11 October 2013

Doakan yang baik-baik.

Assalamualaikum..

Hai en.belog.. ;) Rindu kot. Sihat tak? Kalau tak sihat, sini i bagi u ubat ok. Hahaha. Gila dah..

Ermm.. Macamni lah cara aku hiburkan hati yang lara kekadang. Aku rasa lagi mudah , lagi selesa luah kat sini. Walaupun komunikasi sehala.. Ermm.. orang nak fikir yang buruk2.. silakan. kalau yang membaca nak mencanang 1 dunia pun, silakan. Aku tak ganggu kehidupan sesiapa. Maka, tolong biar aku hidup dalam dunia aku sendiri.

Lara hati.. Sejak dua menjak ini.. Tapi aku cuba bertahan. Aku kuatkan jiwa aku.. Kuatkan raga. Kuatkan segalanya. Aku cuba bertahan selagi terdaya.. Aku pun tak tahu aku bertahan untuk apa. Untuk lebih terluka, atau aku takut dengan bayang2 aku sendiri..

Sebenarnya, aku tak tahu apa ada dalam hati aku sekarang. Aku tak tahu arah tuju aku. Dah kelam. Tak macam dulu. Dulu,aku merencana macam2. Sekarang tak lagi dah. Yang ada dalam kepala aku..hanya satu perkataan..' Entahlah..'

Bukan aku sengaja nak berfikiran macam ni.. 'mereka' yang mendidik aku jadi macam ni. Mereka. Aku berusaha untuk terus kuat. Kadang-kadang aku terfikir, untuk apa? Sedangkan hati aku lara selara-laranya.. Tapi aku dah tak berani nak cakap dengan sesiapa pun... Aku takut.

Menyesal? Tidak. Aku tak pernah menyesal. Aku redha. Aku ikhlas .. Aku pilih jalan ini. Maka, aku takkan menyesal sepanjang umur aku. Aku kuat. Ye, anak Shamsuddin, mesti kuat.. Aku selalu terfikir, aku salah kat mana? Aku jahat sangat ke? Mungkin aku too much. Yeah, maybe. And aku rasa aku kena diam lepas ni. Aku tak berjaya nak buat orang lain jadik positif bila ada dengan aku. Kenapa?

Sebab apa? Sebab aku sendiri tak bagus mana.. Tapi aku dah cuba. Aku dah usaha.. gagal jugak..:(
And now, apa aku buat? Aku cuba perbaiki diri aku sendiri.. Dengan cara macamana? Hanya Allah yang tahu.. Alhamdullilah..makin tenang. Dulu, aku abaikan yang sepatutnya, sekarang aku dah berusaha untuk tidak mengabaikan lagi.. Yang paling tenang, bila kita dekatkan diri dengan Dia.. Hanya Dia.. Dia akan tolong kita..

Syukur, aku masih lagi mampu tersenyum tika berada dalam kalangan kawan2. Aku lebih suka menghabiskan masa di sekolah.. ada kawan2 aku.. yang aku boleh sembang, lupa kepada masalah hati ini. Bukan aku sengaja.. Aku perlu tempat untuk berbual. Untuk aku berkongsi.. Dengan seseorang.. Tapi, sekarang aku dah tak mampu.. Aku dah serik. Aku takut aku terlebih lagi. Aku takut aku tersilap langkah lagi. Aku takut. Maka, aku putuskan untuk diam..ataupun berkongsi dengan mereka yang lain. maafkan aku. Aku terpaksa..

Susah kan jadik Yuhanna? Aku pendamkan semua untuk kebahagiaan mereka. Depan 'mereka' aku ketawa, tersenyum. Supaya mereka tak susah hati. Tak apa..

Aku cuba menjadi yang baru sekarang. Bukan lagi yuhanna yang dulu. In Shaa Allah. Aku akan terus kuat melayari hidup ini sendiri.. Kalau apa yang dirancang tak menjadi, percayalah bukan aku yang berkehendakkan begitu.. Ketentuan Allah itu adalah yang sebaik2nya.. Namun, seringkali aku bertanya semula kepada diri.. 'Tak perlu berusaha kah?' Sesungguhnya, aku terlalu penat berusaha. Dan mungkin aku hampir berputus asa tika ini.. Maafkan saya.




Sekian sahaja.. Untuk apa sahaja, halalkan segalanya.. Maafkan saya.. Saya hanya seorang wanita..



 Aku mentari tapi tak menghangatkanmu
Aku pelangi tak memberi warna di hidupmu
Aku sang bulan tak menerangi malammu
Akulah bintang yang hilang ditelan kegelapan
Selalu itu yang kau ucapkan padaku









# Doakan yang baik-baik.



Bye !

10 October 2013

Hidup

Assalamualaikum..


Bila kita mula terasa nak melupakan seseorang,

Kita kena ingat kebaikan dia.

Ye, Kebaikan.





# Dalam hidup bukan hanya ada senyum




Bye!

09 October 2013

Kuat.

Assalamualaikum..

Hai kawan2.. lawan2.. Hahaha.. Kau kenapa ketawa? Bagus sangat? Suka sangat?? Hahaha..

Aku baru sudah mengawas. Baca baik2 ok. MENGAWAS. Kang salah baca, jadik lain. Haha. Everything went well aku rasa. Seronok. 1st time pengalaman as a pengawas exam untuk batch PMR yang terakhir tahun ini. Syukur.

Tapi tak boleh share lelebih, sebab dia sulit. macam fail CSI. choiii.. aahahahaha.. Makanya, marilah kita bercerita benda lain.

Tadi, aku pergi bayar saman. Saman parking. Sebab lampi, confident parking taknak letak kupon padahal baru je beli, at last kena saman. RM5 je. Bukan duit jadi ukuran, dia masalah nak ke tempat pembayaran tu. Jauh oiii.. Nak taknak, kena pergi jugak la.

Dah settle tu, aku rasa macam nak blah balik je .Sebab sangat mengantok. Tapi, bila pikir balik, macam banyak kerja tak settle, maka, aku settle kan la. Aku pergi Tabung Haji. Memang dah lama aku nak buat pemotongan gaji nak menyimpan dalam ni. Tak menyempat. Even dah kerja almost 2 years. Rugi kan? Maka tadi pergi lah. Credit kepada akak tu, sangat2 baik. Aku kan lampi, Suka tanya macam2. Dia tak jemu pun menjawab.

Aku tanya tentang akaun aku yang dulu2. Masa kecik2 masa sekolah rendah, yang dapat tabung tu kan? Yang dorang datang sekolah lepas tu kau lambak duit syiling depan dorang. Hahaha. Ha, aku ada tau akaun masa kecik2 dulu. Pastu, aku taktau jadi apa dah kat akaun tu. Maka tadi, aku tanya la. Dia mintak ic lama mak. Cepat2 call mak. Mak cpt2 recall balik. Yeayyy.. Dapat. Dia suruh datang dengan mak untuk close akaun, pastu boleh tengok duit dalam tu. Aku rasa tak sampai 50 hengget kot ada. Sebab macam dah kosong dulu. Hahahhaha. Kecik2 dah pandai tau main duit.

Then, aku nak tanya pasal nak daftar haji macamana, tapi sebab dia macam busy. Maka, aku diamkan dulu.Kesian dia,hadap nak layan aku sorang. Pastu aku pun keluar la. Lepas tu aku pegi LHDN pulak. Bukak file untuk cukai pendapatan. Akak ni pun ok. Then, dia tanya macam2. Aku jawab, saya tak tau mende2. Hahahha. Senang. Pastu aku tanya, berapa banyak gaji kita yang dia nak potong? (dasar kedekut)
Dia cakap, nanti dia tengok tangga gaji. Aku kata macamana nak tau? Dia cakap, kalau gaji RM25k ke atas, ada la dia potong brapa2.. Ok diam. RM25k ?????? Hahahahaha. Jauh lagi tu. Keje sampai mati pun jangan harap.

Settle tu, aku pergi kedai. aku pergi petronas. aku pergi macam2. Haha. Lepas tu aku balik. Settle. Aku sangat otai memandu. Atas highway tadi. 170KM/j. Sekian.

Lepas tu, aku sampai rumah within 15min. Hahahhahaa.. Laju kan? Dengan spek hitam. Dengan radio kuat gila. Dengan tingkap aku bukak laju2. Best kan? Aku memang camtu sekarang ni. Konon nak feeling. Pastu, orang msg, orang call, apa kebenda tak dengar. Hahaha.



So itu sahaja. Ok la. itu aktiviti aku today. Aku rasa sangat berdikari tau. Kau ada? Hahahaha. Poyoss.






# Kau perempuan, tapi jangan lemah. Summayah pun kuat.



Bye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...