28 November 2012

Officially, 25 years old.

Assalamualaikum..

Ehem..Ehem..Ehem.. Tajuk entry bapak poyossss.. muahahaha. Haruslah kan. I memang poyo pun.. Ermm.. Diam tak diam, esok 29 November 2012. Yeah, the day has come. My born day. Haha.. And aku dengan rasminya menjawat umur sebanyak 25 tahun. Huuu.. 25.. satu angka yang besar.

Dan dalam pada itu, aku amat bersyukur kerana dipanjangkan umur sehingga ke angka ini.. Selama tempoh ini. Walaupun pernah aku rasa semacam give up dengan hidup. Dugaan, cabaran, satu persatu menjengah.. Terkadang, aku tewas.. Tapi, Allah itu Maha Mengasihani.. Dipanjangkan jugak usia ini, walaupun aku kadang-kadang sampai terfikir, 'lebih baik mati'..

So, untuk usia yang sebegini...sememangnya terlampau banyak perkara yang aku fikirkan .(walaupun taknak,aku kena hadap jugak) ... Tentang family aku, tentang kerjaya aku, masa depan aku, hati dan perasaan aku... Segalanya.. Puas aku fikir, satu persatu.. Sampai terkadang rasa macam tak mampu lagi dah..

Tapi aku gagahi jua. Sepanjang 25 tahun aku hidup ni.. bermula umur aku 13 tahun, seingat aku, aku sudah mula memikirkan tentang orang lain.. Hidup aku, untuk orang lain.. Dan sehingga hari ini, tak ada seorang pun yang betul2 memahami aku.. Tapi, siapa aku nak request suma tu? Aku pun tak boleh nak faham semua orang. Cuma, aku hanya mampu memberi segalanya yang aku ada.. Semua. Sampai tak ada lagi yang tinggal untuk aku.

Yang ada, hanya kesakitan. Itu aku dapat. Kadang-kadang, kita harap orang ni macam ni.. Tapi, kita kena sedar orang tu tak boleh jadi macam apa yang kita nak.. So, dok la diam2.. Jangan mengharap lagi.. Sadis bukan? Tapi, itu lah kehidupan aku selama ini.. Maka, dari itu aku bangkit.. melawan segalanya.. Yang ada dalam kepala aku sekarang, bukan lagi orang lain.. tapi diri sendiri..

So, untuk ke 25 tahun ni.. tak ada apa yang special. Aku tetap macam ni. Yuhanna yang seorang diri.. :) Dulu, masa couple zaman-zaman study dulu, ada gak la merasa hadiah dari ex.. haha.. Thanks to you .. Zaman muda2 dulu.. Kan mengada.. hahahaa..

But now, dah besar godang.. Nak mengharap apa lagi? Tak ada. Seriously. Aku sedar kedudukan aku di mana. Tak apa la.. Cukup Allah bagi aku kesihatan yang baik, hati yang tak pernah sampai nak menzalimi, menyakiti hati orang lain, itu sudah cukup. Hadiah terindah daripada seorang kekasih ABADI dan SEJATI..

Jadinya, untuk kali ini.. doaku hanya satu. Allah kuatkan hati aku lebih lagi dari sebelum2 ini untuk menempuh segala-galanya.. Saat aku jatuh, aku berdiri sendiri.. Saat aku sakit, aku ubati sendiri, saat orang menjauh, aku menyendiri , saat orang tolak aku ke tepi, hanya peduli bila ada bnda nak dicari , aku menghulurkan bakti.. dan saat aku dibuang sepi, aku mampu bangun berdiri... Kuatkan aku untuk kesekian kali ini YA Allah...

Kepada yang sama-sama sambut birthday sama tarikh macam aku, SELAMAT HARI LAHIR...Semoga kalian juga diberkati dan dilindungi oleh NYA...Amin.




 



 


HAPPY BIRTHDAY To ME ~










Bye!







# Dah setahun lebih belog aku ni sebenarnya, sebab aku pernah update entry birthday aku yang ke  24 before this. Hewwww..

26 November 2012

Bercuti di rumah. ekekeke!

Assalamualaikum..



Bersiaran dari Teratak Bonda, Sungai Petani Kedah. :)



Semalam, i gerak balik dari Lanchang terus ke Gua Musang terus ke Cameron Highlands terus ke Sungai Petani. Kesimpulan : aku rasa macam tak percaya semuanya boleh berlaku dalam masa 1 hari. Nak tengok gambo? nan ado. hahaaha. Pompuan gila lensa ni, macam tak ada mood nak bergambo. Sebab dapat 'TEMAN' yang bukan kaki lensa. Hahahahaa.... Adoiyai.




 Sekian, update yang ringkas dan pemalas dari saya,yang menge'hack' wifi jiran sebelah. muahahahaa.




Bye!


# Selamat Bercuti u'olss !

22 November 2012

Berdiri atas kaki sendiri

Assalamualaikum..

Hye peeps ! Today, my 1st day for PBS course. Yeah, naik van. (intan, please gelak !) Haha. Aku memang naik van. But, who cares? Seriously. Aku tak pedulik. Yang aku tau, aku kena sampai tempat kursus. Sebab apa? Sebab tanggungjawab and tadi penyelaras cakap, 1 slot tak datang, kena pergi semula untuk slot lain di daerah lain. Ok ngeri.

And apa aku nak taip hari ni? Aku nak cerita tentang benda paling sukar nak dapat daripada orang lain. Bukan duit, bukan harta bukan apa. Yang paling sukar adalah BANTUAN / PERTOLONGAN orang lain. Seriously. Ada orang cakap dengan kita, 'weyh, aku nak mintak tolong sikit boleh tak?' Automatically, dalam hati kita akan berdebar.. Apa benda pulak laaaaa... Betul? Kang tak dapat tolong, kesian pulokk..

Tapi, pada pendapat aku lah kan, selagi kita mampu lakukan sendiri, cuba lah apa sahaja cara walaupun sukar yang penting tidak menyusahkan orang lain..  Sebab apa? susah sebenarnya bila kita terpaksa mintak tolong orang ni. Bukan konsep ikhlas yang nak diutarakan di sini, itu belakang cita, tapi kesudian untuk menolong itu yang menjadi pertikaian. Entah lah, aku memang pemikir. maka aku akan pikir apa je yang orang akan pikir bila kita mintak tolong dengann orang ni..

Aku jenis macam tu.. Segan sangat sebenarnya. Unless bila dah tak ada alternatif lain, aku terpaksa jugak mintak tolong.. Susah bukan? Ya, sangat susah.. Aku kalau boleh elak, aku akan elak. Kenapa tetiba bercerita pasal mintak tolong orang ni? Ada kisahnya. Tapi, tak payah lah nak jaja sini. Cukup aku simpan sebagai kenangan dan pengalaman. Semoga aku tak tergolong dalam golongan macam itu..

Yuhanna, selagi kau mampu, kau lakukan segalanya sendiri. Jangan pernah berharap pada orang. Sehingga mati, percaya bahawa tiada manusia yang sudi menolong manusia lain jika tak ada kepentingan kepada mereka.

Aku bukan paranoid. Sesungguhnya PENGALAMAN menyebabkan aku terpaksa set my mind macam ini. Serik. Sangat serik. Dan saat ini, aku berjanji, aku akan susahkan diri aku sendiri, sehingga aku tak berdaya. Ini janji aku.





Bye!




# Minta pertolongan ----> orang tolong -----> orang mintak balasan ------> Semoga Allah membalas jasa kau. Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...