14 April 2012

Wahai Hati... Bersabarlah..

 

Dulu, Kini dan Selamanya...
Hati ini merajuk, Siapa yang pujuk?
Aku. Aku Sendiri.
Tiap Kali Hati ini Dilukai..
Siapa yang Mengubati?
Aku. Aku sendiri.
Setiap Kali Hati ini Terasa,
Aku. Aku yang Berusaha agar ia Kembali Seperti Biasa.

Aku Sendiri. Aku.






# Aku taknak marah. Aku tak boleh marah. Sebab ia akan jadi lebih susah. Wahai hati, bersabarlah..







Bye!

13 April 2012

Typing Test - uji speed anda

Assalamualaikum..

Jyeaaahhhhh!! Banyak sangat masa terluang dan terbuang, tadi aku saja google benda ni. 'kepantasan menaip p.s.m.' Haha. Gila punya tak ada kerja. Actually, aku tengah isi 1 borang jawatan kosong ni. Haha. Dia suh isikan. Mana nak tawww.. P.S.M tu apa? Trengkas la apa la.. So, google.

Oh, baru tahu. p.s.m. maksudnya =perkataan seminit. Hee. So, aku kan suka buat benda bodoh2 ni. Aku try lah. Ini keputusannya..


Paham tak? Maksudnya, aku mampu menaip sebanyak 51 perkataan dalam masa seminit. Tak hebat weh. Kalau hebat, kena 70 p.s.m. mampu? TAK. hahahaa.. tersasul2 jeww.. Aku try berkali-kali. Range aku antara 49-51 jer.. ekekekee..

So, aku baru tahu  p.s.m ni hape kebenda.. so, yang tak ada kerja nak try boleh la. Kat sini. Eh, aku tak rasa bodoh pun. Ini ilmu ni. Baru kita tahu kan kepantasan menaip kita. Macam aku hari-hari pegang keyboard. Confuse, sama ada aku sepatutnya jadik cikgu atau setiausaha? Muahaha..

Oh, sebut pasal cikgu...hmmmm.. macam suram je lagik.. Ya Allah, permudahkanlah urusan kami semua. Semoga cepat dapat posting, maka cepatlah aku mengotakan janji-janji aku pada mak.


Ok lah, dah sampai seru nak bergosip di FB. ekekeeekeke.. amboihhhhh kemainn lagikk skg.. :p
Take Care peeps! 





# aku nak tengok wayang ! Nak sangat! Tapi..............




Bye!

12 April 2012

Harus Jadi Kenangan ...

Assalamualaikum..

Entry kali ni akan dibawakan secara dua waktu. Zon Siang dan Zon Malam. hakhakhaktuihhh...

Siangnya...
__________________________________________________________________________

Aku pegi keja macam biasa la semalam. Buat kerja, online, mengarut kat FB, kutuk2 kawan.. buat resume aku then dalam pukul 4.40pm macam tu, ada customer ni datang bayar. Masa lepas dia bayar tuh, aku rasa macam pening. Seriously rasa macam nak tumbang. Hoho. Aku dah suspect alamak, datang balik penyakit aku yang dulu. (low blood pressure)  Masa aku study dulu, aku ada masalah ni. And benda ni jadik bila aku terlampau stress and tak cukup tido. So, kalau dia nak jadik, aku akan pening macam nak pitam. And aku rasa berpusing lah. So, ini lah yang aku rasa semalam. Huhu.. Then aku alihkan pandangan dari komputer tu, aku tengok customer aku dalam cc ni, semua berdiri.. Huuuu. what happened ?? Diorang bsing2 cakap bergegar sambil tunjuk atas.. Aku tengok la. Memang bergoyang lampu semua.

So, diorang semua berpusu keluar. Tak sempat bayar apa dah sebab nya 1 complex ni gelabah. Aku pun dah panic. Dah la cuak. Lagi nak pikir nyawa, nak pikir cc ni..haha. Pastu, aku suruh je semua keluar. And aku betapa bongoknya, keluar bawak handphone semata. Haha. Yang tu aku teringat sebab ada dalam poket.Sekali adik yang kat cc ni cakap, akak tak bawak purse ke? hahaahaa. Lampi. T___________T.

So, keluarlah kami dari bangunan ini. Inilah dia. Inilah..


So, inilah keadaanya.. Aku pun cuak. Haha. Tengok orang cuak,pompuan over ni biasa la kannn.. kehkeh..
Then after that,naik balik. Aku gigih la bagi orang masuk lagi cc ni. Walaupun akan ada 1 lagi gegaran.And keadaan dalam cs ni lepas dari tu adalah sangat lengang..




 Dalam sejam lebih macam tu, almost 6pm jugak kot, aku pergi toilet. Dalam toilet rasa bergegar lagi. OMG.. Lari pulak keluar.. Nahhh.. semua berpusu lari plak..Aku tarik pintu kedai, zapppp.. blah turun.... hadooyai.. sekali lagi berasak2.. then adik cc yang sebelah sana tu, dah ajak balik. OK, naiklah kami. Guna tangga ok. Sangat memenatkan.. Kemas kemas barang, baliklah. Then aku dengar polis semua suruh kosongkan bangunan ni. Memang patut pun kan. Selamat tak ada pape berlaku. Alhamdullilah..

And today, amaran tsunami dah ditarik balik. Alhamdullilah. Semoga yang berada dalam kawasan amaran akan terlepas dari malapetaka ni. Ya Allah, selamatkan seluruh umatMu.Amin.


Malamnya...
___________________________________________________________________________

Orait, pompuan tak pandai serik ni walaupun konon ketaq sampai ke rumah, tetap meneruskan aktiviti di malam nya.. huu.. And my friend yang i call him pak lah, kawan dari alam sekolah sama-sama kuat makan mengajak aku kuar.Dia nak blanja aku makan. Haruskah perut tong ini menolak? Oh, Tidak. So, kami keluar. Dia ajak makan Tutti Frutti. What? Aku nak makan makanan berat. Aiskrim pun nak tapi lepas makan makanan berat dengan kenyang. *burukperangai*  Lepas bertekak bergaduh, haruslah aku yang menang.
Jom makan di Oldtown.

#Dasarpompuanperutstokin



Lepas tu, taknak mengalah pada tuntutan nafsu, Tutti Frutti here we go ! :)

  GemokGemokGemok


Lagi GemokGemokGemok


Jom tengok penaja TF yang heaven ni. TF yang heaven, bukan Dia ok. Haha. Thanks dude.



So, inilah dia cerita semalam. Eh, semalam punya citer, baru nak hupdate today? I kan lampiiii.. hakhak..
Ok, take care then. Thanks for reading this annoying blog. Weh, ada aku kisah? Muahahahaa..


# Tunggu Bulan June pulak nak makan favourite ice cream ni. :)



Bye!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...