03 March 2012

Benda yang aku benci orang lain buat bila tengah 'sms' dengan aku.

Assalamualaikum..

Actually, aku malas gilerrr nak menaip, nak bercerita sini hari ni.. Aku tak sure mood aku today sama ada i'm good or in bad mood. Hahaha. Teruk.

Aku busy jugak hari ni. Awal bulan, memang sibuk. Segala mak nenek report orang datang nak photostat. So, minggu awal ni, kaki aku akan kejang di depan mesin photostat. Heh.

Nak cerita apa ya? Ermm.. Ha, ada. Aku nak share perkara yang paling meng'annoying' kan time aku ber'sms'..  Aku kan suka meroyan. Haha. Silap sikit, melenting.. Now, i tell u what it is yang membolehkan aku langsung tak reply msg orang tuh.. Muahahaa.. Poyo !


1) Aku tak suka orang balas msg aku hanya dengan menggunakan 'OK' atau 'K' . Tak kisah kau sibuk, kau malas, kau apa, daripada nak reply 2 / 1 aksara ini sahaja, aku nasihatkan simpan credit tak payah reply langsung. More better. Serious aku tak kisah. Baik diam je and i know kau nak tamatkan text dengan aku. Huhu. Aku jarang buat macam ni kat orang unless bila aku marah/sakit hati/ nak menyakitkan hati orang. Hahaha. Aku suka tulis panjang-panjang. Memanfaatkan bilangan huruf yang diperuntukkan oleh hp masing-masing.

2) Aku sangat tak suka orang reply msg aku lambat. Hahahaa. Which is actually aku tahu, dia tak busy pun, tengah tengok tv je pun, tapi gagah nak ber'sms' jugak, lepas tu lembab macam siput sedut nak reply, nasihat aku, simpan hp, tumpukan pemerhatian dekat TV. Habis tengok tv, continue.Kalau betul-betul tengah busy ke, ok takpe. Sebab aku pun kekadang macam tu jugak. Bila bz, aku tak dapat nak reply at that time lah kan.. So, ok...

3 ) Aku tak kisah orang nak reply ke tak last msg aku. Maksudnya, actually dia dah tak nak msg, then dia hilang senyap macam tu je. Aku ok. Haha. Seriously, sebab kadang-kadang aku pun terus diam macam tu jer.. kehkehkeh.. More better dari reply OK sahaja. what the.....


4) Aku benci sangat, bila aku taip panjang berjela, tetiba orang boleh balas sepatah. Or bila aku cakap satu hal which is aku excited lah kan orang tu mengembangkan cerita aku, tetiba dia selamba badak boleh change the topic then langsung tak respons apa yang aku ceritakan tadi.. Padahal aku punyalah excited. celaka.


5) Aku benci bahasa sms, ada banyak huruf W. Damn it. Main-main, melawak-melawak, ok bereh. Masalahnya, kalau dok guna benda tu as your sms way, aku macam nak cakap, 'sorry wrong person lah kau nak guna banyak huruf w when texting me..'. Eee.. geli gila. 'kitew sukew awak'.. 'napew ni?'.. and paling benci, 'dah mam kewww?' .. Sila pi mam***  la jawabnya! Damn!


Lastly, aku faham, memang sms itu adalah short message service. Ada pro and cons.. And memang tak boleh nak expect orang text kita in a proper way pun kan.. Tapi, kadang-kadang ada benda yang kita tak boleh nak cakap secara lisan, jadi alternatif lain adalah secara pembacaan di skrin hp. Maka, manfaatkan sepenuhnyalah.. Aku kadang-kadang tak suka jugak nak text sentiasa..Kalau benda penting, more better terus call kan.. So, terpulang kepada tuan punya hp memasing.. Kalau yang pakai prepaid, sms adalah murah. Kalau maxis user, youth club macam aku, (youth sentiasalah kau..LOL..) sms maxis-maxis , 1 sen jerrrr... Murah kan? Sebab tu sms adalah medium terbaik untuk merapatkan silraturrahim.. Muahaha. Tapi, kalau anda yang guna postpaid, so ok.. Boleh lah call lama mana kau sukaaa...  :-)

Ok lah, ini lah entry merapu aku for today. Tak habis nak warning orang apa yang aku tak suka. Apa yang orang tak suka tak ada diorang warning aku pun? hahahaa... Aku percaya satu benda, kalau kita tak suka orang buat macam tu kat kita, maka kita pun janganlah buat macam tu kat orang. Masalahnya, berapa ramai yang berfikiran macam ni? T______T


# Motor pancit pulak...  :(   Kalaulah ada kereta... lalalalala...



Bye!

02 March 2012

Alahai Interview... Final

Assalamualaikum..

Yeahhh.. Last. Haha. Bapak hoverrr! Ok memang aku nak citer apa yang jadi selepas interview. Kan aku dah janji. Heh.

So, perjalanan kami diforwardkan ke Padang Besar. Aku dah pergi banyak kali dah actually. Tapi, dah alang-alang kan dari nak balik awal lagi, here we come la. Huhu.. Seronok, tapi terpaksa bertahan sikit lah. Panas tak payah cakap lah.. Kan tak ada air cond. Berpeluh-peluh ni..

Jauh jugak lah. Dengan tak tahu jalan. Aku lah sibuk call kawan aku. Tanya direction. Selamat lah senang je nak sampai.. Bila sampai, terus hilang rasa penat ke apa. Mata yang tadi layu mati tak mati je, segar bugar terbeliak ni. Muahaha..

Ok, membeli dan membelah. Sakan. Segala narita, teddy bear, baju, semua lah. Memang sakan. Tak henggat !! Duit tak ada. Aku lagi sakan, shopping untuk 1 family. Muahahaha.. Anak mithali. Haruslah. Kang beli kat adik sulung, adik bongsu terasa. Kang beli kat mak, kakak terasa. Sudahnya, aku beli semua!

Shopping, jalan, dah puas hati semua.. Ok, nak gerak balik. Dalam pukul 2pm macam tu lebih kurang.. Tak teringat langsung nak check condition kereta. Selamba badak je kan kitorang. Bajet macam naik Subaru. Haha...  Kitorang singgah R&R Gurun, isi tank yang berkeroncong.. Aku lapar gila time tuh. Makan, lepak2 jap.. Geraklah nak balik SP.

On the way, tetiba terdengarlah bunyi.. Bunyi macam... entah lah. Aku kan tak alert.. Ina, Ainul dah tegur dah.. Then, tetiba Ina kata kena berhenti tepi jalan.. Bila dah slow down tuh, memang slow terus pastu terberhenti lah kat tepi jalan tengah-tengah highway panas perit tuh.. Maka, keluarlah kami bertiga daripada kereta bertenggek tepi jalan tuh.. Hahaha.. Berasap la kereta. Apa lagi.. Muka sangat blurr.. Hahaha..

Tapi, nasib kami baik kot..  KOT ok. Ada la peronda AAM tuh, runner la kot.. Dia datang tolong. Tolong hape? Berbayar kot pertolongan dia. Dia cakap dengan Ina apa semua, dia kata bengkel dia dekat je.. So, nanti dia suruh orang datang towing kereta tu. Jadinya, kami pun naik la kereta dia, tunggu kat bengkel dia..

Lama jugak menunggu.. Tu yang sempat snap picture ina dengan ainul. Pic aku? Jangan Harap. Muka sememeh gila.. Aku dah hilang daya dah kat situ. Penat kot.. Rasa macam nak baring je tepi jalan kat bengkel tu. Hahahaa..Actually, kereta dia kering air langsung. Abih lah terbakar menjadi abu apa ke benda dah dalam gasket kereta tu. Padanlah muka. Sakan sangat.. Tekak sendiri pandai isi air, tekak kereta, terlupa. Haha.

Kereta tu tak dapat siap that day due to time. Sebab dah lewat. Kedai tu sibuk sangat nak tutup. Bincang-bincang, aku willing nak tolong hantarkan kawan-kawan aku balik lah. Kesian diorang. Takkan nak suruh mak ayah pulak dari Kulim, datang SP, patah balik Kulim. Atas jasa kawan baik aku, maka dapat jugak lah aku tolong, Nak tolong bayar duit repair kereta, aku tak mampu ! Hahaha.

So, itu jelah cerita aku. Hahaha.Sangat padan lah muka. Dari setengah hari punya kisah interview, berlanjutan sampai ke tengah malam. Sangat penat. Tapi, seronok. At least ada lah kisah tersendiri di sebalik kisah interview aku.. :)

Sekarang, memang boleh kan aku tulis surat kat Menteri Pelajaran? Kalau nak pengesahan pun aku boleh dapatkan cop dari bengkel tuh. Wakakakakaa !





Jom, layan gambar birthday adik aku. Err.. Ye, sepatutnya birthday adik aku, tapi entah kenapa macam dah tukar, dia jadi Birthday anak sedara aku.. Haishhhhh....


HAPPY BIRTHDAY payish in advance :)














# Syok kan jadi budak kecik??  Sobs.




Bye !

01 March 2012

Alahai Interview... Part II

Assalamualaikum..

Gila mengada, ada part bagai..orang lain interview lekkk jerrr.. Aku? Harus over, I kan bajet best. Muahahaha.

28hb February - Ok, masa yang ditunggu dah tiba. Seawal jam 5.00 pagi, KAWAN aku bangun. Heh. Aku nak bangun awal macam tuh? Ye, aku bangun awal jugak. 5.25 pagi. Padahal, semalaman aku tak dapat nak lelapkan mata. Macam-macam dalam kepala aku.. Aku rasa, mata aku tertutup, tapi otak aku ligat berfikir. Sudahnya, bangun pagi mata panda. Selamat comel. Wahhhhhhh! Hahahahaha. Bangun, mandi, solat siap2 pakai tudung semua, geraklah kitorang ke JPN.. Huhu. Gelap lagi.. Excited ni pergi awal. Sebab nak jadik calon 1st so that boleh cepat-cepat berambus dari tempat puaka tu (untuk hari tu, ye dia jadi puaka. LOL). Sesampainya kami, jam menunjukkan jam 7.10 pagi.. Nervous tak payah cakap la. Tangan aku laju msg mak aku, suruh dia doakan. Heh.

Naik lah kami bertiga ke tingkat dua bangunan tu.. Sepanjang jalan tak berhenti membaca doa segalanya.. Takut woi ! Kitorang kena temuduga kat bilik temuduga 2. So, cari lah. Ok, jumpa. Sebelah dia, bilik temuduga 3. Ada kaunter pendaftaran. Akak tu nak check sijil kami semualah. Aku dah sepakat dengan kawan-kawan. Kami mesti masuk 1 bilik temuduga bersama-sama. Hahaha. So, cepat je kami tiga beratur tunggu giliran. Alhamdullilah.. Tak ada lah yang tercicir ke apa. Semua lancar, just Ina kawan aku tu tertinggal I.C photostat dia je dalam kereta. Haishh Ina.. Akak tu suruh datang hantar lepas Interview , selesai semua. Tunggu lah kami di luar..

Masa ni, debaran nak kata kuat sangat tak jugak. Entah, mungkin sebab perut lapar kot. Haha. Aku hanya rasa excited sahaja. Dalam pukul 7.50 macam tu, dah nampak kelibat penemuduga.. Kawan aku cakap, mungkin penemuduga untuk bilik 2, En.Singh bla.bla.. Aku tak ingat nama. Tengok-tengok, ya memang dia.. Takuttt ! Dia besar, tegap. And sebelah dia seorang wanita .. Aku rasa dia cikgu cemerlang Geografi. Sebab temuduga ni, seorang adalah wakil SPP, seorang lagi wakil KPM. So, memang ye. Wanita tersebut adalah seorang pengetua. (menurut kawan aku)

Diorang dah masuk.. Akak kerani tadi dah keluar bawak sijil kami.. Dia panggil nama.. Get ready semua . Masuklah kami kat dalam.. Aku dah tak ingat, aku masuk kaki kanan ke kiri dulu. Haha. CUAK ! Masuk2 je, berdiri.. EN.Singh tadi check kasut kami. Hahaha. Selamat aku tak pakai kasut selekeh.. Then, dia suruh duduk..

Dia bagi penerangan sikit, terus tanya soalan.. Ok, aku list kan soalan dia..  (tak ada sesi introduce diri pun ok)

1) Nyatakan Perkara 117 dalam Perlembagaan Malaysia
2) Siapakah yang mempengerusikan Majlis Raja-Raja Melayu baru-baru ini, dan kenapa baginda yang mempengerusikannya?
3) Apakah Misi Nasional?
4) Apakah matlamat KPM?
5) Berapa m/s tentang NKRA yang kamu baca?
6) Menurut NKRA, dalam bidang mengurangkan kadar jenayah, berapa peratuskah penurunan kadar jenayah negara kita?
7) Kenapa cikgu senior kat sekolah pandang rendah kat cikgu junior?

Haaaa.. Ini soalan dari beliau. Tapi, dia tak lah tanya serentak. 4 soalan ke atas, kami diam. Senyap sunyi. Blurr.. Hahahhaa. Aku lagi lah.. Harammm.. Pastu, boleh dok sembang dengan kawan-kawan aku. Sampai kena sound, ' Ok2, puan-puan sudah selesai berusrah? Sila2 teruskan usrah anda.. '  Muaahhahahaha!

Pastu yang soalan lain, adalah try jawab.. Salah jugak. Haha. Yang best, setiap soalan yang ditanya, kami hanya berpeluang untuk bercakap tak sampai 2 minit.. Selebihnya, dia yang cakap banyak.. Dia cerita macam-macam.. Segala mak nenek pengalaman dia, dia cerita. Aku suka ! Serious dalam tu aku tak tertekan langsung. And paling best ayat dia,

' Saya open.. Saya tak suka cover-cover.. So, don't worry... Saya adalah abang ipar kepada Karam Singh Walia.. Kami sangat open..'

Kawan aku, Ina boleh tanya balik..

' Serious??? '

' Yes, very serious..'

Wakakakakakaa! Aku dah tergelak-gelak dalam tu.. Memang aku senyum je dalam tu.. Apa yang dia cakap semua lawak pada aku..Sangat sporting.. Aku pun tak sure lah kan, boleh menyampuk ke apa masa dia cakap, or memang kena sembang balik ke apa.. Tapi, aku tak nampak kesempatan untuk mencelah semasa dia bercakap. Hahaha. Means that, dia cakap banyak gila ok. Pastu, bukan ke kalau orang tengah bercakap tambah lagi orang tua, kita tak boleh menyampuk? Hahahaha. Tersepit antara adab dan tuntutan temuduga. T_________T.  Apapun, i lap u lah En.Singh. Sebab tak memberi tekanan pada aku. kehkehkeh.

Kami semua nganga je dalam tu.. Lepas tu, pengetua tu pulak tanya soalan. Satu je.. Sebab tak cukup masa. Soalan dia, macamana nak tarik minat pelajar untuk terus memilih subjek Geografi selepas tingkatan 3. Kan menengah atas, Geografi adalah elektif.. So, macamana nak pastikan diorang terus minat Geografi lah..Ini kami semua jawab. Aku orang 1st angkat tangan pulun nak jawab. Hahaha. Aku jawab, peranan guru itu sendiri, menggunakan ICT, dengan pupuk minat pelajar dari Tingkatan 1. Then, baru kawan-kawan lain jawab..

Masa kawan aku nak jawab, En.Singh ni boleh cakap..

'Tak perlu contoh apa semua. Awak jawab 2 ayat saja. Padat dan Ringkas.  Saya nak buat rumusan dah. Cepat sikit.'

Hahahahaha.. Gila lah. Aku rasa macam, ni interview ke sesi luahan pendapat? Dah selesai dia buat rumusan semua, aku salam pengetua tu (aku yang 1st amik fail aku, then aku yang 1st pergi salam pengetua tu.. Boleh kan? Haha.Sebab dia baik sangat..Senyum je.. )

So, keluarlah kami berlima dengan penuh senyuman tepat jam 8.40 pagi macam tu. 40 minit dalam tu, aku rasa 35 minit daripadanya, hanyalah suara panel temuduga sahaja.. Kami semua hanya penonton. Hahaha. Walaupun hampeh tak ada satu habuk soalan pun yang betul-betul kami mampu jawab, aku rasa sangat lega !! Hahaha. Dah setel !! Macam nak lompat bintang jam tu.. Hahahahaha

So, ini kisah interview aku.. Haha.. Seronok dia macam baru pass test JPJ masa nak amik lesen!! Hahaha. Suka betul aku pastu.. Tak kisah dah, tak dapat jawab ke apa.. Aku usaha dah.. Macam-macam terjadi, dah datang interview dah.. Selebihnya, tawakal dan redha aje la sekarang.. Ada rezeki, InsyaAllah..


Selesai tu, kitorang pergi celebrate lah.. Muahahaha.Tak sedar diri. Kat mana? Sini Sahaja..





Kiri - Ina ....(Datin wannabe) kahkahkah..  Kanan - Ainul


 
Perempuan annoying ni muka tak boleh blah. Sopann kan? I tell U. ! Hahaha

Lepas makan, kitorang balik hotel.. Nak check out..

Aku : Ina, jom kita jalan-jalan nak? Awal lagi.. Korang kan cuti. Jom la jalan..

Ina : Nak pi mana?

Aku : Alaaa, suggest la.. Dalam Alor Star pun ok pe..Ainul, suggest la..

Ainul : Aku ikut je.mana pun takpa..

Ina : Jom pi Padang Besar!

Aku dan Ainul : JOMMMMMMMMM!



Semangat kan bab berjalan? Hahaha. Memang semangat gila.. Kau tengok apa jadi dengan kitorang. Balasan sebab over excited tak hengattt ! Hahahaa. Interview settle pukul 9pg macam tu.. Boleh je nak balik SP dan sampai rumah around 12pm macam tu at least..Tapi, aku sampai rumah almost 7pm.. And kawan-kawan aku yang dok Kulim ni sampai rumah almost 11pm kot.. Hahahahaha.. And lagi best, pergi Alor Star naik kereta orang lain, balik rumah dengan kereta orang lain. Muahahahaa. Apa dia? Nanti-nanti lah aku citer... Sebagai klu, gambar bawah ni.. Hahahaa..






Motif hang senyum Ina?? Hahaha.. Abaikan background gambar.. Ke dah dapat teka? Muahahaaha

Dua perkataan : PADAN MUKA :)


Nanti aku sambung kalau rajin. Eh, aku dah rajin sekarang. Sebab ada orang sound aku pemalas. Hahahaha. I loike ! Kehkehkeh.. Emmm.. Dah setel interview ni, doa kalian diperlukan untuk mendoakan aku agar lulus dan dapat surat posting. Hopefully.. Amin..  Ok lah, ini sahaja.. To be continue soon... Poyonye lah minah ni. Hahaha.. Take Care and stay tune.. Perghhhhhhhhhhh! Tak boleh blah der..




# Aku macam nak tulis surat kat Menteri Pelajaran . Surat Kiriman Rasmi. Tang tajuk aku nak tulis , Per: Permohonan Pertimbangan Meluluskan Calon Temuduga Bagi Jawatan Pegawai Pendidikan Siswazah DG41 Berdasarkan Pengalaman Calon Temuduga.  Sekian.




Siapa cakap interview mudah? Susah wa cakap lu..


Bye!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...