29 March 2013

Ada jugak orang mau. 24Mac2013.

Assalamualaikum..

Hoihhhhhh.. PANAS ! Sungai Petani, panas berdengung !! Aku bukan merungut ke apa, aku menyatakan apa yang terjadi di SP sekarang. Memang sangat2 panas sekarang ni.. Tak hujan langsung. Aku ni demam, kebah, demam kebah. Bangsa antibodi tak kuat. Nasiblah.

Ok,sebab lama tak hupdate, jom lah aku citer sikit. Nak kata excited sangat, tak jugak. Aku biasa je. Masih ayu yang dulu. Masih sama. Cuma status dah bertukar sikit kot. Belum Puan, masih Cik.

24 Mac 2013, bersamaan Ahad hari tu.. Hari di mana berlangsungnya majlis pertunangan aku. Bukan tak happy, tapi aku penat sangat2. Bayangkanlah, Jumaat baru balik, Sabtu sampai. Ahad dah majlis. Dah lah aku menguruskan segalanya. Bayangkan ! Tapi, takpela. Puas hati sebab tak harapkan orang. And aku rasa the event goes well.. Alhamdullilah.

Segalanya dah diatur, tinggal lagi nak pickup the things like hantaran, and tunggu masa kejadian je la. Kawan-kawan banyak membantu. Sis Intan, Athirah,Yati Ainul, Ina and anak2 murid aku yang dua orang tu.And my family members. Thanks to all of you.. Diorang sangat membantu.

Around 540 pm macam tu, keluarga pihak lelaki sampai. Bincang2, then they called me. Keluar bilik. Aku macam.. hah? Now? Why now? Haha. Nervous tak payah cakap. Tapi bad mood jugak, sebab demam and sakit tekak. Damn it. Even malam tu dah pergi menghadap doktor. Still sakit. Tahan je la. Pity me !

After sarung cincin, by Mr.A's mother, salam2.. then jemput diorang semua makan. Majlis aku simple je. Sikit je orang. Aku tak rasa nak heboh 1 dunia. Kalau boleh taknak jemput siapa2 pun. Tapi mana boleh kan... So, cukup la siapa yang ada. Yang tak dijemput, maaf. Nanti kahwin, aku mesti jemput. Kalau korang rasa aku masih kawan korang la.

So, itulah dia. Lepas keluarga Mr.A pulang, sesi bergambar. Layankan aje. Jom layan. Cite banyak pun tak da makna.
















Ok laaaa.. Dah lah yeh.. Banyak2 kang, macam hover sangat.Nanti kahwin pulak.. Tu pun kalau.... Eh, tak ada pape..  K, Take care !




# Tengah bengang sangat2.. Sebab tu update macam tak ada perasaan. Huhu. Lantak lah. Aku kalau dah mula menyampah, jangan harap la aku nak ok dah. Saya masih punya PILIHAN. watch out!



Bye!

21 March 2013

Nyata Berbeza

Assalamualaikum..




Cuti sekolah kali ini, nyata berbeza. 

Sangat berbeza dari sebelum2nya.

Bermula dari sekolah,

Sampai masuk USM,

Sehinggalah sudah bekerja sekarang,

Nyata cuti sekolah kali ini akan menjadi

Sangat Bermakna

Sangat Terasa

Sangat Digeruni

Sangat Ditakuti  

Semoga Allah bantu aku,

Bantu KAMI semua..

In Shaa Allah..




# Malam terakhir tidur di asrama sekolah tanpa sebarang STATUS.




Bye!!

19 March 2013

Apa motip ??

Assalamualaikum..

Aku nak cite satu cite sini. Baca yeh. Haha. Lawak sebenarnya . Aku pun tak faham sebenarnya apa yang berlaku. Nak kata aku pergi menggedik sana, aku rasa aku kenal aku macamana. Tapi entah lah. Manusia ni pelik..

Al kisahnya,minggu lepas, aku hantar student aku ke Klinik dekat sini la.. klinik mana? Dirahsiakan. Haha. Disebabkan kawasan sini macam kawasan desa kan, so tak ada la doctor nak standby 24 hours kat situ kan. Kau kena pergi, kalau pegawai perubatan tu takda, you need to call him. Nak dapat mana no.telefon dia? Ok, memang dia da letak besar godang kat depan pintu situ. So, YOU HAVE TO CALL him. Have to ok,

Then, aku pergi that day memang dah lewat pun. So, kena call. Call je la tanpa ada sebarang intention lain. Cepat2 bagi anak murid aku dapatkan rawatan, then blah la balik. Itu sahaja hajat aku. Ikut aku, malas langsung nak pergi sana. tapi, kang jadik pape kat budak ni???

Aku perasan jugak, at first mamat tu tengok aku, dia macam terkejut. Mesti dalam hati dia, 'mana satu cikgu ni.. Tak nampak macam cikgu pun..' Tapi who cares? Aku buat bodoh je.Aku hantar budak aku, then aku duduk je la tengok and tunggu. Tak sembang pun. Malas. Aku penat time tu. So, diam je la.

Then dah settle semua malam tu, balik lah kami.. Aku pun tak expect apa dah la. Tak ada la aku nak text dia ke apa. Apa kes nak text bagai ye dop? So.. aku rasa macam we're dissmiss there. Kan? What else..

Tapi, just now, i get a message .. Guess .. From who ? Yes, Pegawai Perubatan tu tadi. Aku malas panggil doktor. Sebab aku tengok jawatan dia, Pegawai Perubatan. He text, ' Hi cikgu.. sihat?'

Haaaaaaa.. Memang macam tak ada pape kan. Tapi, motip? Apa hal lak tetiba msg aku kan? Maybe saja nak bertanya khabar. Tapi macam tak rasional. And aku tak reply pun. Bukan sombong, Tapi bila pikir semula, kalau reply.. dia akan jadik panjang. Mana tau dia dah kahwin ke apa kan.. kalau la aku reply, walaupun sepatah, tetiba his wife baca ke apa.. Mesti aku yang kena balik. Walaupun aku cakap aku tak tau, Dia yang msg aku dulu.. Hoiihh,, Tak ada perempuan yang nak terima alasan macam ni.

So, aku pikir, lantak la sana.. Malas aku layan. Sebab tak ada yang penting pun.. Tapi lepas ni mesti aku dah macam segan nak ke sana kalau ada anak murid aku sakit. Ada la perasaan tu. Entah kenapa dia text aku.. Pelik..

So, itu sahaja. Terkadang tak paham dengan manusia. Memang bukan isu besar. Tapi..kalau melayan, mesti jadik besar kan? So, baik dok diam-diam kann?



# Kalau dah kahwin, jangan menggatal. Kalau belum, pun jangan menggedik.



Bye !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...