30 December 2012

Cerita 1 hari

Assalamualaikum..

Semalam, 29 Dis aku pegi jalan-jalan. Hekhek. Aku pergi Berjaya Times Square for the first time. Huhu. Pergi dengan siapa? Haruslah Mr.A. Mana berani pergi sorang.

Dalam tu kan ada yang macam tempat main-main tu. Hadoi. Tengok roller coster terus ngeri. Haha. Teringat kedasyatan USS punya roller coster. So, hadap ke nak main? JANGAN HARAP

Then , jalan-jalan lagi. Pastu, penat. Pastu stop bersila atas kerusi, tengok orang. Melawak-lawak bodoh, blah la. Haha. Macam best. Sebab kita pergi TANPA duit, maka itulah kerjanya.

Then, balik dari situ. Mr,A boleh pulak pi tanya, ' Nak balik dah ke??' Waaaa.. Yuhanna kan pantang bila ditanya soalan macam tu..Dari niat asal nak balik awal, terusssssss.. datang idea jahat. 'Jom pi dataran merdeka..' muahaha.

Kenapa Dataran Merdeka? Sebab aku memang pasang nawaitu nak melepak. Suka la. I love that place. Tengah-tengah padang tu lagi macam sangat best. Huhu. Oh ya, before that, singgah Central Market. Mr.A tak pernah pi... So, here we go. Ronda sat. Aku tak suka sangat situ. Macam museum.

Then, after that, kitorang pergi makan. Dekat Kg.Pandan. Mr.A kata, pergi KL jauh2, last2 makan kat Lanchang..Apa barang?? (yang apa barang, aku tambah) muahaha. Ok, jom la pergi makan. Warung Pak Long Tomyam katanya. Boleh tahan la. Lapar kan. Then pergi basuh kereta. Tepi kedai tu ada car wash.

So, balik lah kita ya. 1 hari berjalan. Oh, lupa. Cerita jackie Chan, CZ12, aku dah tengok. Best. Memang best. So, i guess that will be the last movie kot yang i watch untuk tahun 2012 ni kot. Yang tak tengok, pi la weyy. best wa cakap lu.

Ok, sudah lah. Ini la cerita 1 hari. One part, why i like Mr.A much is, dia suka tanya, 'nak pergi mana?' Ekekeke. Aku ni tak suka sangat soalan macam ni actually. Tapi when he said, cakap je nak pergi mana, dia boleh bawak. So, i guess..ok, let me be the trip planner and he will be my tourist guide. So macam adil. Macam. hewhewhew. THANKS.

Gambar nan hado. Ada kot, Tapi macam tak lawa. Sedih la. Tak ada sapa nak snap pic kiter. Kalau ada pun, macam tak beriya... T______________T. Takkan kau nak camwhore sorang2 ayu? Sobs. Tsk.


 Nah, gambar dekat Times Square



# When someone said, ' jom jalan?' Susahnya untuk aku kata NO. Why hah? :p




Bye peeps!



28 December 2012

Berdikari

Assalamualaikum..

Hari ni last day meeting . Tadi pengetua tegur,

' cantik no.plat kereta '

Pen.Kanan , Cikgu Mie tegur,

' Cantik baju.. '

Oh, poyo kan Yuhanna? Harus. haha. Aku pakai jubah moden tadi. Yang hitam tu. Meeting sat ja. belasah pi la. Senang sarung je. Dasar pemalas.

Errmm, jom citer kisah entry. Berdikari or sebenarnya, Berdiri Atas Kaki Sendiri i guess.

Seronok kan bila orang label kita, ' you ni sangat berdikari ..' 

Pernah ada orang tegur aku macam ni. Ye ke? Tak jugak kot. Ada benda yang still aku kena mintak tolong orang. Tapi, memang prinsip aku dari dulu. Selagi mampu, aku akan try jugak2 buat sendiri. Unless, kalau aku rasa macam dah betul2 tak mampu, or malas sangat, or mengada sangat.. then i akan jadi manja. *muntah*

Berdikari. Yes the great word. Aku rasa, semua orang kena ada sifat ni. Means, jangan lembik sangat. Benda kecik nak pergi beli KFC pun pesan orang. (eh, ni aku DULU. time takde kereta) ekekeke.

Nak buat apa semua nak harap orang. Leceh. Susah. Aku rimas orang macam ni. Tinggal rumah sorang, makan sorang, tido sorang semua tak boleh. Semua nak berteman. Haiihhhhhhh! Semak.

Mungkin setiap manusia berbeza. Tapi jangan la sampai menyusahkan orang. 24 jam nak berteman bagai. Kau dah kenapa? Kan? Aku rasa kalau pergi makan ke, shopping ke, time tu memang dah tak ada sapa, better pergi je la. Sebab senang sebenarnya buat kerja sorang-sorang ni. I loike. Shopping , kalau pi ramai-ramai.. jap g kang, aku sorang je la yang tak membeli. Tak pandai.

Kalau sorang-sorang, memang macam weird. Semua orang pandang. Tapi peduli apa dengan orang. Jangan fikir sangat la. Just, kalau malam ke , haa ni maca bahaya. So, takpela berteman pun.

Mungkin our lifestyle seseorang tu membezakan dia dengan yang lain. Just like me, aku memang hidup sorang-sorang sejak dari kecik. Aku tak close dengan adik beradik aku, like every weekend hang out, lepaking ke apa. Oh No. Sorang-sorang la kau. Buat la kerja memasing. Mungkin sebab tu kot dah terbiasa.

Itu sahaja . Kepada semua, saya menyeru, berdikari lah. Tambah-tambah yang bujang. Jangan nak menempek kat orang je. Orang pun jemu dengan kita actually. kehkehkeh


Takda gambar. Malas. Sekian, terima kasih.




# Hari nak hujan, jom tido. Ye, aku sorang je kat umah ni haaa.. ;)




Bye!

27 December 2012

Cool ke??

Assalamualaikum..

Tadi kan, pergi sekolah kan, untuk urusan pemilihan warden tu kan, diorang buat undi. Siot betul kan? Nama aku no.3 Siot.Siot.Siot. Apasal nak jugak nama aku? Hampeh!

Argghh! Dah lah. Malas betul nak pikir. Jom sembang benda lain.

See my title for this entry. Lately, aku selalu dok borak-borak dengan my friend. Dia selalu la jugak bercerita about relationship dia. So, aku dengar je la kan. Dah orang bercerita. Dia cakap macamni, ' Kau apasal macam sangat cool? Kau tak menggelabah pun? Tak pernah aku tengok kau meroyan kat FB mentioned2 pasal relationship kau.. ' Hahahahaa. Aku gelak terus. Cool??? Yelah cool. Mai try tengok. haha.

Then aku jawab, ' meroyan jugak. Just aku tak meroyan in public. Aku bantai terus depan-depan, whatsapp, sms dan last sekali, Belog ni ha..' haha. Tak la, pada aku FB tu bukan medium terbaik nak bercerita segalanya. Tambah-tambah lagi hal relationship kita. Nak marah, nak terasa hati, merajuk, apa semua simpan la. Bagitau pasangan kita terus. Takpayah nak heboh 1 dunia.

Aku rajin dok bantai orang je dalam FB tu. Tak puas hati kat musuh-musuh aku, aku hentam la. Tapi, kalau nak hentam pasal hubungan aku dengan si dia, tak kot. Rasanya tak pernah. Aku smash sikit-sikit je. Hahahaha. Then dia tanya lagi, tapi kau macam tak pernah nak gaduh-gaduh. Aku tak dengar kau bercerita pun. Eh, ada. Tapi dengan orang yang aku betul-betul trust. Maknanya, kau aku tak percaya la tu. Muahaha.

Kalau nak kata pernah gaduh, gilaa penipu. Tapi, nak citer apa 1 dunia. Sendiri-sendiri setel la beb. Aku malas betul nak bercerita kisah cinta bagai. Tapi, bila dia tu tanya aku jawab 1 je. Hormat pasangan kau. Fikir sama social life dia. Itu sahaja. Kalau dia jenis boleh berkepit dengan kau 24 jam, ok la. Kalau tak, let go. Biarlah dia dengan dunia dia. Ada masa kita pun rimas jugak kalau sedia nak berkepit je kan.

So, untuk kawan aku tu , aku tak cool mana pun weyy. Singa betina ada la . Muahahaaha. Kalau marah, meletop habeh semua benda yang ada. Tapi, dah tua-tua ni, pejam mata dah laa.. hahahaha. Kalau melampau sangat, balas la balik. Buat bodoh sehari, confirm esok terus ok. ahhahaa. Kantoi dah la.

Inilah dia kisah untuk today. Nak kata aku simple, tak. Aku complicated gila. Hanya yang kenal aku betul-betul tau la aku ni macamana. Just 1 je kot yang aku boleh bangga sket tentang diri aku ni adalah  AKU SETIA.. (sila muntah) hahahaa.










# mungkin salah satu sebab nampak macam cool, sebab aku baca John Gray tu kot.kot la. :)






Bye dear!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...