang kaki, makan popcorn, smooth je tak payah nak tunggu buffer lama-lama.. Huhuhu...

Ini novelnya.. Hmmm.. macam sinonim.. MACAM.

Ok, so kesimpulannya... Aku tak tahu bila aku mampu nak pergi tengok citer ni. Orang kata sedih, aku nak rasa gak tang mana kesedihannya.. Sebab aku ni lampi sikit.. Tak pernah nak meleleh air mata tengok citer sedih..Tambah lagi bab feeling romantic.. Macam citer Nur Kasih The Movie.. Orang cakap sedih, aku pi tengok, dok tunggu gak part mana nak nangis? Last-last habis.. Eh? Haha.. Tapi,citer ganas cam Real Steel dulu, ada jugak rasa nak nangis.. Eh? Kau kenapa Ayu? Hahaa.. Real Steel sebab kasih sayang ayah dia.. Haa, part tu aku tak boleh elak. Setakat cintan cintun ni... Kurengg. (Bajet!!) Hahahaa...

Kepada yang dah menonton, macamana weyh? Share arr.. tapi jangan lebih-lebih. Aku mempunyai tahap kejealousan yang tinggi ok! Selamat Hari Ahad.




# Aku belasah je semua citer keluar panggung aku tengok. Last-last, menyesal. Tiket mahal, Citer Sampah!! Harap citer ni tak mengecewakan aku yang ketandusan hiburan. Hahahaa.


Bye!

03 December 2011

LOOK OUT !! - Jalan Lambat Kereta Langgar-

Assalamualaikum..


Sungai Petani di pagi hari


Apa benda ni? Tetiba kuar gambar ni? Inilah mangkuk ayun di pagi hari. Hahahaa.. Jahat tak aku? aku snap gambar benda alah ni masa on the way pegi keja pagi tadi... Apa ke nama? Jentolak eh? Bulldozer? ke Jengkaut? Hahaha.. lantaklah. Benda ni dah mengganggu ketenteraman aku pagi-pagi. Aku kan penunggang berhemah. Malas nak potong-potong.. Kiri kanan kereta. Tapi, 5 minit je, dah dengan panas berbahang pagi tadi. Hilang kesabaran, aku potong jugaklah sebelah KIRI.. Kahkahkah.

Aku tak suka benda yang lembab dan lambat. Aku tak suka orang yang jalan lambat, buat kerja lambat, makan lambat, minum lambat, reply sms lambat, berfikir lambat, buat keputusan lambat...serba serbi lambat.. eeeeyyyyyy! Tak boleh aku. Hahaha. Mak aku selalu marah. Dia kata aku tak sabar. Maybe. Sebab mungkin aku laju orangnya. Aku makan, mandi, berjalan semua cepat dan laju. Eh lupa, cakap pun cepat. Kawan aku pernah kutuk, "Yuhanna, hang cakap ke rap?" Wakakaka. Kuang ajo! Hahaha.. Sebab tuh kot aku tak suka orang lambat-lambat ni..

Aku pernah terbaca satu artikel - Berjalan Lambat, Risiko Mendapat Kanser adalah Tinggi - Tapi, google tadi tak jumpa la pulak artikel tuh.. Huhu.. Entah betul atau tidak. Aku baca dalam newspaper a few years ago.. So, jangan salahkan aku la kalau aku dok condemn kat sini. Wakakakaa!!

Sebab tu jugak aku snap gambar mangkuk ayun  yang kat atas tadi. Haha.. Lambat macam siput sedut alamak aiii.. Tak payah la jalan pagi-pagi.. Jalanlah tengah-tengah malam.. Kan tak ada orang time tuh?? Hahahaa...Ampun ye pakcik..Pakcik tu tak salah. Benda yang dia pandu tu yang salah. Hahaha

Kalau umur dah separuh abad, aku rasa it's ok kalau berjalan pun perlahan-lahan.. Ini muda belia, jalan lambat-lambat... Adoiyai.. Tak boleh aku. Tak boleh. Selalu kalau aku berjalan kat mall, aku suka potong jalan orang... Lambat.Lambat.Lambat. (Padahal suka kaki orang tu la kan??) Hahahaa..

Ini saja aku nak share today. Haha. Eh lupa, aku dapat some souvenir from Singapore.. I loike !! 


Cantik kan??? Thanks BOS!




# Singa lari laju kan?? Memang patut pun aku dapat t-shirt atas ni.. Kehkehkehkeh!!



Bye!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...