Showing posts with label wayang. Show all posts
Showing posts with label wayang. Show all posts

02 February 2012

Filem Minggu Ini - Azura

Assalamualaikum..

Jap2, tadi pagi masa tengah update antivirus untuk pc kat cc ni, aku sempat tengok web SPP. Wah.. ada dah tarikh baru untuk interview.. Sampai 17hb Feb nanti.. Tapi, check punya check, oh nama aku tak ada lagi.. Haishh..Tunggu lagilah nampak nya. Aku pun tak sure sama ada nak happy ke atau sebaliknya. Happy sebab tak perlu nak tanggung tekanan yang betul-betul lagi kottttttttt..... and takut pun ada. sebab entah keluar ke tak nama. Huhu..


And tadi, masa nak check nama tu.. aku macam takut gila. Haha. Gelabah kan pompuan ni? Then, bos aku tolong check. I check nama u.. Wahh. suwettt taw.. hakhak .. Dia lagi hover dari aku.


"Aunty, mana i punya nama?"

"You check you punya kawan tengok, ada tak nama. Kalau tak ada, i rasa belum keluar lagi."




Memang tak ada pun lagi. Sekutu-sekutu aku dari Kedah yang major Geografi, tak ada lagi namanya..


Ok, habis bab mencuak wanna be. Haha.. Sekarang aku nak cakap hal yang lama dah aku tak cakap.. Tak lain tak bukan adalah aktiviti sosial aku. Kehkehkeh..

Rasa bersalah pada diri kerana tak punya masa untuk menghiburkan diri.. Haha.. Dah lama aku tak tengok wayang.. Sibuk sangat kerja, apa pun tak boleh.. Kejamnya pada diri sendiri. Wahhh.. teruk sangat. Haha.

So, aku harap minggu ni dapatlah aku melapangkan waktu dan akur dengan kehendak diri, bahawasanya aku perlu rehat dan pergi menonton wayang.  Nice.

Filem apa minggu ni? Azura. Hari ni keluar panggung.. 02.02.2012. Actually, aku tak suka sangat dengan artis kontroversi ni. Haha.. siapa lagi.. Shah Jazle dengan Neelofa ni la. Aku tak ada la minat sangat. Tapi, nak jugak leww usha macamana diorang punya kehebatan berlakon.. Sebab pelakon baru kan.. Aku tak minat sangat Neelofa ni sebab dia cantik. Hahahhaa.. Tak-tak.. entah aku tak suka sangat.. Aku minat Fazura lagii... huuu.. And this new actor, Shah Jazle yang penuh kontroversi with his girlfriend pun aku tak berapa suka.. Aku suka Farid Kamil lagii... Heh. But, it's ok. Aku suka ke, tak suka ke, diorang jadi artis jugak kan.. :)


 Asal muka Neelofa yang bawah ni pelik?

 
Ini sinopsis dia yang aku cedok dari internet..

Ia mengisahkan Azura, seorang gadis yang gigih menghadapi cabaran hidup bertemu dengan Zek, anak kepada orang kaya yang hidupnya dimanjakan dan dikelilingi kemewahan.
Mereka kemudian bercinta tetapi mendapat halangan daripada bapa Zek, iaitu Tan Sri Putih. Zek dan Azura kemudian mengambil keputusan untuk ke London dan berkahwin di sana. Mereka hidup bahagia pada awalnya…

Untuk menyara kehidupan mereka, Zek terpaksa bekerja di stesyen minyak manakala wAzura terus cemerlang dalam bidang akademik dan ditawar untuk bekerja di luar negara. Akibat daripada tekanan kerja, emosi Zek terganggu dan bermulalah segala konflik antara mereka.

Barisan Pelakon Azura
Neelofa (Azura)
Shah Jaszle (Zek))
Afdlin Shauki (Tan Sri Putih)
Erma Fatimah (Yusni)
Afida Es  (Nek Wan)
Penampilan Khas
Fauziah Ahmad Daud
 Faizal Hussein
Jaafar Onn
Aman Shah
 Calvin Thoo Sri


Oh ya, aku ada cari poster cerita Azura yang lama . Entah, aku pun tak sure betul ke tak. Aku tak pernah tengok kot. Tak tahu lah. 


And ini pulak official trailer dia.. Untuk Filem Azura yang baru lah. 
 



All right bebeh, that's all for today.. Doakan aku berjaya untuk pergi berhibur sementara kecuakan aku belum sampai ke tahap kemuncak. Muahahaaa..  Take Care Babe !


# Nak tengok dengan siapa ek? Ada yang nak tolong queue belikan tiket untuk i tak ? euwwwww.. Perasan!



Bye!


29 December 2011

Filem Minggu Ini

 Assalamualaikum..

Jom Tengok Wayang? Penghujung Tahun ni rasa macam taknak beratkan kepala, maka filem-filem ni macam sangat bertepatan. JOMMMMMMMMMM!!





16 December 2011

Filem Minggu Ini

Assalamualaikum.

Yang aku nak tengok minggu ini :


Mission Impossible 4 - Ghost Protocol



 
 Official Trailer katenye... 

Actually, aku tak follow filem ini. Apa ada hal kan ? Huhuhu........ 

Satu lagi ni nak tengok jugak..
Songlap - Kerja Kotor. Sapu Bersih

Berlatarkan bandar metropolitan Kuala Lumpur, SONGLAP mengikuti kisah dua adik-beradik – AM (Shaheizy Sam) dan AD (Syafie Naswip) yang melibatkan diri dalam sindiket penjualan bayi yang diuruskan oleh seorang wanita bergelar MAMA.

Kehidupan dua adik-beradik ini jauh berbeza; AM mengambil kesempatan dengan menggunakan business MAMA sebagai jalan pintas mendapatkan wang untuk kegiatan judinya, sementara AD mengimpikan kehidupan yang lebih baik dengan menyertai pertandingan tarian B-Boy.


AD mula menyedari impiannya mungkin tidak tercapai setelah kehilangan kawan karibnya RAZAK kepada kancah dadah dan melihat dengan matanya sendiri nasib gadis-gadis muda yang dijual kepada sindiket pemerdagangan manusia.

Apabila adik RAZAK, HAWA (Sara Ali), yang sedang hamil terjebak dengan sindiket ini, AD tidak boleh menutup mata kepada situasi ini lagi dan terpaksa berlumba dengan masa untuk menyelamatkan HAWA tanpa menyedari bapa Hawa, PAK DIN juga sedang mencari anaknya yang telah hilang. Akan tetapi, niat baik AD untuk menolong HAWA telah menggoyahkan hubungannya dengan AM, dan pergelutan mereka akhirnya mencecah tebing maut.

Berdepan dengan godaan dan pengkhianatan, dan dihambat samseng ganas di jalanraya, siapakah yang akan menang dalam pertaruhan nyawa antara dua saudara ini?

 Pun trailer ...




# Persoalannya sekarang : MAMPU kah aku nak marathon kedua-dua filem ini dalam satu minggu? Tak Payah Jawab. Wakakaka!!


Bye !

04 December 2011

Mesti Tonton - OMBAK RINDU -

Assalamualaikum.

Sebelum aku sibuk nak citer pasal filem meletop-letop ni .. Pagi tadi aku dah accident dengan satu motor yang tak berhemah. Haha. Malu je accident dengan budak-budak. Weyh, bukan salah aku. Salah budak tuh. Nak belok tak bagi signal. Aku yang laju (LAJU lagi, PADAN lah MUKA) terus 'ehhhhhhhh.'...brek pun tak guna. Langgar belakang dia.. Kehkehkeh.. Tapi, disebabkan kecekapan aku, (padahal dah gelabah takut) kedua-dua mangsa selamat. Tak ada apa pun, aku just sound, 'lain kali bagi signal. Awak helmet tak pakai, lesen tak ada.'  "Sorry,kak"..  Aku yang dah lambat plus cuak kang nangis ke apa budak ni kan, terus je, 'ok2..takpe'..  Itu kisah pagi tadi. Mulut celupar bercerita pasal bawak laju bajet hebat pada entry sebelum ni, Nahhhh!!

Ok2, berbalik pada tajuk entry.. Aku tak tengok lagi pun filem hebat ini. (hebat ke?) Aku dengar je  komen  daripada orang-orang yang dah tengok.. Reaksi, " best lah jugak...", "Best ayu.. Sedih ada, lawak ada.." "Eh, Maya Karin tak sesuai jadi perempuan kampung, muka dia muka bandar.." -----> Pun ada? Hahahaha..
So, macam dah banyak sangat komen, HOI! mana boleh aku dok diam tak pi tengok ! Tapi, nak pi tengok dengan sapa? bila? Asyik melangut kat cc ni sampai sudah! Adoiyai.. (menyesal ke?agaklah..haha).. Banyak dah citer yang aku tak sempat nak pergi menonton.. Tekanan tau tak? Dulu, akulah Juara Wayang. Pantang ada citer apa jenis pun la, semua aku pergi , kalau tak 1st day, 2nd day showing.. Ni dah berkurun sampai waktu tayangan pun tinggal 1,2 je.. Dah nak keluar dari panggung pun, hampehhhh! Tak sempat nak pi beratur beli tiket lagiiiiii T______T.

Filem ni, diadaptasi dari novel kan? Ala-ala Lagenda Budak Setan.. Aku macam pernah baca novel ni. Ya,pernah kot..Not sure. Sebab aku bukan hantu novel cinta. Tapi, bila tengok sinopsis, rasanya macam pernah baca.. konon. Haha. Aku malas nak citer sinopsis segala kat sini, sebab aku tau aku je yang ketinggalan zaman, hampeh tak sempat nak pergi tengok lagi padahal orang lain dah balik citer pom-pang-pom-pang! Arghhh! Pastu bajet macam hebat  MESTI TONTON bagai.. LOL.


Nah hamek kau trailer. Tapi tak puas kalau pun full movie boleh download. Oh,NO! NO! Aku kan suka membazir.. Hahaha.. Best boleh rehat kat dalam panggung wayang silang kaki, makan popcorn, smooth je tak payah nak tunggu buffer lama-lama.. Huhuhu...

Ini novelnya.. Hmmm.. macam sinonim.. MACAM.

Ok, so kesimpulannya... Aku tak tahu bila aku mampu nak pergi tengok citer ni. Orang kata sedih, aku nak rasa gak tang mana kesedihannya.. Sebab aku ni lampi sikit.. Tak pernah nak meleleh air mata tengok citer sedih..Tambah lagi bab feeling romantic.. Macam citer Nur Kasih The Movie.. Orang cakap sedih, aku pi tengok, dok tunggu gak part mana nak nangis? Last-last habis.. Eh? Haha.. Tapi,citer ganas cam Real Steel dulu, ada jugak rasa nak nangis.. Eh? Kau kenapa Ayu? Hahaa.. Real Steel sebab kasih sayang ayah dia.. Haa, part tu aku tak boleh elak. Setakat cintan cintun ni... Kurengg. (Bajet!!) Hahahaa...

Kepada yang dah menonton, macamana weyh? Share arr.. tapi jangan lebih-lebih. Aku mempunyai tahap kejealousan yang tinggi ok! Selamat Hari Ahad.




# Aku belasah je semua citer keluar panggung aku tengok. Last-last, menyesal. Tiket mahal, Citer Sampah!! Harap citer ni tak mengecewakan aku yang ketandusan hiburan. Hahahaa.


Bye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...